Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Sastera Hikayat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sastera Hikayat. Papar semua catatan

10 Januari 2025

Hikayat Parang Puting (Sastera Hikayat)

a) Jelaskan tema cerita.

Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara boleh membawa kebaikan kepada diri dan keluarga. Hubungan baik antara anak naga dengan budak miskin membawa tuah. Syahbandar dan orang ramai memberi hadiah seperti beras, buah-buahan dan baju kepada budak miskin apabila membuat persembahan bersama ular naga.

 b) Huraikan persoalan cerita.
Persoalan ketaatan kepada pemimpin. Budak miskin pergi ke rumah Syahbandar kerana Syahbandar ingin melihat persembahan anak ular naga. Persoalan setiakawan dalam persahabatan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan. Persoalan kasih sayang manusia terhadap haiwan. Budak miskin menyayangi dan menjaga makan minum anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Persoalan mengenang jasa orang lain. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya.

 c) Huraikan nilai murni.
Nilai ketaatan. Budak miskin ke istana kerana raja ingin melihat anak naga. Nilai mengenang jasa. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya, anak ular naga. Nilai kebijaksanaan. Budak miskin bijak mencari helah untuk mendapatkan tongkat sakti drp hulubalang naga. Nilai setiakawan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, sentiasa bersama ke mana-mana. Nilai kegigihan. Budak miskin gigih mencari anak naga yang lari balik ke hutan. Nilai kasih sayang. Ibu budak miskin menyayangi budak miskin dan berasa risau apabila budak miskin tidak pulang ke rumah. Nilai menghargai.  Syahbandar dan orang ramai memberi hadiah seperti makanan dan pakaian apabila Budak Miskin membuat persembahan bersama anak ular naga.

 d) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah taat kepada pemimpin. Budak miskin datang ke istana apabila diarahkan oleh raja yang ingin melihat anak naga. Kita hendaklah sayang terhadap haiwan.  Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Kita hendaklah mengenang jasa orang lain. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya. Kita hendaklah bersikap setiakawan dalam persahabatan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan.

 e) Buktikan cerita ini ialah sastera hikayat/prosa tradisonal.
Latar tempat yg luas. Di darat,tasik, laut. Budak miskin mengembara banyak tempat seperti hutan dan Tasik Hijau. Raja Indera Mahadewa belayar ke laut dan Pulau Cahaya Purnama. Watak-watak terdiri drp manusia biasa, rajaa, dewa dan binatang. Watak-watak cerita ialah Budak miskin, raja, Betara Kala, anak ular naga, dan anak helang. Unsur pengembaraan. Budak miskin, anak helang dan anak tikus mengembara mencari anak ular naga yang telah menghilangkan diri. Unsur kesaktian. Budak miskin mendapat cincin hikmat yg dapat menyediakan pelbagai jenis makanan/Parang puting dapat menebang pokok dengan sendirinya. Cerita berakhir dengan kegembiraan. Raja Indera Maha Dewa memperoleh anak, iaitu Tuan Puteri Mengindera Sehari Bulan.

 f) Huraikan perwatakan Budak miskin.
Seorang yang taat pada pemimpin. Budak miskin taat perintah raja datang ke istana menunjukkan anak ular naga. Seorang yang penyayang. Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Seorang yang suka menolong. Budak miskin pernah menolong anak ular naga daripada dibunuh orang. Seorang yang setiakawan. Budak miskin berkawan baik dengan anak ular naga, mencarinya apabila menghilangkan diri. Seorang yang bijaksana. Budak miskin bijak membuat helah untuk mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga.

 g) Huraikan latar tempat.
Rumah budak miskin. Budak miskin dan ibunya tinggal bersama di rumah mereka. Istana raja. Budak miskin dan anak ular naga membuat persembahan di istana raja. Tasik Hijau. Anak ular naga pulang ke Tasik Hijau, tempat tinggal datuknya. Hutan rimba. Budak miskin mencari anak naga yg hilang sehingga ke hutan rimba. Kolam. Hulubalang naga berendam di dalam kolam apabila badannya terasa panas. Pulau Cahaya Purnama. Raja Indera Maha Dewa pergi berkaul ke Pulau Cahaya Purnama bersama isterinya.

 h) Huraikan latar masyarakat.
Masyarakat yang taat pada pemimpin. Budak miskin, Syahbandar dan anak ular naga taat perintah raja datang ke istana untuk membuat persembahan. Masyarakat yang setiakawan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan. Masyarakat yang pemurah dan menghargai orang lain. Orang-orang kampung Syahbandar memberi pelbagai hadiah seperti beras, baju dan buah-buahan kepada budak miskin apabila membuat persembahan. Masyarakat haiwan. Anak ular naga, anak helang dan anak tikus merupakan haiwan peliharaan yang sangat disayangi oleh budak miskin. Masyarakat golongan pemerintah. Syahbandar, menteri dan Raja kagum melihat kehebatan budak miskin bermain dengan anak ular naga. 

 i) Huraikan keunggulan Budak  Miskin/sanjungan terhadap Budak Miskin.
Taat kepada pemimpin. Budak miskin taat akan perintah raja untuk datang ke istana menunjukkan aksi bermain demngan anak ular naga. Penyayang terhadap haiwan. Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus dan tidak mahu berpisah dengan mereka. Budak miskin mencari anak ular naga apabila ia menghilangkan diri. Bijaksana dalam membuat tindakan. Budak miskin bijak mencari helah untuk mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga.Suka membantu manusia atau haiwan yang menghadapi kesusahan. Budak miskin pernah menolong anak ular naga daripada dibunuh orang. Mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Budak miskin berkawan baik dengan anak ular naga, anak tikus dan anak helang dan sentiasa bersama ke mana-mana.

 j) Huraikan keperibadian unggul / sanjungan watak Syahbandar.
Prihatin terhadap kebajikan rakyat. Syahbandar menziarahi bonda budak miskin apabila mendapat tahu budak miskin tidak balik ke rumah selepas mencari anak ular naga di hutan. Taat kepada perintah pemimpin. Syahbandar taat terhadap perintah raja yang memintanya untuk membawa budak miskin ke istana untuk membuat persembahan bersama dengan anak ular naga. Menghargai kebolehan atau bakat orang lain. Syahbandar telah menghadiahkan beras, padi dan kain baju kepada budak miskin setelah budak miskin dan anak ular naga selesai membuat persembahan di rumahnya. Murah hati dalam memberi sumbangan. Syahbandar menghadiahkan beras, padi dan kain baju kepada budak miskin setelah budak miskin dan anak ular naga selesai membuat persembahan di rumahnya.

 k) Huraikan citra masyarakat.
Gambaran masyarakat yang mengutamakan persahabatan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan mereka. Gambaran masyarakat yang menghargai orang lain. Orang-orang kampung Syahbandar memberi pelbagai hadiah seperti beras, baju dan buah-buahan kepada budak miskin. Gambaran masyarakat yang mendaulatkan arahan pemimpin. Budak miskin dan Syahbandar taat perintah raja datang membuat persembahan anak ular naga di istana.

 l) Jelaskan pandangan terhadap pengajaran.
Kita hendaklah taat kepada pemimpin bagi memastikan  kelancaran sesuatu urusan. Budak miskin datang ke istana apabila diarahkan oleh raja yang ingin melihat anak naga. Kita hendaklah sayang terhadap haiwan supaya memastikan kebajikan haiwan terpelihara.  Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Kita hendaklah bersikap setiakawan dalam persahabatan bagi menjaga kebajikan sesama sendiri. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan.

 m) Huraikan perwatakan anak ular naga.
Seekor haiwan yang prihatin. Anak ular naga meninggalkan budak miskin kerana anak ular naga sudah semakin besar dan tidak mahu menyusahkan budak miskin. Seekor haiwan yang setiakawan. Anak ular naga sentiasa mengikuti budak miskin, anak helang dan anak tikus ke mana-mana terutamanya membuat persembahan di istana. Seekor haiwan yang mengenang jasa. Anak ular naga menasihati budak miskin supaya meminta cincin sakti daripada nenda ular naga sebagai membalas jasa budak miskin menjaganya.

 n) Huraikan keunggulan watak anak ular naga.
Prihatin terhadap kebajikan hidup orang lain. Anak ular naga meninggalkan budak miskin kerana anak ular naga sudah semakin besar dan tidak mahu menyusahkan budak miskin. Setiakawan dalam persahabatan. Anak ular naga sentiasa mengikuti budak miskin, anak helang dan anak tikus ke mana-mana terutamanya membuat persembahan di istana. Mengenang jasa orang lain. Anak ular naga menasihati budak miskin supaya meminta cincin sakti daripada raja naga sebagai membalas jasa budak miskin yang telah menjaganya.

o) Pandangan terhadap persoalan.
Persoalan ketaatan kepada pemimpin sebagai rakyat. Budak miskin pergi ke rumah Syahbandar kerana Syahbandar ingin melihat persembahan anak ular naga. Persoalan setiakawan dalam persahabatan yang luar biasa. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan. Persoalan kasih sayang manusia terhadap haiwan yang luar biasa. Budak miskin menyayangi dan menjaga makan minum anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Persoalan mengenang jasa orang lain dengan sesuatu balasan. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya.