Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

31 Mac 2023

Sajak Citra Pelangi 1Malaysia karya A. Halim Ali

Kita berfikir tentang sejuta mimpi
yang tumbuh rendang
dari lena dari tidur dari sepi malam
mari kita himpunkan angannya
menjadi mentari pagi.

Kita menyulam sejuta jiwa
yang bergetar dalam riak rasa berbeza
menjadi sebuah lagu cinta
lirik perpaduan seni senegara
rentak fikir bersama berpadu
inilah muzik satu hati sejiwa
rumpun pelbagai bangsa satu bahasa
berlagu senada menari langkah sekata.

Kita menghulur jemari hati
menghantar pesan seloka
mengirim diksi dari langit
mantera dari rumpun Melayu
air mawar dari sumur nusantara
satukan menjadi jamu cinta kita
santap dalam pentas terbuka
di anjung pelbagai sejuta budaya
duduk-duduk berlamalah di sini
sambil menganyam citra pelangi di wajah 1 Malaysia
kelak kita menjadi lebih faham
perlunya berfikir dan bertindak
dalam bersatu

berbeza dan berselisih itu boleh
tetapi kemudian bersatu
tanah air kita tiada dua
hanya satu.

Karya : A. Halim Ali

a) Huraikan bentuk puisi.
Puisi ini berangkap. Puisi ini mengandungi 4 rangkap. 
Jumlah baris dalam setiap rangkap adalah tidak sama. Terdapat 4 baris hingga 14 baris pada setiap rangkap. 
Jumlah patah perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 7 patah perkataan setiap baris. 
Jumlah suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 4 hingga 14 suku kata setiap baris. 
Kesimpulannya, puisi tersebut berbentuk bebas. Hal ini  kerana jumlah baris dalam setiap rangkap adalah tidak sama.

b) Huraikan gaya bahasa.
Asonansi a. Contoh, Kita menyulam sejuta jiwa.
Aliterasi t. Contoh, Kita berfikir tentang sejuta mimpi.
Kata ganda. Contoh, duduk-duduk.
Repitisi kata. Perkataan dari. Contoh, dari lena dari tidur dari sepi malam.
Responsi. Contoh,
mantera dari rumpun Melayu,
air mawar dari sumur nusantara.
Inversi. Contoh, sepi malam. 
Metafora. Contohnya, jamu cinta.

c) Huraikan nada sajak.
Nada sajak ialah nada patriotik. 
Penyajak bersemangat patriotik mengharapkan masyarakat Malaysia bersatu walaupun berbeza bangsa dan budaya. 
Contohnya, sambil menganyam citra pelangi di wajah 1Malaysia.
Contohnya, tanah air kita tiada  dua, hanya satu.

d) Huraikan pengajaran/mesej puisi.
Kita hendaklah mempunyai / mengutamakan perpaduan dalam masyarakat.
Contoh, lirik perpaduan seni senegara, rentak fikir bersama berpadu.
Kita hendaklah mengamalkan satu bahasa bagi mewujudkan perpaduan.
Contoh,rumpun pelbagai bangsa satu bahasa, berlagu senada menari langkah sekata.
Kita hendaklah mencintai dan mempertahankan negara kita. 
Contoh, tanah air kita tiada dua,hanya satu.

e) Terangkan nilai kemanusiaan/nilai murni dalam sajak.
Nilai patriotisme.Contoh, tanah air kita dua,hanya satu.
Nilai perpaduan. Contoh, lirik perpaduan seni senegara, rentak fikir bersama berpadu.
Nilai toleransi.Contoh, berbeza dan berselisih itu boleh, tetapi kemudian bersatu.

e) Huraikan persoalan sajak. 
Persoalan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 
Contoh, lirik perpaduan seni senegara, rentak berfikir sama berpadu.
Persoalan kepentingan sikap bertolak ansur/bertoleransi dalam masyarakat. 
Contoh, berbeza dan berselisih itu boleh, tetapi kemudian bersatu. 
Persoalan semangat patriotik/ cinta akan tanah air yang  tinggi dalam diri. 
Contohnya, tanah air kita tiada dua, hanya satu.


30 Mac 2023

Perbandingan Bentuk Puisi - Cara Menjawab

Puisi A

Bangsanya Ajam baginda itu,
Kerajaan besar bukan suatu,
Takluk banyak sudah tertentu,
Menghantar ufti sekalian ke situ.

Banyaknya tidak menderita,
Berlimpah sampai ke tepi kota,
Bahana gemuruh gegak gempita,
Menghadap baginda di atas takhta.

Puisi B

Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada jalan membawa rugi.


a) Apakah jenis Puisi A dan Puisi B?
b) Bandingkan bentuk Puisi A dan Puisi B.

a) Puisi A ialah syair. Puisi B ialah gurindam.

Nota Panduan - Perkara yang boleh dibandingkan:
1. Bilangan rangkap. 
2. Bilangan baris serangkap 
3. Bilangan perkataan sebaris
4. Bilangan suku kata sebaris
5. Rima akhir
6. Ciri baris 
7. Bentuk


b) Bilangan rangkap. Puisi A dan Puisi B mempunyai jumlah rangkap yang tidak sama. Puisi A mempunyai dua rangkap manakala Puisi B mempunyai empat rangkap.

Bilangan baris serangkap. Puisi A dan Puisi B mempunyai bilangan baris serangkap yang tidak sama. Puisi A mempunyai empat baris serangkap manakala Puisi B mempunyai dua baris serangkap.

Bilangan perkataan sebaris. Puisi A dan Puisi B mempunyai bilangan perkataan sebaris yang tidak sama. Puisi A mempunyai dua hingga empat patah perkataan sebaris manakala Puisi B mempunyai dua hingga lima patah perkataan sebaris.

Bilangan suku kata sebaris. Puisi A dan Puisi B mempunyai bilangan suku kata sebaris yang tidak sama. Puisi A mempunyai sembilan hingga dua belas suku kata sebaris. Manakala Puisi B mempunyai tujuh hingga dua belas suku kata sebaris.

Rima akhir. Puisi A dan Puisi B mempunyai rima akhir yang tidak sama. Rima akhir Puisi A ialah aaaa. Manakala rima akhir Puisi B ialah aa.

Ciri baris. Baris dalam Puisi A ialah semua baris adalah  maksud. Manakala Puisi B adalah baris pertama ialah syarat baris kedua ialah jawab.

Bentuk. Puisi A dan Puisi B kedua-duanya berbentuk terikat. Puisi A mempunyai 4 baris serangkap manakala Puisi B mempunyai 2 baris serangkap.
Atau : 
Bentuk. Puisi A dan Puisi B kedua-duanya berbentuk terikat. Puisi A dan Puisi B mempunyai rima akhir yang sama. Puisi A mempunyai rima akhir aaaa manakala Puisi B mempunyai rima akhir aa.

29 Mac 2023

Gurindam Fasal Dua Belas (Fasal Ketiga dan Fasal Kelima)

Fasal Ketiga :

Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan. 

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh. 

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada jalan membawa rugi.

Rangkap 1 Jika kita menjaga pandangan, kuranglah keinginan untuk mengharapkan/menginginkan sesuatu.
Rangkap 2 Jika kita menjaga pendengaran, kita dapat mengelak daripada mendengar umpatan, kejian atau cerita yang buruk.
Rangkap 3 Setiap orang perlu menggunakan kekuatan tangannya untuk rajin bekerja dan tidak cepat/mudah memukul orang.
Rangkap 4 Jika seseorang makan dengan sangat kenyang, ia akan mendorong seseorang menunjukkan perangai yang kurang sopan/kurang senonoh.
Rangkap 5 Setiap orang perlu menjaga kakinya supaya tidak pergi ke tempat yang melalaikan atau merosakkan diri. 

Fasal Kelima :

Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
Lihat kepada budi bahasa.

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, 
Sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang yang mulia,
Lihatlah kepada kelakuan ia.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
Di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Rangkap 1 Seseorang yang berakhlak/beradab dapat dilihat daripada budi bahasa atau kesopanannya.
Rangkap 2 Seseorang yang sejahtera/bahagia dapat dilihat daripada sifatnya mengelak melakukan perkara yang tidak bermanfaat.
Rangkap 3 Seseorang yang berhemah tinggi/mulia dapat dilihat daripada tingkah lakunya.
Rangkap 4 Seseorang yang bijaksana dapat dilihat daripada sikapnya mengumpul amal selama berada di dunia.
Rangkap 5 Seseorang yang bersahsiah tinggi/berperangai baik dapat dilihat daripada tingkah lakunya semasa bergaul dengan masyarakat.

Huraikan bentuk gurindam/puisi.
Puisi ini berangkap. Puisi ini terdiri daripada 10 rangkap. 
Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama. Terdapat 2 baris serangkap. 
Jumlah patah perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 7 patah perkataan setiap baris. 
Jumlah suku kata setiap baris tidak sama. Terdapat 7 hingga 16 suku kata setiap baris. 
Baris pertama ialah syarat dan baris kedua ialah jawab.
      Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
      Lihat kepada budi bahasa.

Rima akhir puisi adalah sama iaitu aa.
Puisi ini tersebut berbentuk terikat. Hal ini kerana rima akhir puisi adalah sama iaitu aa. 

Huraikan pengajaran/mesej gurindam.
Kita hendaklah menjaga pandangan daripada melihat perkara yang dilarang.
       Apabila tepelihara mata,
       Sedikit cita-cita.

Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mendengar umpatan, hasutan dan kejian terhadap orang lain.
         Apabila terpelihara kuping,
         Khabar yang jahat tidaklah damping.

Kita janganlah makan terlalu kenyang kerana kita akan terdorong berperangai kurang senonoh.            
         Apabila perut terlalu penuh,
        Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Kita janganlah pergi ke tempat yang kurang elok dan melalaikan.
       Hendaklah peliharakan kaki,
       Daripada jalan membawa rugi.

Kita janganlah malas bekerja menggunakan tangan kita /Kita janganlah mudah terdorong untuk memukul orang.
       Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
       Daripada segala berat dan ringan.

Terangkan nilai kemanusiaan/nilai murni gurindam.

Nilai kegigihan. Contoh :
     Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
     Daripada segala berat dan ringan.

Nilai kesopanan. Contoh :
    Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
    Lihat kepada budi bahasa.

Nilai rasional. Contoh:
     Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
     Sangat memeliharakan yang sia-sia.
     
Nilai kebijaksanaan.  Contoh: 
        Jika hendak mengenal orang yang berakal,
        Di dalam dunia mengambil bekal.

Huraikan tema gurindam. 
Tema gurindam ialah amalan dan tingkah laku yang baik/berfaedah dalam kehidupan. 
Contoh :
     Jika hendak mengenal orang yang berakal, 
     Di dalam dunia mengambil bekal.

Huraikan gaya bahasa.
Terdapat asonansi a. Contohnya, Apabila terpelihara mata.
Terdapat aliterasi r. Contohnya, Daripada segala berat dan ringan.
Terdapat repitisi frasa. Contohnya, Jika hendak mengenal.
Terdapat inversi. Contohnya, Di dalam dunia mengambil bekal.

28 Mac 2023

Seloka Boros dan Jimat


Katakanlah kau ada …
Emas bertimbun,
Ataupun
beras berguni, berkampit, berkarung,
Wang penuh di gudang, padat di kantung.


Tetapi
jika ditabur habur, diborosi,
Semuanya segera juga akan habis pergi.

Walaupun
beras, tak terbilang ulasnya,
Akan timpas juga, tak tinggal sebiji.

Begitulah tetap akan akibatnya,
Kalau bersifat boros dan habur;
Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta terkubur.

Bidal Melayu sedia berkata :
“Nak kaya berdikit-dikit,
Nak ramai bertabur urai”;
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.




Rangkap 1 Sekiranya pembaca mempunyai kekayaan iaitu banyak emas, banyak beras dan banyak wang

Rangkap 2 Semua harta akan habis jika digunakan secara boros

Rangkap 3 Makanan seperti beras yang banyak juga akan habis jika digunakan secara boros

Rangkap 4 Itulah kesan terhadap sikap boros dan suka membazir. Sikap berjimat cermat sahaja caranya sekiranya tidak mahu harta
habis/kehabisan harta

Rangkap 5 Perumpamaan Melayu ada menyatakan, berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat adalah cara untuk menjadi kaya manakala suka berbelanja kawan adalah cara mendapatkan kawan yang banyak. Tetapi, semasa kaya, kita akan ada banyak kawan tetapi apabila terlalu miskin, kita akan tinggal sendirian.




a) Analisis bentuk puisi/Huraikan bentuk seloka di atas.


Puisi ini berangkap. Puisi ini mengandungi 5 rangkap. Bilangan baris dalam
setiap rangkap adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 4 baris serangkap. Jumlah patah perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 2 hingga 7 patah perkataan
setiap baris. Bilangan suku kata setiap baris tidak sama. Terdapat 5 hingga 15 suku kata setiap baris. Rima akhir puisi adalah bebas iaitu abcc/aa/ab/abab/abcd.
Kesimpulannya, puisi tersebut berbentuk bebas kerana rima akhir bebas iaitu abcc/aa/ab/abab/abcd.




c) Huraikan pengajaran/mesej.


Kita hendaklah mengamalkan sikap berjimat-cermat. Cth: Jimat cermat sahaja akan
ubatnya/Jika tak mahu harta terkubur.
Kita janganlah suka membazir harta benda dan wang.
Cth:Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya segera juga akan habis
pergi.

Kita janganlah suka berbelanja secara melampau untuk mendapatkan ramai kawan. Cth: Nak ramai bertabur urai/Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.

Kita hendaklah berbelanja secara berhemah.
Cth : nak kaya, berdikit-dikit.



d) Terangkan nilai murni.

Nilai jimat-cermat. Cth: Jimat cermat
sahaja akan ubatnya. 
Nilai kesederhanaan.
Cth: Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya
segera juga akan habis pergi. 
Nilai rasional.
Begitulah tetap akan akibatnya/kalau bersifat boros dan habur. 
Nilai keinsafan. Cth: Masa
mewah ramai, sudah papa keseorangan.


e) Huraikan tema dan persoalan.

Tema
– Kepentingan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan. Cth: Jimat cermat sahaja
akan ubatnya/jika tak mahu harta terkubur. Persoalan – Kesan/akibat
sikap suka membazir. Cth: Begitulah tetap akan akibatnya/Kalau bersifat boros dan habur. Sikap manusia yang berkawan hanya apabila berharta. Cth: Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.


f) Sikap penulis.

Penulis bersikap sinis/menyindir. Penulis menyindir golongan yg bersikap boros. Cth:
Tetapi jika ditabur habur, diborosi/Semuanya segera juga akan habis pergi.
Penulis berasa kecewa. Penulis kecewa dgn golongan manusia yg suka membazir. Cth :
Begitulah tetap akan akibatnya/Kalau bersifat boros dan habur.
Penulis bersikap yakin. Penulis yakin bahawa seseorang boleh menjadi kaya jika berbelanja secara
berhemah. Cth: Bidal Melayu sedia
berkata/Nak kaya berdikit-dikit.
Penulis berasa insaf. Penulis insaf bahawa sikap berjimat cermat perlu diamalkan bagi mengelakkan harta habis. Cth : Jimat cermat sahaja akan ubatnya/Jika tak mahu harta terkubur.

g) Bagaimana mengenali seloka kerana bentuknya bebas?

Isi seloka mengandungi unsur lucu, sindiran dan ejekan. Contohnya, Seloka Pak Kaduk dan Seloka Boros dan Jimat.

27 Mac 2023

Pantun Nilai Insan - Pantun Enam Kerat

Bawa denak bersangkar rotan,
Di dalam semak sangkut di dahan,
Dahan sedepa tempat gantungan,
Nilai anak kerana ketaatan,
Nilai emak kerana asuhan,
Nilai bapa kerana tanggungan.

Menjelang senja ke Kampung Panggas,
Mencari halia di dalam huma,
Untuk dicampurkan di dalam adunan,
Nilai pekerja jalani tugas,
Nilai penyelia adil saksama,
Nilai majikan penuh keihsanan.

Pohon kuini di tengah pinggiran,
Tempat terkinja si anak rusa,
Pemburu mengepung sorak melolong,
Nilai penghuni mesra berjiran,
Nilai ketua bertimbang rasa,
Nilai sekampung tolong-menolong.

Hujan sereyat di tengah hari,
Menjemur lampin pinggir kawasan,
Baju kemeja dijemur sama,
Nilai rakyat beretika diri,
Nilai pemimpin ada wawasan,
Nilai raja berbudaya agama.



Maksud
Rangkap
1 Tanggungjawab dalam sesebuah keluarga, anak yang taat kepada ibu bapanya,
emak yang mendidik anak-anak dan bapa yang menanggung keluarga.

Rangkap
2 Pekerja yang baik menjalankan tugas dengan baik, penyelia yang baik berlaku
adil dan saksama manakala majikan yang baik bersifat ihsan kepada pekerja.

Rangkap
3 Penghuni sesuatu kawasan yang baik adalah bersikap mesra dengan jiran, ketua
masyarakat yang baik bersikap bertimbang rasa dan masyarakat kampung yang baik
mengamalkan tolong-menolong sesama masyarakat.

Rangkap
4 Rakyat yang baik mengamalkan etika diri, pemimpin yang baik mempunyai wawasan
manakala raja yang baik mementingkan budaya beragama.



a) Analisis bentuk puisi/ Huraikan bentuk pantun.

Puisi ini mempunyai rangkap/berangkap. Puisi ini terdiri daripada 4 rangkap. Bilangan baris setiap rangkap adalah sama. Terdapat 6 baris serangkap. Jumlah patah perkataan setiap
baris tidak sama. Terdapat 3 hingga 4 patah perkataan setiap baris. Bilangan suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 9 hingga 11 suku kata setiap baris. Terdapat jeda di tengah
baris. Cth : Dahan sedepa/tempat gantungan. Rima akhir puisi adalah berselang.
Rima akhir pantun ialah abcabc. Puisi berbentuk terikat kerana rima akhir adalah berselang abcabc. Puisi ini mempunyai pembayang dan maksud. Baris pertama, kedua dan ketiga adalah pembayang manakala baris keempat, kelima dan keenam adalah maksud.



b) Huraikan pengajaran/mesej.

Kita hendaklah taat kepada ibu bapa. Contohnya, Nilai anak kerana ketaatan. Sebagai bapa, kita hendaklah bertanggungjawab menyara keluarga. Contohnya, Nilai bapa kerana tanggungan. 
Kita hendaklah rajin/bertanggungjawab menjalankan tugas dengan baik.
Contohnya, Nilai pekerja jalani tugas. 
Kita hendaklah berlaku
adil dan saksama kepada pekerja. Contohnya, Nilai penyelia adil saksama.
Kita hendaklah bersikap mesra dengan jiran tetangga. Contohnya, Nilai penghuni mesra
berjiran. 
Kita hendaklah mempunyai wawasan. Contohnya, Nilai pemimpin ada wawasan.


c) Terangkan nilai kemanusiaan/murni.

Nilai ketaatan. Cth : Nilai anak kerana ketaatan. 
Nilai tanggungjawab. Cth : Nilai bapa kerana tanggungan. 
Nilai keadilan. Cth: Nilai penyelia adil saksama.
Nilai tolong-menolong. Cth : Nilai sekampung tolong-menolong.


d) Huraikan tema dan persoalan.

Tema
– Nilai kemanusiaan yang penting dalam peranan hidup seseorang. Penulis
menggambarkan nilai-nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap orang dalam
menjalankan peranannya. Cth : Nilai pekerja jalani tugas, Nilai penyelia adil
saksama.

Persoalan
– Persoalan tanggungjawab dalam sesebuah keluarga.
Contoh, Nilai bapa kerana tanggungan. 
Persoalan amalan baik dalam sesebuah organisasi. 
Contoh : Nilai majikan penuh keihsanan. 
Persoalan semangat kejiranan yang tinggi.
Contoh : Nilai sekampung tolong-menolong.



26 Mac 2023

Pantun Empat Kerat - Kasih Jualan

Burung kekek burung di hutan,
Terbang naik berlegar-legar,
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.

Hari Jumaat pergi memukat,
Orang menangguk ikan di kali,
Minta maaf belum berhajat,
Datang menengok, bulan membeli.

Empat lima kuda di medan,
Kuda tengkot ke depan juga,
Bukan panglima rupanya tuan,
Makanya takut masuk berniaga.

Kuda tengkot menang berlumba,
Lompat bertangkup keempat kaki,
Mengapa takut masuk berniaga,
Kurangkah sanggup sifat lelaki.

Penakut sungguh rupanya ikan,
Umpan di kail lari menepi,
Kedekut sungguh tuan nak makan,
Makanan baik tidak terbeli.

Kalau mengail ikan tenggiri,
Umpan di taut ikannya bilis,
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis.

Air hangat air bertapis,
Tuangkan saya agak secawan,
Sayang sangat duitnya habis,
Kurang tenaga tidak melawan?

Pasang panjut keliling rumah,
Bunga api di tengah laman,
Bukan kedekut, bukannya lemah,
Cumanya hati belum berkenan.

Dari Medan ke Sibolga,
Padi di Langkat bawa ke Deli,
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.


Rangkap 1 
Peniaga mengalu-alukan kedatangan pelanggan kerana terdapat barangan/produk baharu dikedainya.
Rangkap 2 
Pembeli menolak kerana belum berniat untuk mendapatkan barangan tersebut.
Rangkap 3 
Penjual mengatakan pelanggan bukan seorang yang berani kerana takut membeli barang jualannya.
Rangkap 4
Peniaga mencabar pembeli untuk membeli barangan dan mempersoalkan keberaniannya.
Rangkap 5 
Peniaga mencabar pembeli supaya membeli makanan jualannya dengan mengatakannya
kedekut.
Rangkap 6 
Peniaga mencabar pembeli dgn mengatakan pembeli bimbang wangnya akan habis
sedangkan barangnya baik.
Rangkap 7 
Peniaga mencabar pembeli kerana berdiam diri dan mungkin bimbang kehabisan
wang jika membeli barangnya.
Rangkap 8 
Pembeli menyatakan ia bukan kedekut atau lemah tetapi belum berhajat kepada
barangan yang dijual.
Rangkap 9 
Pembeli menjelaskan bahawa keinginan dan perasaan bukan sesuatu yang boleh
dipaksa oleh peniaga.

Huraikan bentuk pantun.
Puisi ini berangkap. Puisi ini terdiri daripada 9 rangkap. Bilangan baris setiap rangkap adalah sama. Terdapat 4 baris serangkap. Jumlah patah perkataan setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 3 hingga 5 patah perkataan setiap baris. Bilangan suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 8 hingga 11 suku kata setiap baris. Terdapat jeda di tengah baris. Cth : Mari encik/marilah tuan. Rima akhir puisi adalah berselang. Rima akhir pantun ialah abab. Puisi berbentuk terikat kerana rima akhir berselang abab. Puisi ini mempunyai pembayang dan maksud. Baris pertama dan kedua adalah pembayang manakala baris ketiga dan keempat adalah maksud.


Huraikan pengajaran.
Kita hendaklah berbudi bahasa/menggunakan kata sapaan yang sesuai kepada pelanggan/menghormati orang lain. Cth: Mari encik marilah tuan.
Penjual/Kita janganlah biadab/bercakap kasar/mencabar pelanggan. Cth : Bukan panglima
rupanya tuan. 
Kita hendaklah berani melibatkan dalam perniagaan atau bidang yang baharu. 
Cth : Mengapa takut masuk berniaga,
Kurangkah sanggup sifat lelaki.

Terangkan nilai kemanusiaan/murni.
Nilai kesopanan. Cth :
Mari encik marilah tuan.
Nilai hormat-menghormati. Cth : Minta maaf belum berhajat.
Nilai keberanian. Cth : Mengapa takut masuk
berniaga.

Huraikan tema dan persoalan Pantun Kasih Jualan.

Tema – Adab dalam perniagaan. Penulis menggambarkan
adab penjual kepada pelanggan. Cth : Mari encik, marilah tuan, Barang baik baru
keluar.

Persoalan – Persoalan keberanian dalam melakukan sesuatu yang baharu.
Cth: 
Mengapa takut masuk berniaga,
Kurangkah sanggup sifat lelaki.

Persoalan sikap kedekut dalam mendapatkan barangan yang baik/berkualiti.
Cth : Kedekut sungguh tuan nak makan, 
Makanan baik tidak terbeli.

Persoalan kesabaran dalam menghadapi sikap buruk orang lain. 
Cth : Bukan kedekut, bukannya lemah, 
Cuma hati belum berkenan


25 Mac 2023

Pantun Dua Kerat - Resam Hidup Manusia

Maksud Pantun

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Manusia mempunyai pelbagai karenah dan kemahuan yang berbeza.


Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.

Manusia mempunyai perasaan dan sikap yang berbeza antara satu sama lain.


Lain ulu lain parang,
Lain dahulu lain sekarang.

Keadaan kehidupan yang dahulu amat berbeza dengan keadaan kehidupan masa kini.


Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.

Seseorang yang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga.


Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Apabila orang membantu kita, ucapkan terima kasih atau menghargai pemberian mereka.


Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Sesuatu maklumat/berita pasti ada kebenarannya, barulah diperkatakan orang.


Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.

Percakapan yang kasar/buruk akan mengakibatkan bencana kepada seseorang.


Pagi petang siang malam.
Hati terang senang faham.

Orang yang terang hati akan mudah memahami setiap perkara yang diajarkan kepada mereka.


Huraikan bentuk pantun.

Puisi ini adalah berangkap. Puisi ini terdiri daripada 8 rangkap. 
Jumlah baris setiap rangkap adalah sama. Terdapat 2 baris serangkap.
Jumlah perkataan setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 4 hingga 5 patah perkataan setiap baris.
Jumlah suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 7 hingga 11 suku kata setiap baris.
Terdapat jeda di tengah baris. Cth : pagi petang/siang malam. 
Rima akhir puisi adalah sama iaitu aa.
Puisi tersebut berbentuk terikat. Hal ini kerana rima akhir puisi adalah
sama iaitu aa.
Puisi ini terdiri daripada pembayang dan maksud. Baris pertama ialah
pembayang, baris kedua ialah maksud.

b) Huraikan pengajaran pantun.
Kita hendaklah berterima kasih/menghargai pemberian orang lain. 
Cth : Orang memberi kita merasa.
Kita janganlah bercakap kasar/buruk kepada orang lain kerana akan membawa akibat buruk kepada diri sendiri. 
Cth : Sebab mulut badan binasa.
Kita hendaklah berbuat baik kepada orang lain kerana akan menerima balasan yang baik juga. 
Cth : Ada budi ada balas.
Kita hendaklah memahami dan menerima pelbagai ragam sikap manusia. 
Cth: Banyak orang banyak ragam.

d) Terangkan nilai kemanusiaan/nilai murni pantun tersebut.
Nilai menghargai. Cth : Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. 
Nilai kesopanan. Cth : Sebab mulut badan binasa.
Nilai toleransi. Cth : Banyak orang banyak ragam. 
 Nilai kebijaksanaan. Cth : Hati terang senang faham.

e) Huraikan tema dan persoalan.

Tema puisi ialah pelbagai ragam hidup manusia. Penulis menggambarkan ragam manusia yang lazim dalam kehidupan. Cth : Banyak orang banyak ragam dan Lain orang lain hatinya.

Persoalan :
Percakapan kasar membawa akibat buruk kepada diri seseorang. Cth : Sebab mulut badan binasa.
Persoalan sikap menghargai pemberian/jasa orang lain. Cth : Orang berbudi, kita berbahasa, Orang memberi kita merasa.
Persoalan balasan baik kepada perbuatan baik. Cth : Ada budi ada balas.

f) Huraikan gaya bahasa.
Anafora. Cth : Sebab pulut santan terasa, Sebab mulut badan binasa. Sinkope. Cth :Tak.
Peribahasa. Cth : hati terang. Asonansi a. Cth : Banyak udang banyak garam. Aliterasi t. Cth : Tak tumbuh tak melata.


g) Huraikan pandangan terhadap pengajaran puisi.

Kita hendaklah membalas budi setiap orang yang telah berbudi/ berjasa kepada kita.
Setiap budi/ jasa seseorang itu sepatutnya dibalas dengan setimpal 

Contoh: Ada ubi ada batas, 
Ada budi ada balas.

Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain sebagai tanda berterima kasih.   
Setiap pemberian orang akan dihargai oleh orang lain 

Contoh: Orang berbudi kita berbahasa, 
Orang memberi kita merasa.

Kita hendaklah menjaga kelakuan diri supaya tidak diperkatakan oleh orang lain.

Setiap orang perlu menjaga tingkah laku/perangai supaya tidak dicemuh oleh orang lain.

Contoh: Tak tumbuh tak melata, 
Tak sungguh orang tak kata.

Kita mestilah menjaga percakapan agar tidak mendatangkan masalah kepada diri kita sendiri.

Setiap kata-kata dijaga supaya tidak mendatangkan musibah terhadap diri kita.

Contoh: Sebab pulut santan terasa, 
Sebab mulut badan binasa.

Kita hendaklah memahami perangai manusia yang berbeza-beza dalam masyarakat.

Setiap orang perlu memahami bahawa setiap orang mempunyai perangai yang berlainan.

Contoh: Banyak udang banyak garam, 
Banyak orang banyak ragam.

Kita hendaklah memahami perasaan setiap manusia yang berbeza-beza dalam masyarakat

Setiap orang perlu memahami bahawa setiap orang mempunyai perasaan yang berlainan.

Contoh: Lain dulang lain kakinya, 
Lain orang lain hatinya.

Kita mestilah menyesuaikan diri mengikut perubahan masa agar tidak ketinggalan zaman.
                                                                                                                                                     
Setiap orang mesti menyesuaikan diri mengikut peredaran masa/waktu supaya tidak dianggap ketinggalan zaman.

Contoh: Lain ulu lain parang,
Lain dahulu lain sekarang.




07 Mac 2023

Teknik Menjawab Persoalan Siri 2

Ada pelajar yang menjawab seperti berikut :
1. Persoalan seorang anak yang insaf menderhaka kepada ibu bapa.
2. Persoalan seorang ibu tunggal yang gigih menyara hidup keluarga.
3. Persoalan rakyat yang patuh kepada raja.
4. Persoalan masyarakat yang bertindak melanggar undang-undang.
5. Persoalan mat rempit yang mengganggu ketenteraman.

Apakah kesilapan yang dilakukan? Ya, perkataan seorang. atau ganti nama. Kata seorang atau ganti nama itu kita gunakan apabila menghuraikan perwatakan watak. Persoalan bukan watak. Persoalan merujuk isu yang diutarakan dalam karya. Maka, isu yang perlu dinyatakan dahulu. Oleh itu, pelajar seharusnya menulis seperti berikut :
1. Persoalan keinsafan anak yang derhaka terhadap ibu bapa.
2. Persoalan kegigihan dalam menyara keluarga.
3. Persoalan ketaatan rakyat kepada raja.
4. Persoalan sikap suka melanggar undang-undang.
5. Persoalan gangguan ketenteraman oleh mat rempit.

Kata kerja juga bukan menggambarkan isu atau persoalan tetapi kata nama. Bagaimanapun, adakalanya ada kata kerja juga boleh berdiri sebagai kata nama. Contohnya : cinta. Persoalan cinta akan tanah air diterima kerana dalam bahasa Melayu normatif, jarang kita berbahasa menggunakan frasa- kecintaan akan tanah air.

Begitu juga, dalam bahasa Melayu normatif, jarang kita temukan persoalan penepatian janji, maka frasa persoalan menepati janji adalah diterima. Jelasnya, terdapat frasa kerja yang boleh diterima sebagai persoalan mengikut norma pengunaan normatif bahasa Melayu. 
Bagaimanapun, kekecualian adalah kes-kes terpencil.

Sebab pada kelazimannya, kita menggunakan perkataan tertentu bagi mengubah frasa kerja menjadi frasa kata nama. Berikut ialah contoh-contoh lazim yang boleh menjadi panduan pelajar. 

1. Persoalan menghormati tetamu. (kurang tepat)
Persoalan amalan menghormati tetamu.(tepat)
2. Persoalan berjudi dalam masyarakat (kurang tepat)
Persoalan perjudian /aktiviti judi dalam masyarakat (tepat)
3. Persoalan menzalimi orang miskin. (kurang tepat)
Persoalan kezaliman terhadap orang miskin. (tepat)

Begini juga, tepat apabila isu yang diutarakan oleh karyawan melibatkan sebab-akibat.
4. Persoalan penderitaan hidup akibat kemiskinan.(tepat)
5. Persoalan kemusnahan alam sekitar akibat pembangunan. (tepat)
6. Persoalan kesusahan hidup akibat wabak penyakit. (tepat)



06 Mac 2023

Teknik Menjawab Persoalan Siri 1

Salah satu kelemahan calon ialah menjawab soalan tentang persoalan karya. Misalnya, persoalan dalam novel, cerpen atau drama. Salah satu kesilapan utama calon ialah menjawab persoalan sebagai nilai murni atau nilai kemanusiaan. Bagaimanakah contoh kesilapan yang lazim? Kita lihat contoh di bawah.

Terdapat persoalan kasih sayang dalam novel ini. (Diikuti contoh)
Persoalan ketabahan dipaparkan dalam cerpen. (Diikuti contoh)
Pengarang memaparkan persoalan sikap prihatin dalam drama ini. (Diikuti contoh)
Juga, persoalan kebijaksanaan. (Diikuti contoh)

Kesemua jawaban di atas adalah kurang tepat. Sebabnya, nilai kasih sayang, nilai kerajinan, nilai prihatin dan nilai kebijaksanaan yang dinyatakan. Nilai bukannya persoalan. Sepatutnya, persoalan lebih jelas dan berbentuk frasa. Contoh jawapan yang dibetulkan:

Terdapat persoalan kasih sayang antara anak dan ibu bapa dalam novel ini. (Diikuti contoh)
Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup dipaparkan dalam cerpen ini. (Diikuti contoh)
Pengarang memaparkan persoalan sikap prihatin guru terhadap murid. (Diikuti contoh)
Juga, persoalan kebijaksaaan mengalahkan musuh dalam cerita ini. (Diikuti contoh)

Selain itu, contoh-contoh persoalan berikut juga adalah kurang tepat walaupun ungkapan itu bukan nilai. Sebabnya, ungkapan itu hanya satu perkataan sahaja. Persoalan haruslah menyatakan isu dalam karya secara tepat sebagaimana yang ingin disampaikan melalui karya tersebut. Lihat contoh :
Persoalan fitnah terdapat dalam cerpen ini. (Diikuti contoh) Kurang tepat.
Terdapat persoalan kemiskinan. (Diikuti contoh) Kurang tepat.
Terdapat persoalan geran tanah dalam novel. (Diikuti contoh) Kurang tepat.
Persoalan adat turut dipaparkan. (Diikuti contoh) Kurang tepat.
Juga, persoalan kedamaian. (Diikuti contoh) Kurang tepat.

Sewajarnya, begini yang diujarkan oleh pelajar :
Persoalan sikap suka memfitnah orang lain terdapat dalam cerpen ini. (Diikuti contoh)
Terdapat persoalan kemiskinan masyarakat luar bandar. (Diikuti contoh)
Terdapat persoalan perebutan harta dalam novel ini. (Diikuti contoh)
Persoalan amalan mementingkan adat turut dipaparkan. (Diikuti contoh)
Juga, persoalan inisiatif dalam mewujudkan kedamaian. (Diikuti contoh)

05 Mac 2023

Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah

a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.
Tema cerpen ialah pengorbanan anak utk kebahagiaan keluarga/bapa. Averah berkorban dgn menolak tawaran belajar di luar negara/menolak cinta Dr. Lokeman yg tinggal di kota, supaya dapat selalu menemani ayahnya di kampung.

Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. Averah menyayangi ibu dan ayahnya.Averah sedih apabila ibunya meninggal dunia. 
Persoalan keinsafan akan kesalahan diri. Along
dan Angah menyesal kerana gagal menunaikan permintaan bapa mereka. 
Persoalan ketaatan pada agama. Averah mengejutkan ayahnya utk solat Subuh.

b) Huraikan nilai murni/nilai kemanusiaan.
Nilai kasih sayang.Averah menyayangi ibu dan ayahnya. Averah sedih apabila ibunya meninggal dunia.
Nilai tanggungjawab.
Averah bertanggungjawab menjaga ayah yang tua dan menyediakan masakan gulai sembilang kegemaran ayahnya.
Nilai ketaatan.
Averah taat pada agama, menunaikan solat Subuh. 
Nilai keprihatinan. Averah prihatin hasrat ayah dengan menyediakan masakan gulai sembilang untuk ayah.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah menyayangi ibu bapa. Averah amat menyayangi ayahnya. Dia selalu balik kampung untuk menjaga ayahnya yang tua.
Kita hendaklah taat pada agama. Averah mengejutkan bapa
untuk solat Subuh bersama. Kita janganlah berselisih faham antara adik-beradik.
Along dan Angah yang lama tidak bertegur sapa kembali berdamai semasa makan
malam keluarga. 
Kita hendaklah bertanggungjawab atau sanggup berkorban untuk ibu
bapa. Contohnya, Averah sanggup bekerja dekat dengan kampung dan menolak cinta
Dr. Lokeman kerana ingin fokus menjaga ayahnya.

d) Huraikan binaan plot cerpen.
Permulaan. Averah mengimbas kembali peristiwa pada suatu malam, seluruh keluarganya dapat berkumpul untuk makan bersama. 
Perkembangan. Averah sedih ibunya meninggal dunia tetapi dia sanggup berkorban utk meluangkan masa menemani bapanya di kampung. 
Kemuncak. Bapanya meminta semua anaknya pulang makan malam sekeluarga
tetapi Along dan Angah tidak dapat balik kampung kerana sibuk. 
Peleraian.
Averah terkejut kerana ayahnya meninggal dunia pada keesokan pagi manakala
Along dan Angah berasa kesal tidak pulang ke kampung lebih awal.

e) Huraikan perwatakan Averah.
Seorang yang penyayang. Averah menyayangi ibu dan ayahnya. Averah bersedih apabila ibunya meninggal dunia. 
Seorang yg bertanggungjawab. Averah bertanggungjawab selalu menemani ayahnya di kampung.
Seorang yang sanggup berkorban. Averah berkorban dgn memohon penempatan kerja
dekat dgn kampung/ menolak cinta Dr. Lokeman supaya dapat selalu menemani ayah
di kampung. 
Seorang yang taat pd agama. Averah taat pada agama dengan menunaikan
solat Subuh. 
Seorang yg berpendidikan tinggi. Averah seorang lulusan universiti dan bekerja
sebagai doktor.

f) Huraikan peranan Averah.
Sebagai anak. Averah satu-satunya anak perempuan dlm keluarganya. Sebagai doktor.
Averah bertugas sbg doktor. Sebagai pemulih semangat. Averah selalu menemani
ayahnya yg selalu kesunyian setelah kematian isteri. Sebagai adik. Averah
merupakan adik perempuan kpd Along, Angah dan Acik.

h) Huraikan latar masa.
Waktu malam. Averah dan keluarganya makan malam sekeluarga dgn menu istimewa masakan gulai sembilang. Tiga bulan. Ibu Averah meninggal dunia tiga bulan selepas makan malam istimewa sekeluarga. Waktu Subuh. Ayah meninggal dunia pada waktu Subuh semasa Averah ingin mengejutkannya. Waktu pagi. Along dan Angah pulang pada waktu pagi dgn perasaan kesal setelah mengetahui ayah mereka meninggal dunia.

i) Huraikan nilai pengorbanan dalam cerpen.

Watak utama ialah Averah. Averah amat menyayangi ayahnya dan melakukan pengorbanan untuk kebahagian bapanya. 
Pengorbanan dalam pelajaran. Averah berkorban dgn menolak tawaran belajar di luar negara supaya boleh selalu menemani ayahya. 
Pengorbanan dalam cinta. Averah berkorban dgn menolak cinta Dr. Lokeman kerana
percaya Dr. Lokeman tidak sanggup tinggal di kampung. 
Pengorbanan dalam kerjaya. Averah berkorban dengan memohon bertugas sebagai doktor berdekatan dengan kampungnya supaya tidak berjauhan dengan ayahnya.

j) Huraikan sudut pandangan cerpen. Nyatakan kelebihan sudut pandangan tersebut.
Sudut pandangan orang pertama. Pengarang bercerita dengan menggunakan ganti nama diri pertama “Aku”. 
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama supaya dapat menggambarkan
aksi,dialog,pemikiran dan perasaan watak utama.







04 Mac 2023

Cerpen 00000000000


a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Jati diri manusia yg lemah. Watak Dol mempunyai banyak peminat tetapi tidak membawa apa-apa nilai kebaikan kpd masyarakat dgn penampilannya sbg penyanyi rock ala Barat. Persoalan sikap mengagung-agungkan budaya Barat. Ramai anak muda tergila-gilakan Dol sbg penyanyi rock ala Barat. Persoalan imej/penampilan artis yg kurang sesuai. Dol meniru penampilan budaya rock Barat yg tidak membawa kebaikan kpd masyarakat.


b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai patriotisme. Watak Aku dan Daiman Kreko tidak suka penampilan Barat pd watak Dol. Nilai hormat-menghormati. Watak Aku, Daiman Kreko dan Dol saling menghormati pandangan satu sama lain. Nilai kejujuran. Watak Aku dan Daiman Kreko jujur memberikan pandangan mereka ttg imej Dol melalui karya mereka.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita janganlah mengagung-agungkan budaya Barat. Ramai anak muda tergila-gilakan Dol sbg penyanyi rock ala Barat. Kita janganlah menjadi artis yg membawa imej/teladan kurang baik. Watak Dol menampilkan imej artis Barat yg kurang sesuai utk dicontohi oleh anak muda. Kita hendaklah menyemai nilai murni melalui seni. Dol gagal membawa penerapan nilai murni melalui penampilannya sbg artis.


d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Watak Aku sebagai pelukis bijak bermain warna dan Daiman Kreko sebagai penulis bijak bermain bahasa. Perkembangan. Daiman Kreko dan Dol, penyanyi kumpulan Mad Dog, datang ke studio Aku. Kemuncak. Daiman Kreko dan Aku gelisah dlm usaha cuba menggambarkan Dol dlm bahasa dan lukisan. Peleraian. Aku dan Daiman Kreko menghasilkan karya dengan simbol kosong kerana mendapati tiada nilai kebaikan yg dibawa oleh Dol melalui penampilannya sebagai artis rock ala Barat.


e) Huraikan perwatakan Aku.

Seorang yg pandai melukis. Aku ialah pelukis yg terkenal dgn kepandaiannya melukis. Seorang yg patriotik. Watak Aku tidak suka penampilan Barat pd watak Dol. Seorang yg jujur/suka berterus-terang. Watak Aku jujur memberikan pandangan ttg imej Dol melalui karyanya.


f) Huraikan perwatakan Daiman Kreko.

Seorang yg pandai menulis. Aku ialah penulis yg terkenal dgn kepandaiannya berbahasa. Seorang yg patriotik. Daiman Kreko tidak suka penampilan Barat pd watak Dol. Seorang yg jujur/suka berterus-terang. Daiman Kreko jujur memberikan pandangan ttg imej Dol melalui karyanya.


g) Huraikan perwatakan Dol.

Seorang yg pandai menyanyi. Dol pandai menyanyi dan terkenal sbg penyanyi kumpulan Mad Dog. Seorang yg terpengaruh budaya Barat. Dol berpenampilan Barat dlm imejnya sbg seorang penyanyi. Seorang yg selekeh. Dol berpakaian selekeh dgn rambut gondrong dan berbaju sendat. Seorang yg menghormati pandangan org lain. Dol menghormati pandangan Aku dan Daiman Kreko terhadap imejnya sbg artis ala Barat.


h) Huraikan unsur suspens dan unsur kejutan dalam cerpen.

Unsur suspens - Peristiwa Aku /Daiman Kreko cuba menggambarkan Dol dlm bahasa dan lukisan. Pembaca tertanya-tanya bagaimanakah gambaran imej Dol yg akan dihasilkan. Unsur kejutan – Aku dan Daiman Kreko menghasilkan karya dengan simbol kosong. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka hanya simbol kosong yg ditulis dan dilukis.


i) Jelaskan sumbangan dan peranan Shahnon Ahmad.

Profesor Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad merupakan seorang Sasterawan Negara. Beliau berasal dari Kedah. Beliau banyak menghasilkan cerpen, novel dan kritikan sastera. Novelnya yg terkenal ialah Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong.










02 Mac 2023

Drama Anna

a) Jelaskan persoalan dalam drama.
Persoalan semangat patriotik yg tinggi. Zaki pulang utk berbakti kepada negara setelah tamat belajar di England. Persoalan kasih sayang anak thdp ibu. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah yg sakit. Persoalan sikap suka membantu orang lain. Dr. Chan menolong merawat mata ibu Zaki. Persoalan tanggungjawab anak kpd ibu.  Zaki prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga ibunya, Mak Munah yg sakit.

b) Huraikan nilai murni dalam drama.
Nilai patriotisme. Zaki mempunyai semangat patriotik dan ingin berusaha mengisi kemerdekaan tanah air. Nilai kasih sayang. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah. Nilai tolong-menolong/bantu-membantu. Dr. Chan menolong merawat mata ibu Zaki. Nilai tanggungjawab/keprihatinan. Zaki bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit dan menebus semula tanah keluarga yang tergadai. 

c) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah menyayangi ibu bapa. Zaki menyayangi dan menjaga ibunya yang sakit.  Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Zaki cinta akan tanah air, kembali selepas belajar di England, untuk berkhidmat kepada negara. Kita hendaklah membantu orang lain. Dr. Chan membantu merawat mata ibu Zaki yg hampir buta. Kita hendaklah memahami budaya masyarakat lain. Anna tidak memahami budaya keluarga suaminya walaupun telah berkahwin selama 4 tahun. 

d) Huraikan binaan plot drama/sinopsis darama.
Permulaan. Anna berada di lapangan terbang menunggu penerbangannya ke England. Anna kecewa kerana beranggapan suaminya, Zaki lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri. Perkembangan. Zaki dan Dr. Chan cuba memujuk Anna supaya tidak meninggalkan Zaki dan anaknya, Tina. Kemuncak. Mak Munah juga memujuk Anna supaya tidak meninggalkan Zaki dan menegaskan bahawa Zaki menyayangi Anna. Peleraian. Anna tetap menaiki kapal terbang meninggalkan Malaysia. Dr. Chan meminta Zaki supaya memberikan masa kepada Anna untuk berfikir semula.  

e) Huraikan konflik antara watak.
Konflik antara Anna dan Zaki. Anna kecewa kerana Zaki lebih mengutamakan ibunya, Mak Munah daripada Anna sebagai isteri. Konflik antara Zaki dan Anna. Zaki kecewa kerana Anna ingin meninggalkannya dan Tina, anaknya untuk pulang ke England. Konflik antara Anna dan Mak Munah. Anna berasa kecewa kerana Mak Munah lebih mendapat perhatian dan kasih sayang drp Anna sebagai isteri Zaki.

f) Huraikan perwatakan Zaki.
Seorang yg penyayang. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah Seorang yg mengenang jasa. Zaki mengenang jasa ibu yang banyak berkorban utknya supaya dia dapat belajar di England. Seorang yg patriotik. Zaki cinta akan tanah air, kembali selepas belajar di luar negara, untuk berkhidmat kepada negara. Seorang yg bertanggungjawab. Zaki bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit.

g) Huraikan perwatakan Anna.
Seorang yg bijak. Anna belajar bidang Ekonomi di universiti. Seorang yg keras hati. Anna tetap meninggalkan Zaki walaupun dipujuk oleh Zaki, Dr. Chan dan Mak Munah. Seorang yg mementingkan diri sendiri. Anna tidak suka sikap Zaki yang lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri.

h) Huraikan latar masa drama.
Jam 8.00 malam. Anna tiba di lapangan terbang ingin pulang ke England meninggalkan Zaki dan anaknya. 

i) Huraikan latar tempat dlm drama.
Bilik Menanti/Lapangan terbang. Anna menunggu penerbangannya ke England di Bilik Menanti. 

j) Huraikan kritikan/teguran terhadap anggota masyarakat/watak Anna.
Teguran terhadap sikap Anna/anggota masyarakat yg mementingkan diri sendiri. Anna tidak suka sikap Zaki yg lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri. Teguran terhadap watak Anna/anggota masyarakat yg gagal memahami budaya bangsa lain. Anna tidak memahami budaya keluarga suaminya, Zaki yang berbeza dengan budaya Barat. Teguran terhadap watak Anna/anggota masyarakat yang kurang prihatin. Anna sanggup meninggalkan anaknya, Tina yang masih kecil. / Anna kurang prihatin terhadap ibu mentuanya, Mak Munah yang sakit dan memerlukan rawatan.


01 Mac 2023

Cerpen Air Mata Dalang : Teknik Penceritaan / Teknik Plot

Teknik dialog.
Pak Yasok berbual dengan Nora tentang tujuan Nora datang ke rumahnya.
Teknik pemerian.
Penulis menggambarkan hari hujan dan Pak Yasok merindui anak cucunya.
Teknik imbas kembali.
Pak Yasok terkenangkan peristiwa Faezah menegur Pak Yasok kerana membuat patung wayang kulit.
Teknik imbas muka.
Pak Yasok membayangkan dia akan berkunjung ke rumah Faezah apabila perasaan marahnya kendur nanti.
Teknik suspens.
Pak Yasok tertanya-tanya siapakah yang datang ke rumahnya pada waktu hujan.
Teknik kejutan.
Pembaca terkejut apabila kereta Ustaz Sauki muncul secara tiba-tiba semasa majlis pengumuman Nora sebagai dalang.
Teknik konflik.
Konflik antara Pak Yasok dan Faezah yang menasihati Pak Yasok supaya tidak membuat patung wayang kulit kerana dianggap berdosa.


Soalan Petikan.
Baca petikan dan jawab soalan
1. Naza Kia WKQ6696 tiba-tiba membelok masuk ke halaman rumah di hadapan panggung. Melihat Ustaz Sauki dan Faezah serta anak-anaknya pulang, Pak Yasok tersenyum.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik kejutan. Contohnya, Naza Kia WKQ6696 tiba-tiba membelok masuk ke halaman rumah di hadapan panggung.


2. Dia memandang sebuah kereta Kembara JFX995 yang membelok ke halaman rumahnya. Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini? Detik hati kecil Pak Yasok.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik suspens. Contohnya, Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini? Detik hati kecil Pak Yasok.


3. ‘Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku’, bisik Pak Yasok.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik monolog. Contohnya, ‘Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku’, bisik Pak Yasok.

Cerpen Air Mata Dalang : Unsur Keagamaan

Unsur keagamaan dalam karya puisi dan prosa:
1.  Cara penulisan berunsurkan keagamaan
2.  Amalan berunsurkan keagamaan
3.  Gelaran / jawatan berunsurkan keagamaan
4.  Institusi berunsurkan keagamaan
5.  Nama tokoh berunsurkan keagamaan
6.  Kitab-kitab berunsurkan keagamaan
7.  Ilmu berunsurkan keagamaan
8.  Peralatan berunsurkan keagamaan
9.  Kepercayaan berunsurkan keagamaan



Huraikan unsur keagamaan dalam cerpen Air Mata Dalang.

Institusi keagamaan. Masjid dan surau. Orang kampung bersolat berjemaah di masjid dan surau.

Amalan keagamaan. Amalan solat, puasa dan zakat. Pak Yasok bersolat, berpuasa dan membayar zakat.

Gelaran keagamaan. Gelaran imam dan lebai. Imam dan pak lebai datang ke rumah Pak Yasok untuk menghadiri majlis memperlimau Nora sebagai dalang wayang kulit.