Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Sastera Panji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sastera Panji. Papar semua catatan

21 April 2023

Raden Puspa Kencana (Sastera Panji)

Jelaskan tema dan persoalan cerita.

Tema - kasih  sayang  erat antara suami  isteri. Raden  Inu  Kertapati  amat mencintai  isterinya,  Raden  Puspa  Kencana. Baginda   sanggup  membunuh  diri  setelah  mendapati Ken Tambohan meninggal dunia.

Persoalan  kezaliman terhadap orang lain. Permaisuri  menitahkan  pelebaya  untuk  membunuh Ken  Tambohan.
Persoalan sikap  simpati  terhadap  orang lain. Betara  Kala  simpati lalu turun  ke  bumi  menghidupkan  kembali Ken Tambohan dan Raden Menteri. 
Persoalan keinsafan atas kesalahan yang dilakukan. 
Permaisuri insaf akan perbuatannya meminta Pelebaya membunuh Ken Tambohan kerana hal tersebut menyebabkan baginda telah kematian anaknya juga.

Huraikan  nilai  murni/kemanusiaan.

Nilai  kasih  sayang. Raden  Inu  Kertapati  amat mencintai  isterinya, Raden  Puspa  Kencana. Baginda sanggup  membunuh  diri  setelah melihat  mayat   Ken  Tambohan  di atas  rakit. Nilai  simpati. Betara  Kala  simpati lalu turun  ke  bumi  menghidupkan  kembali Ken Tambohan dan Raden Menteri. Nilai ketaatan. Menteri dan rakyat taat pada perintah Sang Nata untuk persiapan penabalan Raden Menteri. Nilai kesyukuran. Sang Nata bersyukur apabila Raden Menteri dan Ken Tambohan dihidupkan semula lalu mengadakan majlis penabalan untuk mereka. 

Pengajaran. 

Kita hendaklah saling berkasih sayang. Raden Inu sangat menyayangi isterinya Ken Tambohan sehingga dia sanggup membunuh diri setelah isterinya meninggal dunia.
Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Permaisuri insaf akan perbuatannya meminta Pelebaya membunuh Ken Tambohan kerana hal tersebut menyebabkan baginda telah kematian anaknya juga. 
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. Sang Nata memaafkan kesalahan Permaisuri setelah Raden Inu dan Ken Tambohan berjaya dihidupkan kembali.

Kita hendaklah reda dengan takdir. Sang Nata menasihati Isterinya supaya reda dengan jodoh anaknya Raden Inu Kertapati dengan Ken Tambohan. 
Kita hendaklah sanggup berkorban. Ken Tambon dan Ken Penglipur meminta agar mereka juga dibunuh seperti Ken Tambohan kerana semangat setia kawan yang tinggi.
Kita janganlah mementingkan darjat. 
Permaisuri marah dengan Ken Tambohan kerana mengahwini anaknya kerana mengganggap bahawa Ken Tambohan tidak setaraf dengan Raden Menteri.
Kita janganlah berbuat zalim terhadap orang lain. 
Permaisuri menyuruh Pelebaya membunuh Ken Tambohan semasa Raden Inu pergi berburu.
Kita hendaklah belas kasihan atau simpati terhadap orang lain.
Segala dewa di kayangan berasa belas kasihan melihat Sang Nata bersedih atas kematian Raden Menteri dan Ken Tambohan.
Kita hendaklah merendah diri. Ken Tambohan menolak lamaran Reden Menteri kerana Raden Menteri tidak setaraf dengannya.


Latar masyarakat Hikayat Puspa Kencana

Masyarakat Istana / Bangsawan Jawa.
Sang Nata, Permaisuri dan Raden Inu Kertapati, Paduka Mahadewa, Paduka Mahadewi, Paduka Liku.
Masyarakat yang penyayang.
Raden Menteri dan isterinya Ken Tambohan saling menyayangi sehingga Raden Menteri sanggup membunuh diri apabila mendapati isteri mati dibunuh. Ken Penglipur dan Ken Tadahan menyayangi Ken Tambohan sehingga sanggup dibunuh bersama-sama dengan Ken Tambohan.
Masyarakat rakyat atau orang biasa. 
Pelebaya, Wira Wani, Wira Karta, Penjaga Kubah.
Masyarakat dewa 
Betara Guru dan Betara Kala merupakan golongan dewa-dewa yang tinggal di Kayangan.
Masyarakat yang mempercayai alamat mimpi.
Apabila bangun daripada tidur, Raden Menteri dan Raden Puspa Kencana berasa risau kerana memikirkan alamat mimpi mereka. 
Masyarakat yang belas kasihan atau simpati.
Semua dewa di Kayangan berasa simpati dan belas kasihan apabila melihat Sang Nata berdukacita setelah Raden Menteri meninggal dunia.
Masyarakat yang sanggup berkorban.
Ken Tahan dan Ken Penglipur meminta agar mereka juga dibunuh seperti Ken Tambohan.
Masyarakat yang taat kepada pemerintah.
Huraian: Pelebaya dan Ken Tambohan taat akan arahan Permaisuri supaya ke tempat Raden Inu berburu di hutan.
Masyarakat tawananan perang.
Ken Tadahan dan Ken Penglipur segala puteri ratu menjadi tawanan Sang Nata.


Buktikan cerita ini ialah sastera panji.

Watak utama ialah putera/puteri raja. Raden Puspa Kencana, Raden Inu Kertapati. Latar tempat di Jawa. Cerita berkisar di negeri Cempaka Jajar,Jawa. Unsur pengembaraan. Raden Inu Kertapati pergi berburu bersama kedayannya. Unsur luar biasa/kesaktian. Betara Kala menghidupkan Raden Menteri dan Ken Tambohan yang telah mati. Cerita berakhir dengan kegembiraan. Akhirnya, Raden Menteri dan Ken Tambohan dapat hidup bahagia sebagai suami isteri. Unsur percintaan. Raden Menteri bercinta dan berkahwin dengan Ken Tambohan.


Huraikan  perwatakan  Raden  Inu  Kertapati/Raden Menteri/
Seorang  penyayang.  Raden  Inu  Kertapati  amat  mencintai  isterinya, Ken  Tambohan. Baginda   sanggup  bunuh  diri  setelah  melihat  mayat   Ken   Tambohan. Seorang  yg  taat pada ibu bapa. Raden Inu pergi berburu setelah  dititahkan  oleh  ibunya.  Seorang yg kacak. Ken Tambohan mendapati Raden Inu terlalu elok rupanya. Seorang yg mahir berburu. Raden Inu dapat menyumpit burung serindit dengan tepat semasa berburu.

Huraikan perwatakan Raden Puspa Kencana/Ken Tambohan.
Seorang  yg penyayang.  Raden  Puspa Kencana  amat mencintai suaminya, Raden Menteri. Seorang  yang tabah. Raden Puspa Kencana bersabar apabila dihina permaisuri. Seorang yg merendah diri. Raden Puspa Kencana merendah diri mengatakan dirinya tidak setaraf apabila dipujuk oleh Raden Menteri. Seorang yg cantik. Ken Tambohan  disayangi Sang Nata/Permaisuri kerana merupakan puteri tercantik dalam tawanan. Seorang yang taat pada perintah permaisuri. Raden Puspa Kencana taat apabila pelebaya ingin membunuhnya atas titah permaisuri.

Huraikan latar tempat.
Cempaka Jajar – Sang Nata menjadi ratu di Cempaka Jajar. Banjar Kulon – Patih mengesyorkan permaisuri meminang puteri Banjar Kulon untuk Raden Menteri. Istana Ken Tambohan – Raden Menteri masuk ke istana Ken Tambohan untuk mendapatkan burung serindit. Hutan – Raden Puspa Kencana dibunuh oleh pelebaya di hutan. Keinderaan – Dewa-dewa di keinderaan kasihan melihat Sang Nata yang bersedih atas kematian anakandanya.