Katakanlah kau ada …
Emas bertimbun,
Ataupun
beras berguni, berkampit, berkarung,
Wang penuh di gudang, padat di kantung.
Tetapi
jika ditabur habur, diborosi,
Semuanya segera juga akan habis pergi.
Walaupun
beras, tak terbilang ulasnya,
Akan timpas juga, tak tinggal sebiji.
Begitulah tetap akan akibatnya,
Kalau bersifat boros dan habur;
Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta terkubur.
Bidal Melayu sedia berkata :
“Nak kaya berdikit-dikit,
Nak ramai bertabur urai”;
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
Rangkap 1 Sekiranya pembaca mempunyai kekayaan iaitu banyak emas, banyak beras dan banyak wang
Rangkap 2 Semua harta akan habis jika digunakan secara boros
Rangkap 3 Makanan seperti beras yang banyak juga akan habis jika digunakan secara boros
Rangkap 4 Itulah kesan terhadap sikap boros dan suka membazir. Sikap berjimat cermat sahaja caranya sekiranya tidak mahu harta
habis/kehabisan harta
Rangkap 5 Perumpamaan Melayu ada menyatakan, berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat adalah cara untuk menjadi kaya manakala suka berbelanja kawan adalah cara mendapatkan kawan yang banyak. Tetapi, semasa kaya, kita akan ada banyak kawan tetapi apabila terlalu miskin, kita akan tinggal sendirian.
a) Analisis bentuk puisi/Huraikan bentuk seloka di atas.
Puisi ini berangkap. Puisi ini mengandungi 5 rangkap. Bilangan baris dalam
setiap rangkap adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 4 baris serangkap. Jumlah patah perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 7 patah perkataan
setiap baris. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama. Terdapat 5 hingga 15 suku kata setiap baris. Rima akhir puisi adalah bebas iaitu abcc/aa/ab/abab/abcd.
Kesimpulannya, puisi tersebut berbentuk bebas kerana rima akhir bebas iaitu abcc/aa/ab/abab/abcd.
c) Huraikan pengajaran/mesej.
Kita hendaklah mengamalkan sikap berjimat-cermat. Cth: Jimat cermat sahaja akan
ubatnya/Jika tak mahu harta terkubur.
Kita janganlah suka membazir harta benda dan wang.
Cth:Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya segera juga akan habis
pergi.
Kita janganlah suka berbelanja secara melampau untuk mendapatkan ramai kawan. Cth: Nak ramai bertabur urai/Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
Kita hendaklah berbelanja secara berhemah.
Cth : nak kaya, berdikit-dikit.
d) Terangkan nilai murni.
Nilai jimat-cermat. Cth: Jimat cermat
sahaja akan ubatnya.
Nilai kesederhanaan.
Cth: Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya
segera juga akan habis pergi.
Cth: Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya
segera juga akan habis pergi.
Nilai rasional.
Begitulah tetap akan akibatnya/kalau bersifat boros dan habur.
Begitulah tetap akan akibatnya/kalau bersifat boros dan habur.
Nilai keinsafan. Cth: Masa
mewah ramai, sudah papa keseorangan.
e) Huraikan tema dan persoalan.
Tema
– Kepentingan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan. Cth: Jimat cermat sahaja
akan ubatnya/jika tak mahu harta terkubur. Persoalan – Kesan/akibat
sikap suka membazir. Cth: Begitulah tetap akan akibatnya/Kalau bersifat boros dan habur. Sikap manusia yang berkawan hanya apabila berharta. Cth: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
f) Sikap penulis.
Penulis bersikap sinis/menyindir. Penulis menyindir golongan yg bersikap boros. Cth:
Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya segera juga akan habis pergi.
Penulis berasa kecewa. Penulis kecewa dgn golongan manusia yg suka membazir. Cth :
Begitulah tetap akan akibatnya/Kalau bersifat boros dan habur.
Penulis bersikap yakin. Penulis yakin bahawa seseorang boleh menjadi kaya jika berbelanja secara
berhemah. Cth: Bidal Melayu sedia
berkata/Nak kaya berdikit-dikit.
Penulis berasa insaf. Penulis insaf bahawa sikap berjimat cermat perlu diamalkan bagi mengelakkan harta habis. Cth : Jimat cermat sahaja akan ubatnya/Jika tak mahu harta terkubur.
g) Bagaimana mengenali seloka kerana bentuknya bebas?
Isi seloka mengandungi unsur lucu, sindiran dan ejekan. Contohnya, Seloka Pak Kaduk dan Seloka Boros dan Jimat.