Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah. Papar semua catatan

08 April 2023

Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah : Keunggulan watak Averah

Sanjungan terhadap watak Averah. 

Sanggup berkorban untuk ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat selalu menemani ayahnya yang uzur.  

Taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Bertanggungjawab menjaga ibu bapa. Averah sering pulang ke kampung menjaga keperluan Abah dan memasak gulai sembilang kegemaran abah.

Mementingkan pelajaran demi masa depan. Averah melanjutkan pelajaran di universiti sehingga berjaya menjadi seorang doktor perubatan.

Keperibadian unggul watak Averah.  

Sanggup berkorban untuk kebajikan ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat menemani ayahnya yang tua. 

Taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Taat kepada ibu bapa. Averah taat kehendak Abah untuk memasak gulai sembilang kegemaran Abah dan sering pulang ke kampung menjaga keperluan Abah

Berpendidikan tinggi. Averah melanjutkan pelajaran di universiti sehingga berjaya menjadi seorang doktor perubatan.


Pandangan terhadap perwatakan Averah.

Pandangan terhadap watak yang sanggup berkorban untuk kebajikan ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat menemani ayahnya yang tua. 

Pandangan terhadap watak yang taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Pandangan terhadap watak yang taat kepada ibu bapa. Averah taat kehendak Abah untuk memasak gulai sembilang kegemaran Abah dan sering pulang ke kampung menjaga keperluan Abah

Pandangan terhadap watak yang berpendidikan tinggi. Averah melanjutkan pelajaran di universiti sehingga berjaya menjadi seorang doktor perubatan.



05 Mac 2023

Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah

a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.
Tema cerpen ialah pengorbanan anak utk kebahagiaan keluarga/bapa. Averah berkorban dgn menolak tawaran belajar di luar negara/menolak cinta Dr. Lokeman yg tinggal di kota, supaya dapat selalu menemani ayahnya di kampung.

Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. Averah menyayangi ibu dan ayahnya.Averah sedih apabila ibunya meninggal dunia. 
Persoalan keinsafan akan kesalahan diri. Along
dan Angah menyesal kerana gagal menunaikan permintaan bapa mereka. 
Persoalan ketaatan pada agama. Averah mengejutkan ayahnya utk solat Subuh.

b) Huraikan nilai murni/nilai kemanusiaan.
Nilai kasih sayang.Averah menyayangi ibu dan ayahnya. Averah sedih apabila ibunya meninggal dunia.
Nilai tanggungjawab.
Averah bertanggungjawab menjaga ayah yang tua dan menyediakan masakan gulai sembilang kegemaran ayahnya.
Nilai ketaatan.
Averah taat pada agama, menunaikan solat Subuh. 
Nilai keprihatinan. Averah prihatin hasrat ayah dengan menyediakan masakan gulai sembilang untuk ayah.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah menyayangi ibu bapa. Averah amat menyayangi ayahnya. Dia selalu balik kampung untuk menjaga ayahnya yang tua.
Kita hendaklah taat pada agama. Averah mengejutkan bapa
untuk solat Subuh bersama. Kita janganlah berselisih faham antara adik-beradik.
Along dan Angah yang lama tidak bertegur sapa kembali berdamai semasa makan
malam keluarga. 
Kita hendaklah bertanggungjawab atau sanggup berkorban untuk ibu
bapa. Contohnya, Averah sanggup bekerja dekat dengan kampung dan menolak cinta
Dr. Lokeman kerana ingin fokus menjaga ayahnya.

d) Huraikan binaan plot cerpen.
Permulaan. Averah mengimbas kembali peristiwa pada suatu malam, seluruh keluarganya dapat berkumpul untuk makan bersama. 
Perkembangan. Averah sedih ibunya meninggal dunia tetapi dia sanggup berkorban utk meluangkan masa menemani bapanya di kampung. 
Kemuncak. Bapanya meminta semua anaknya pulang makan malam sekeluarga
tetapi Along dan Angah tidak dapat balik kampung kerana sibuk. 
Peleraian.
Averah terkejut kerana ayahnya meninggal dunia pada keesokan pagi manakala
Along dan Angah berasa kesal tidak pulang ke kampung lebih awal.

e) Huraikan perwatakan Averah.
Seorang yang penyayang. Averah menyayangi ibu dan ayahnya. Averah bersedih apabila ibunya meninggal dunia. 
Seorang yg bertanggungjawab. Averah bertanggungjawab selalu menemani ayahnya di kampung.
Seorang yang sanggup berkorban. Averah berkorban dgn memohon penempatan kerja
dekat dgn kampung/ menolak cinta Dr. Lokeman supaya dapat selalu menemani ayah
di kampung. 
Seorang yang taat pd agama. Averah taat pada agama dengan menunaikan
solat Subuh. 
Seorang yg berpendidikan tinggi. Averah seorang lulusan universiti dan bekerja
sebagai doktor.

f) Huraikan peranan Averah.
Sebagai anak. Averah satu-satunya anak perempuan dlm keluarganya. Sebagai doktor.
Averah bertugas sbg doktor. Sebagai pemulih semangat. Averah selalu menemani
ayahnya yg selalu kesunyian setelah kematian isteri. Sebagai adik. Averah
merupakan adik perempuan kpd Along, Angah dan Acik.

h) Huraikan latar masa.
Waktu malam. Averah dan keluarganya makan malam sekeluarga dgn menu istimewa masakan gulai sembilang. Tiga bulan. Ibu Averah meninggal dunia tiga bulan selepas makan malam istimewa sekeluarga. Waktu Subuh. Ayah meninggal dunia pada waktu Subuh semasa Averah ingin mengejutkannya. Waktu pagi. Along dan Angah pulang pada waktu pagi dgn perasaan kesal setelah mengetahui ayah mereka meninggal dunia.

i) Huraikan nilai pengorbanan dalam cerpen.

Watak utama ialah Averah. Averah amat menyayangi ayahnya dan melakukan pengorbanan untuk kebahagian bapanya. 
Pengorbanan dalam pelajaran. Averah berkorban dgn menolak tawaran belajar di luar negara supaya boleh selalu menemani ayahya. 
Pengorbanan dalam cinta. Averah berkorban dgn menolak cinta Dr. Lokeman kerana
percaya Dr. Lokeman tidak sanggup tinggal di kampung. 
Pengorbanan dalam kerjaya. Averah berkorban dengan memohon bertugas sebagai doktor berdekatan dengan kampungnya supaya tidak berjauhan dengan ayahnya.

j) Huraikan sudut pandangan cerpen. Nyatakan kelebihan sudut pandangan tersebut.
Sudut pandangan orang pertama. Pengarang bercerita dengan menggunakan ganti nama diri pertama “Aku”. 
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama supaya dapat menggambarkan
aksi,dialog,pemikiran dan perasaan watak utama.







28 Februari 2023

Teks Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah

Hasil Karya : Fauziah Mohd. Ismail




AKU masih ingat, malam itu kami berkumpul anak beranak, Along ada, Angah juga turut pulang. Achik dan juga aku tidak ketinggalan melengkapkan malam yang indah itu. Malam itu emak memasak juadah istimewa daripada biasa. Gulai ikan sembilang kegemaran abah menjadi menu utama. Sambal udang campur petai, sayur keladi, gulai ayam kampung, dan ikan terubuk cicah air asam yang paling sedap disediakan emak sejak dahulu lagi. 

Tiga kali abah menambah malam itu. Kami kehairanan dengan selera abah yang tiba-tiba berganda itu. Aku yang tidak menjamah ikan sungai dipaksa oleh abah supaya merasanya walaupun sedikit. Sedap pujuknya, apa lagi kalau emak yang memasak.

Malam itu, aku kira malam keramat apabila Along dan Achik yang bertahun-tahun tidak bertegur sapa menampakkan tanda akan berdamai. Air dicencang tidak akan putus dan biduk berlalu kiambang pasti bertaut. Entah, aku tidak tahu punca persengketaan mereka. Kata abah, hal orang lelaki. Malam itu malam kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila.

Selepas tiga bulan berlalu, keluarga kami jadi murung kerana dilanda musibah yang paling memedihkan. Ratu hati kami pergi menghadap Ilahi. Aku terasa sepi sejak emak hilang daripada kami kerana emak tempat kami bermanja. Rumah itu seakan tidak bermaya. Aku tahu yang paling terasa kehilangan ialah abah. Selama ini, emak tempat abah
mengandar kasih, melenyap sepi hatinya dan emak teman hidup abah yang paling
setia. Aku cuba menemani abah, mengisi ruang-ruang sepi yang ditinggalkan oleh
emak itu.

Aku tidak menyalahkan abang yang lain kalau mereka kurang waktu untuk abah kerana masing-masing punya kehidupan sendiri. Aku kira abah juga mengerti. Begitulah pusingan hidup, kata abah, suatu ketika sambil mengusap helai rambutku yang panjang. Aku membela rambutku kerana abah. Anak perempuan manis, kalau menyimpan rambut panjang, tambah abah lagi.

"Averah juga akan tinggalkan abah suatu hari nanti."

"Bukan meninggalkan abah tetapi lelaki itu akan menggantikan tempat abah, menjaga dan mengasihi Averah seperti abah menjaga dan mengasihi. Tanggungjawab ke atas Averah akan terlepas. Kasih yang abah akan terus menghantar Averah untuk pulang menemani abah. Averah janji, abah!" 

"Doktor muda macam Averah tentu sentiasa sibuk."

"Averah sudah memohon untuk bertugas di tempat paling hampir dengan kampung kita supaya dekat dengan abah," kata aku melenyapkan kebimbangan abah.

Aku tidak pernah menyesal kerana menolak tawaran belajar di luar negara dan memilih universiti tempatan untuk menyambung cita-cita menjadi doktor seperti Along. Aku lebih menyesal kalau meninggalkan abah dalam kerinduan dan kesepian. Aku kira aku paling rapat dengan abah. Mungkin kerana aku satu-satunya anak perempuan abah.

Disebabkan abah juga aku menolak cinta Dr. Lokeman. Bagiku, lelaki itu sangat sofistikated, anak orang berada dan tidak pernah akan mengalah meninggalkan kota gahnya untuk mengikut aku tinggal di kampung yang masih tertinggal dan jauh daripada hidup yang moden serta lengkap dengan kemudahan. Tidak mungkin lelaki itu akan bertukar watak hanya
kerana cinta terhadap gadis pingitan seperti aku. Aku menolak cintanya dengan
seribu alasan walaupun dia tidak henti-henti mengirimkan aku mawar merah yang
harum dan cantik. Aku tidak mahu terlanjur mencintainya walaupun ramai yang
beranggapan aku menolak tuah.

"Hanya gadis yang urat nadinya terputus sahaja yang akan menolak cinta teruna setampan Dr. Lokeman," sindir teman-teman. Biarlah, aku tidak akan kempunan. Puncak
cinta bukan pada tawaran harta. Bukan pada paras rupa tetapi pada hati dan
keserasian dalam ikatan. Aku mengangankan cinta yang akan membawa aku syurga.
Tunggulah, aku akan menjumpai cinta itu.

Hujung minggu itu, Along menelefon aku. Katanya, meminta semua anaknya pulang. Kata abah, di kampung memintanya mencari ikan sembilang untuk dibuat gulai dan meminta semua anaknya pulang. Kata abah, di kampung sekarang agak susah untuk mencari ikan sembilang. Abah rindu akan anak cucunya. Abah rindu untuk makan bersama-sama seperti dahulu. Kedengaran suara Along seperti keberatan untuk memenuhi harapan abah dengan
alasan sibuk dengan kerja. Angah pula berada di Miri. Hujung minggu itu hanya
aku dan Achik serta isterinya yang sedang sarat mengandung anak pertama yang
pulang.

Kami sama-sama memasak gulai ikan sembilang untuk abah. Mungkin tidak
sesedap masakan arwah emak tetapi aku harap abah gembira dan kempunan abah
tertanggal. Sesudah menjamah nasi pada malam itu dan melayan kami berbual di
anjung, tempat yang selalu menjadi pilihan kami untuk berkumpul, abah meminta
untuk masuk tidur. Sebelum itu, banyak cerita yang abah kongsi bersama kami.
Kisah mudanya yang bergelar guru tetapi saya tidak seorang pun anak-anaknya
berminat untuk menyambung kerjaya abah sebagai pendidik. Tetapi abah tidak
kesal. Pelajaran dan ilmu agama sudah ditinggalkan untuk anak-anaknya.

Sebelum abah masuk ke kamar beradunya, abah sempat melemparkan senyuman untuk kami. Katanya, alangkah indah kain semua anaknya dapat pulang. Abah juga memuji gulai sembilang. Katanya, gulai itu menambahkan rindunya kepada emak. Ah, hampr air mataku
menitis!

Aku melihat abah sarat dengan kasih sayangnya kepada anak-anak malam itu, walaupun sesekali dia memandang di kejauhan, mungkin kesal kerana perhimpunan kami malam itu ada kekurangannya. Along dan Angah yang diharapkan dapat bersama-samanya gagal
pulang untuk memenuhi permintaan hati seorang tua itu.

Dan, aku tidak tahu mengapa, jiwa seorang anak ini seakan dapat merasakan sesuatu. Hati aku berdebar tidak sebagaimana selalu ketika abah memandang aku penuh kasih sebelum
masuk tidur.

Esoknya, aku menemui jawapan keresahan itu. Ketika aka mengejutkan abah untuk solat Subuh bersama-sama, aku mendapati nafas abah tidak beralun seperti biasa. Abah telah meninggalkan kami dengan kasih yang terlalu indah. Rupanya, itu pertemuan kami yang
terakhir. Pagi itu, Along dan Angah pulang dengan kekesalan pada wajah mereka
kerana gagal menunaikan permintaan daripada seorang abah yang tercinta.