a) Jelaskan tema cerita.
Persoalan ketaatan kepada pemimpin.
Budak miskin pergi ke rumah Syahbandar kerana Syahbandar ingin melihat persembahan
anak ular naga. Persoalan setiakawan dalam persahabatan. Budak miskin, anak
tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam
pengembaraan. Persoalan kasih sayang manusia terhadap haiwan. Budak miskin menyayangi
dan menjaga makan minum anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Persoalan mengenang
jasa orang lain. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin
kerana telah menjaga cucunya.
Latar
tempat yg luas. Di darat,tasik, laut. Budak miskin mengembara banyak tempat
seperti hutan dan Tasik Hijau. Raja Indera Mahadewa belayar ke laut dan Pulau
Cahaya Purnama. Watak-watak terdiri drp manusia biasa, rajaa, dewa dan binatang.
Watak-watak cerita ialah Budak miskin, raja, Betara Kala, anak ular naga, dan
anak helang. Unsur pengembaraan. Budak miskin, anak helang dan anak tikus mengembara
mencari anak ular naga yang telah menghilangkan diri. Unsur kesaktian. Budak
miskin mendapat cincin hikmat yg dapat menyediakan pelbagai jenis makanan/Parang
puting dapat menebang pokok dengan sendirinya. Cerita berakhir dengan kegembiraan. Raja Indera Maha Dewa
memperoleh anak, iaitu Tuan
Puteri Mengindera Sehari Bulan.
Seorang yang taat pada pemimpin. Budak
miskin taat perintah raja datang ke istana menunjukkan anak ular naga. Seorang yang
penyayang. Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Seorang
yang suka menolong. Budak miskin pernah menolong anak ular naga daripada dibunuh
orang. Seorang yang setiakawan. Budak miskin berkawan baik dengan anak ular naga,
mencarinya apabila menghilangkan diri. Seorang yang bijaksana. Budak miskin bijak
membuat helah untuk mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga.
Taat kepada
pemimpin. Budak miskin taat akan perintah raja untuk datang ke istana
menunjukkan aksi bermain demngan anak ular naga. Penyayang terhadap haiwan.
Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus dan tidak
mahu berpisah dengan mereka. Budak miskin mencari anak ular naga apabila ia
menghilangkan diri. Bijaksana dalam membuat tindakan. Budak miskin bijak
mencari helah untuk mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga.Suka
membantu manusia atau haiwan yang menghadapi kesusahan. Budak miskin pernah
menolong anak ular naga daripada dibunuh orang. Mempunyai semangat setiakawan
yang tinggi. Budak miskin berkawan baik dengan anak ular naga, anak tikus dan
anak helang dan sentiasa bersama ke mana-mana.
Prihatin
terhadap kebajikan rakyat. Syahbandar menziarahi bonda budak miskin apabila
mendapat tahu budak miskin tidak balik ke rumah selepas mencari anak ular naga
di hutan. Taat kepada perintah pemimpin. Syahbandar taat terhadap perintah raja
yang memintanya untuk membawa budak miskin ke istana untuk membuat persembahan
bersama dengan anak ular naga. Menghargai kebolehan atau bakat orang lain.
Syahbandar telah menghadiahkan beras, padi dan kain baju kepada budak miskin
setelah budak miskin dan anak ular naga selesai membuat persembahan di rumahnya.
Murah hati dalam memberi sumbangan. Syahbandar menghadiahkan beras, padi
dan kain baju kepada budak miskin setelah budak miskin dan anak ular naga
selesai membuat persembahan di rumahnya.
Gambaran
masyarakat yang mengutamakan persahabatan. Budak miskin, anak tikus dan anak
helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan
mereka. Gambaran masyarakat yang menghargai orang lain. Orang-orang kampung
Syahbandar memberi pelbagai hadiah seperti beras, baju dan buah-buahan kepada
budak miskin. Gambaran masyarakat yang mendaulatkan arahan pemimpin. Budak
miskin dan Syahbandar taat perintah raja datang membuat persembahan anak ular naga di
istana.
Kita hendaklah
taat kepada pemimpin bagi memastikan
kelancaran sesuatu urusan. Budak miskin datang ke istana apabila
diarahkan oleh raja yang ingin melihat anak naga. Kita hendaklah sayang
terhadap haiwan supaya memastikan kebajikan haiwan terpelihara. Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak
helang dan anak tikus. Kita hendaklah bersikap setiakawan dalam persahabatan
bagi menjaga kebajikan sesama sendiri. Budak miskin, anak tikus dan anak helang
berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan.
Seekor
haiwan yang prihatin. Anak ular naga meninggalkan budak miskin kerana anak ular
naga sudah semakin besar dan tidak mahu menyusahkan budak miskin. Seekor haiwan
yang setiakawan. Anak ular naga sentiasa mengikuti budak miskin, anak helang
dan anak tikus ke mana-mana terutamanya membuat persembahan di istana. Seekor
haiwan yang mengenang jasa. Anak ular naga menasihati budak miskin supaya
meminta cincin sakti daripada nenda ular naga sebagai membalas jasa budak
miskin menjaganya.
Prihatin terhadap kebajikan hidup orang lain. Anak ular naga meninggalkan budak miskin kerana anak ular naga sudah semakin besar dan tidak mahu menyusahkan budak miskin. Setiakawan dalam persahabatan. Anak ular naga sentiasa mengikuti budak miskin, anak helang dan anak tikus ke mana-mana terutamanya membuat persembahan di istana. Mengenang jasa orang lain. Anak ular naga menasihati budak miskin supaya meminta cincin sakti daripada raja naga sebagai membalas jasa budak miskin yang telah menjaganya.
o) Pandangan terhadap persoalan.
Persoalan
ketaatan kepada pemimpin sebagai rakyat. Budak miskin pergi ke rumah Syahbandar
kerana Syahbandar ingin melihat persembahan anak ular naga. Persoalan
setiakawan dalam persahabatan yang luar biasa. Budak miskin, anak tikus dan
anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan.
Persoalan kasih sayang manusia terhadap haiwan yang luar biasa. Budak miskin
menyayangi dan menjaga makan minum anak ular naga, anak helang dan anak tikus.
Persoalan mengenang jasa orang lain dengan sesuatu balasan. Nenda anak naga
memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya.