Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

05 April 2023

Cerpen Res Judicata

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Usaha untuk mendapatkan keadilan hak pengguna. Seorang peguam menyaman KTN kerana koc syarikat pengangkutan KTN telah terlambat, menyebabkannya terlepas penerbangan dan terlepas peluang menghadiri mesyuarat berkaitan kontrak bernilai 27 juta ringgit di Indonesia. 

Persoalan kepentingan amalan menepati masa. Tren KTN tidak menepati masa menyebabkan peguam terlepas penerbangan ke Indonesia. eguam kehilangan kontrak bernilai 27 juta disebabkan kelewatan tren sampai ke KLIA dan peguam terlepas penerbangan ke Jakarta orang ramai mengalami kerugian apabila sistem pengangkutan awam tergendala.   

Persoalan keberanian mempertahan hak/ keadilan. Peguam berani menyaman KTN kerana dia yakin pihak KTN bersalah perlu bertanggungjawab / koc pengangkutan syarikat tersebut terlewat dia terlewat penerbangan / dia kerugian kerana terlepas mesyuarat kontrak 27 juta.

Persoalan tanggungjawab menegakkan keadilan/ hak. Peguam bertanggungjawab membela nasib penumpang kecil/orang awam yang terabai. 

Persoalan keprihatinan terhadap orang lain. Peguam prihatin terhadap penumpang-penumpang kecil/ orang awam yang terkesan/ mengalami kerugian setiap kali berlakunya masalah pengangkutan awam tergendala. 

Persoalan kelemahan sistem pengangkutan awam .KTN tidak memaklumkan masalah yang dihadapi peguam kepada penumpang sehingga menyebabkan kehilangan kontrak 27 juta.

b) Maksud res judicata dan contoh berdasarkan cerpen.

Res judicata adalah istilah undang-undang yg bermaksud hal yg telah selesai diperdebatkan dan telah diputuskan. Saman oleh peguam sebanyak RM 27 juta dianggap tiada asas kerana saman bagi kerugian yg berangkai adalah tidak diterima oleh undang-undang.


c) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai keadilan. Seorang peguam menunutut keadilan dgn menyaman KTN yg gagal menepati masa perkhidmatan. Nilai bertanggungjawab. Peguam berasa bertanggungjawab menuntut hak supaya syarikat pengangkutan awam memberi pekhidmatan yg efisien. Nilai keberanian. Peguam berani berjuang mendapatkan keadilan hak pengguna. Nilai kegigihan. Peguam gigih berjuang mendapatkan keadilan terhadap kerugian yg dialaminya. Nilai rasional. Peguam mempunyai rasional terhadap tindakannya menyaman pihak KTN.


d) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah bertanggungjawab dlm memberikan perkhidmatan. Syarikat pengangkutan awam perlu memberi perkhidmatan yg efisien kpd pengguna. Kita hendaklah gigih berusaha dalam sesuatu perkara. Peguam gigih berjuang mendapatkan keadilan terhadap kerugian yg dialaminya. Kita hendaklah memahami undang-undang. Peguam yg faham undang-undang dapat mengemukakan tuntutan kerugian di mahkamah. Kita hendaklah rasional dalam membuat sesuatu tindakan. Peguam mempunyai rasional terhadap tindakannya menyaman pihak KTN.

e) Huraikan perwatakan peguam.

Seorang yg gigih. Peguam gigih berjuang mendapatkan keadilan terhadap kerugian yg dialaminya. Seorang yg bertanggungjawab. Peguam berasa bertanggungjawab menuntut hak supaya syarikat pengangkutan awam memberi pekhidmatan yg efisien. Seorang yg berani. Peguam berani berjuang mendapatkan keadilan hak pengguna. Seorang yg rasional. Peguam mempunyai rasional terhadap tindakannya menyaman pihak KTN.


f) Nyatakan tujuan/ rasional peguam mengemukakan saman terhadap sykt pengangkutan awam.

Memastikan sykt pengangkutan awam menepati masa perkhidmatan mereka.
Memberikan amaran kpd semua sykt pengangkutan awam supaya memberi perkhidmatan yg efisien.
Mengelakkan kerugian kpd penumpang sykt pengangkutan awam.
Memastikan sykt pengangkutan lebih bertanggungjawab terhadap kualiti pekhidmatan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.