Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hang Tuah Diutus Ke Siam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hang Tuah Diutus Ke Siam. Papar semua catatan

09 April 2023

Hang Tuah : Kehebatan, Keperibadian Unggul dan Kepemimpinan Watak

 Hang Tuah merupakan tokoh sastera epik. Jelaskan kehebatan watak.

Mahir menggunakan senjata. Hang Tuah mahir berlawan senjata dengan Cin Cu, pendekar Jepun dan dapat memotong hidung dan telinganya. Hang Tuah juga dapat mengalahkan ramai pendekar Jepun seorang diri.  

Berani menentang musuh. Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Mempunyai kemahiran diplomatik. Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.

Mempunyai ilmu kesaktian. Dia membaca pustaka, sehingga menyebabkan bedil kapal pendekar Jepun tidak meletup, hanya berasap sahaja. 

Mahir berbahasa asing. Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.

Huraikan ciri kepimpinan pada watak Hang Tuah.

Pemimpin yang berani menyahut cabaran dan menentang musuh.
Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Pemimpin yang bijak menangani situasi. Hang Tuah bijak bertindak menghalang dan menewaskan pendekar Jepun yang cuba membunuh Phra Cau. Hang Tuah bijak bertindak membaca pustaka untuk menghalang serangan bedil pendekar Jepun.

Pemimpin yang amanah terhadap tugas.Hang Tuah menjalankan amanah dengan baik untuk mendapatkan gajah daripada raja Siam untuk dibawa balik ke Melaka.

Pemimpin yang mempunyai kemahiran diplomatik dalam urusan antara negara.
Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.

Pemimpin yang mahir pelbagai bahasa. Selain bahasa Melayu, Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.


Huraikan keperibadian unggul watak Hang Tuah.

Mahir menggunakan senjata. Hang Tuah mahir berlawan senjata dengan Cin Cu, pendekar Jepun dan dapat memotong hidung dan telinganya. Hang Tuah juga dapat mengalahkan ramai pendekar Jepun seorang diri.  

Berani menentang musuh. Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Taat kepada pemimpin. Hang Tuah taat kepada Raja Melaka menjalankan arahan supaya pergi ke Siam mendapatkan gajah.

Mahir berbahasa asing. Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.

Amanah terhadap tugas.Hang Tuah menjalankan amanah dengan baik untuk mendapatkan gajah daripada raja Siam untuk dibawa balik ke Melaka.