Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Drama Mat Piah dan Mr Blackway. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama Mat Piah dan Mr Blackway. Papar semua catatan

12 Februari 2025

Drama Mat Piah dan Mr. Blackway

a) Jelaskan pemikiran drama.
Pengkisahan sejarah Pulau Pinang. Mat Piah dan Mr. Blackway membincangkan sejarah pihak Inggeris menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.

 b) Persoalan drama.
Persoalan kepatuhan pada undang-undang menjamin keselamatan masyarakat. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka. Persoalan gejala sosial yang menjejaskan imej masyarakat. Persoalan keinsafan atas kesalahan terhadap orang lain. Blackway memohon maaf atas penipuan yang dilakukan pihak Inggeris yang menindas dan menipu pemerintah Melayu. Persoalan identiti bangsa yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. Persoalan semangat patriotik yang tinggi dalam diri. Mat Piah kecewa dengan sikap pihak Inggeris yang merampas hasil bumi tanah air seperti emas dan bijih timah.

 

c) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.
Nilai patriotisme.  Mat Piah kecewa dgn penjajah Inggeris yg membuat tipu helah/merampas hasil bumi tanah air. Nilai kejujuran. Blackway memberitahu Mat Piah bhw Francis Light sebenarnya menipu Sultan Kedah utk mendapatkan Pulau Pinang. Nilai keinsafan. Blackway insaf kesalahan pihak Inggeris yang pernah menipu dan menindas orang Melayu.  Nilai kepatuhan. Sekumpulan mat rempit tidak mematuhi undang-undang dengan menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.

 

d) Huraikan konflik antara watak dalam drama.    
Konflik antara Mat Piah dan Blackway. Mat Piah kecewa kerana Blackway antara penjajah Inggeris yg menipu untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Konflik antara Blackway dan Mat Piah. Blackway berasa sedih apabila Mat Piah memarahinya kerana pernah menipu Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang. 

 

e) Huraikan perwatakan Blackway.
Seorang yang insaf. Blackway insaf kesalahan pihak Inggeris menindas dan kejam kpd orang Melayu. Seorang penipu. Blackway pernah terlibat dengan Francis Light menipu pembesar Melayu dalam mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Seorang yang penakut. Blackway ketakutan apabila mendengar mat rempit membuat bising di jalan raya.

 

 f) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah mematuhi undang-undang. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka. Kita hendaklah insaf atas kesalahan.  Blackway memohon maaf atas penipuan yang dilakukan pihak Inggeris menindas dan menipu pemerintah Melayu. Kita janganlah mungkir janji/menipu orang lain. Pihak Inggeris menipu dan enggan menepati janji membayar pajakan kepada Sultan Kedah. Kita janganlah terlibat dengan gejala sosial. Kumpulan lelaki perempuan sepatutnya mengamalkan gaya hidup berakhlak iaitu tidak bergaul bebas keluar waktu dinihari dari hotel dan mabuk. Kita hendaklah tegas mempertahankan maruah pemimpin. Mat Piah marah atas penipuan pihak Inggeris kepada Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah.  

 

g) Huraikan perwatakan Mat Piah.
Seorang yang mempunyai pengetahuan sejarah. Mat Piah mengetahui fakta sejarah Pulau Pinang. Seorang yang tegas. Mat Piah tegas dan  marah apabila mendapat tahu penipuan dan pengkhianatan Francis Light terhadap Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah. Seorang yang bangga dengan identiti bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. Seorang yg patriotik. Mat Piah kecewa dengan sikap penjajah Inggeris yang kejam dan menipu untuk merampas hasil bumi tanah air.


 h) Unsur patriotisme dalam drama.
Peka dan berpengetahuan tentang sejarah negara. Mat Piah peka terhadap sejarah negara iaitu dia menghafal sejarah Pulau Pinang. Bangga dengan identiti bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. Mempertahankan hak dan identiti bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menuduh Blackway cuba mencuri latah dan amuk yang dianggap sebagai identiti bangsa Melayu. Mempertahankan sumber kekayaan negara daripada dirampas oleh penjajah. Mat Piah marah kerana pihak British mengambil emas, perak, dan bijih timah milik negara.

 

i) Huraikan isu masyarakat dalam drama.

Isu penipuan dalam masyarakat. Francis Light dan Mr. Blackway menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Isu mempertahankan hak sumber kekayaan tanah air dalam masyarakat. Mat Piah marah apabila mengetahui pihak Inggeris mengaut hasil tanah air seperti emas dan bijih timah. Isu gejala sosial dalam masyarakat.  Pada waktu dinihari, ramai lelaki dan perempuan keluar dari hotel berpakaian beragam dan ada yg mabuk. Isu tidak mematuhi undang-undang dalam masyarakat. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.

 

j) Huraikan latar tempat dlm drama.
Hotel E&O. Mat Piah menunggu pelanggan beca di hadapan Hotel E&O.
Padang  Kota  Lama.  Mat  Piah  telah  membawa  Blackway  ke padang  Kota  Lama dengan becanya.
Georgetown. Mat Piah membawa Blackway mengelilingi bandar Georgetown dengan becanya.

 

k) Huraikan pandangan terhadap perwatakan Mat Piah.
Berpengetahuan dalam sejarah tempatan. Mat Piah mengetahui dan menghafal fakta sejarah Pulau Pinang. Tegas dalam mempertahankan maruah pemimpin. Mat Piah sangat marah apabila mendapat tahu penipuan dan pengkhianatan Francis Light terhadap Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah. Bangga dengan identiti bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. / Mat Piah marah apabila Blackway menyatakan bahawa dia rasa ingin mengamuk apabila mengingat peristiwa kekejaman yang pernah dilakukan bersama-sama Francis Light.

 

l) Huraikan pandangan terhadap perwatakan Blackway.

Insaf terhadap kesalahan diri. Blackway insaf kesalahan pihak Inggeris menindas dan berlaku kejam kepada orang Melayu. Jujur terhadap kebenaran. Blackway jujur bercerita bahawa pihak Inggeris telah menipu pembesar Melayu untuk mendapatkan Pulau Pinang. Penipu dalam urusan negara. Blackway pernah terlibat bersama dengan Francis Light menipu pembesar Melayu dalam mendapatkan Pulau Pinang. Penakut terhadap musuh. Blackway ketakutan apabila mendengar mat rempit membuat bising di jalan raya kerana sangkakan meriam pihak musuh.

 

m) Pandangan terhadap persoalan drama.

Persoalan kepatuhan pada undang-undang. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka. Persoalan gejala sosial yang menjejaskan imej masyarakat. Kumpulan lelaki perempuan sepatutnya mengamalkan gaya hidup berakhlak iaitu tidak bergaul bebas keluar waktu dinihari dari hotel dan mabuk. Persoalan keinsafan atas kesalahan terhadap orang lain. Blackway memohon maaf atas penipuan yang dilakukan pihak Inggeris yang menindas dan menipu pemerintah Melayu. Persoalan identiti bangsa yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. Persoalan semangat patriotik yang tinggi dalam diri. Mat Piah kecewa dengan sikap pihak Inggeris yang merampas hasil bumi tanah air seperti emas dan bijih timah.

 

 

n) Pandangan terhadap pengajaran drama.
Kita hendaklah mematuhi undang-undang negara supaya menjamin keselamatan orang ramai. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.
Kita hendaklah insaf atau memohon maaf atas kesalahan supaya memulihkan hubungan dengan orang lain. Blackway memohon maaf atas penipuan yang dilakukan pihak Inggeris yang menindas dan menipu pemerintah Melayu.
Kita janganlah mungkir janji atau menipu orang lain bagi mengelakkan perselisihan faham. Pihak Inggeris menipu dan enggan menepati janji membayar pajakan kepada Sultan Kedah.
Kita janganlah terlibat dengan gejala sosial bagi memelihara akhlak atau sahsiah. Kumpulan lelaki perempuan sepatutnya mengamalkan gaya hidup berakhlak iaitu tidak bergaul bebas keluar waktu dinihari dari hotel dan mabuk.

o) Huraikan citra masyarakat dalam drama.
Gambaran masyarakat yang mengamalkan penipuan dan tipu muslihat. Mr. Blackway dan Francis Light serta pihak Inggeris menipu pembesar-pembesar Melayu untuk mendapatkan Pulau Pinang. Gambaran masyarakat yang terlibat gejala sosial. Pada waktu dinihari, ramai lelaki dan perempuan keluar dari hotel berpakaian beragam dan ada yang mabuk. Gambaran masyarakat yang tidak mematuhi undang-undang. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.

 

p) Huraikan pandangan terhadap latar masyarakat.
Masyarakat penipu yang mementingkan diri. Mr. Blackway dan Francis Light serta pihak Inggeris menipu pembesar Melayu untuk mendapatkan Pulau Pinang. Masyarakat yang tamak terhadap harta kekayaan. Pihak Inggeris mengaut sumber hasil kekayaan negara seperti emas dan bijih timah. Masyarakat yang kurang prihatin terhadap keselamatan. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.


q) Saranan kepada latar masyarakat/masyarakat.
Menepati janji dengan orang lain. Blackway dan pihak Inggeris sepatutnya menepati janji untuk membayar pajakan kepada Sultan Kedah.
Mematuhi undang-undang negara. Kumpulan mat rempit sepatutnya menunggang motosikal dengan cermat di jalan raya dan tidak membahayakan keselamatan mereka.
Jujur dalam urusan dengan orang lain. Blackway dan pihak Inggeris sepatutnya jujur dan tidak menipu dalam mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.

Mengamalkan gaya hidup yang berakhlak mulia/Mengelakkan terlibat gejala sosial. Kumpulan lelaki perempuan sepatutnya mengamalkan gaya hidup berakhlak iaitu tidak bergaul bebas keluar waktu dinihari dari hotel dan mabuk.

r) Huraikan latar masa dalam drama. 
Dinihari/Jam 2.32 pagi. Mat Piah berada di atas beca menunggu pelanggan di hadapan Hotel E&O.
Jam 3.00 pagi. Mat Piah mengayuh beca membawa Mr. Blackway ke sekitar bandar Georgetown./Mat Piah telah membawa Blackway menaiki beca ke Padang Kota Lama dan berhenti di Fort Cornwallis.
Jam 4.00 pagi. Blackway menceritakan peristiwa Francis Light mengambil Pulau Pinang daripada Sultan Kedah kepada Mat Piah.

 

s) Huraikan unsur sejarah dalam drama.
Watak/tokoh bersejarah. Francis Light dan Sultan Muhammad Jiwa.
Latar tempat bersejarah. Pulau Pinang dan Kedah.
Latar masa bersejarah. Zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu/ 1786.
Peristiwa bersejarah. Peristiwa Francis Light mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.