Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

12 Februari 2025

Drama Mat Piah dan Mr. Blackway

a) Jelaskan pemikiran drama.
Pengkisahan sejarah Pulau Pinang. Mat Piah dan Mr. Blackway membincangkan sejarah pihak Inggeris menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.

 b) Persoalan drama.
Persoalan kepatuhan pada undang-undang menjamin keselamatan masyarakat. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka. Persoalan gejala sosial yang menjejaskan imej masyarakat. Persoalan keinsafan atas kesalahan terhadap orang lain. Blackway memohon maaf atas penipuan yang dilakukan pihak Inggeris yang menindas dan menipu pemerintah Melayu. Persoalan identiti bangsa yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. Persoalan semangat patriotik yang tinggi dalam diri. Mat Piah kecewa dengan sikap pihak Inggeris yang merampas hasil bumi tanah air seperti emas dan bijih timah.

 

c) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.
Nilai patriotisme.  Mat Piah kecewa dgn penjajah Inggeris yg membuat tipu helah/merampas hasil bumi tanah air. Nilai kejujuran. Blackway memberitahu Mat Piah bhw Francis Light sebenarnya menipu Sultan Kedah utk mendapatkan Pulau Pinang. Nilai keinsafan. Blackway insaf kesalahan pihak Inggeris yang pernah menipu dan menindas orang Melayu.  Nilai kepatuhan. Sekumpulan mat rempit tidak mematuhi undang-undang dengan menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.

 

d) Huraikan konflik antara watak dalam drama.    
Konflik antara Mat Piah dan Blackway. Mat Piah kecewa kerana Blackway antara penjajah Inggeris yg menipu untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Konflik antara Blackway dan Mat Piah. Blackway berasa sedih apabila Mat Piah memarahinya kerana pernah menipu Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang. 

 

e) Huraikan perwatakan Blackway.
Seorang yang insaf. Blackway insaf kesalahan pihak Inggeris menindas dan kejam kpd orang Melayu. Seorang penipu. Blackway pernah terlibat dengan Francis Light menipu pembesar Melayu dalam mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Seorang yang penakut. Blackway ketakutan apabila mendengar mat rempit membuat bising di jalan raya.

 

 f) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah mematuhi undang-undang. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka. Kita hendaklah insaf atas kesalahan.  Blackway memohon maaf atas penipuan yang dilakukan pihak Inggeris menindas dan menipu pemerintah Melayu. Kita janganlah mungkir janji/menipu orang lain. Pihak Inggeris menipu dan enggan menepati janji membayar pajakan kepada Sultan Kedah. Kita janganlah terlibat dengan gejala sosial. Kumpulan lelaki perempuan sepatutnya mengamalkan gaya hidup berakhlak iaitu tidak bergaul bebas keluar waktu dinihari dari hotel dan mabuk. Kita hendaklah tegas mempertahankan maruah pemimpin. Mat Piah marah atas penipuan pihak Inggeris kepada Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah.  

 

g) Huraikan perwatakan Mat Piah.
Seorang yang mempunyai pengetahuan sejarah. Mat Piah mengetahui fakta sejarah Pulau Pinang. Seorang yang tegas. Mat Piah tegas dan  marah apabila mendapat tahu penipuan dan pengkhianatan Francis Light terhadap Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah. Seorang yang bangga dengan identiti bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. Seorang yg patriotik. Mat Piah kecewa dengan sikap penjajah Inggeris yang kejam dan menipu untuk merampas hasil bumi tanah air.


 h) Unsur patriotisme dalam drama.
Peka dan berpengetahuan tentang sejarah negara. Mat Piah peka terhadap sejarah negara iaitu dia menghafal sejarah Pulau Pinang. Bangga dengan identiti bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. Mempertahankan hak dan identiti bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menuduh Blackway cuba mencuri latah dan amuk yang dianggap sebagai identiti bangsa Melayu. Mempertahankan sumber kekayaan negara daripada dirampas oleh penjajah. Mat Piah marah kerana pihak British mengambil emas, perak, dan bijih timah milik negara.

 

i) Huraikan isu masyarakat dalam drama.

Isu penipuan dalam masyarakat. Francis Light dan Mr. Blackway menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Isu mempertahankan hak sumber kekayaan tanah air dalam masyarakat. Mat Piah marah apabila mengetahui pihak Inggeris mengaut hasil tanah air seperti emas dan bijih timah. Isu gejala sosial dalam masyarakat.  Pada waktu dinihari, ramai lelaki dan perempuan keluar dari hotel berpakaian beragam dan ada yg mabuk. Isu tidak mematuhi undang-undang dalam masyarakat. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.

 

j) Huraikan latar tempat dlm drama.
Hotel E&O. Mat Piah menunggu pelanggan beca di hadapan Hotel E&O.
Padang  Kota  Lama.  Mat  Piah  telah  membawa  Blackway  ke padang  Kota  Lama dengan becanya.
Georgetown. Mat Piah membawa Blackway mengelilingi bandar Georgetown dengan becanya.

 

k) Huraikan pandangan terhadap perwatakan Mat Piah.
Berpengetahuan dalam sejarah tempatan. Mat Piah mengetahui dan menghafal fakta sejarah Pulau Pinang. Tegas dalam mempertahankan maruah pemimpin. Mat Piah sangat marah apabila mendapat tahu penipuan dan pengkhianatan Francis Light terhadap Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah. Bangga dengan identiti bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. / Mat Piah marah apabila Blackway menyatakan bahawa dia rasa ingin mengamuk apabila mengingat peristiwa kekejaman yang pernah dilakukan bersama-sama Francis Light.

 

l) Huraikan pandangan terhadap perwatakan Blackway.

Insaf terhadap kesalahan diri. Blackway insaf kesalahan pihak Inggeris menindas dan berlaku kejam kepada orang Melayu. Jujur terhadap kebenaran. Blackway jujur bercerita bahawa pihak Inggeris telah menipu pembesar Melayu untuk mendapatkan Pulau Pinang. Penipu dalam urusan negara. Blackway pernah terlibat bersama dengan Francis Light menipu pembesar Melayu dalam mendapatkan Pulau Pinang. Penakut terhadap musuh. Blackway ketakutan apabila mendengar mat rempit membuat bising di jalan raya kerana sangkakan meriam pihak musuh.

 

m) Pandangan terhadap persoalan drama.

Persoalan kepatuhan pada undang-undang. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka. Persoalan gejala sosial yang menjejaskan imej masyarakat. Kumpulan lelaki perempuan sepatutnya mengamalkan gaya hidup berakhlak iaitu tidak bergaul bebas keluar waktu dinihari dari hotel dan mabuk. Persoalan keinsafan atas kesalahan terhadap orang lain. Blackway memohon maaf atas penipuan yang dilakukan pihak Inggeris yang menindas dan menipu pemerintah Melayu. Persoalan identiti bangsa yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Mat Piah marah apabila Blackway melatah dan menganggap latah itu ialah identiti orang Melayu. Persoalan semangat patriotik yang tinggi dalam diri. Mat Piah kecewa dengan sikap pihak Inggeris yang merampas hasil bumi tanah air seperti emas dan bijih timah.

 

 

n) Pandangan terhadap pengajaran drama.
Kita hendaklah mematuhi undang-undang negara supaya menjamin keselamatan orang ramai. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.
Kita hendaklah insaf atau memohon maaf atas kesalahan supaya memulihkan hubungan dengan orang lain. Blackway memohon maaf atas penipuan yang dilakukan pihak Inggeris yang menindas dan menipu pemerintah Melayu.
Kita janganlah mungkir janji atau menipu orang lain bagi mengelakkan perselisihan faham. Pihak Inggeris menipu dan enggan menepati janji membayar pajakan kepada Sultan Kedah.
Kita janganlah terlibat dengan gejala sosial bagi memelihara akhlak atau sahsiah. Kumpulan lelaki perempuan sepatutnya mengamalkan gaya hidup berakhlak iaitu tidak bergaul bebas keluar waktu dinihari dari hotel dan mabuk.

o) Huraikan citra masyarakat dalam drama.
Gambaran masyarakat yang mengamalkan penipuan dan tipu muslihat. Mr. Blackway dan Francis Light serta pihak Inggeris menipu pembesar-pembesar Melayu untuk mendapatkan Pulau Pinang. Gambaran masyarakat yang terlibat gejala sosial. Pada waktu dinihari, ramai lelaki dan perempuan keluar dari hotel berpakaian beragam dan ada yang mabuk. Gambaran masyarakat yang tidak mematuhi undang-undang. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.

 

p) Huraikan pandangan terhadap latar masyarakat.
Masyarakat penipu yang mementingkan diri. Mr. Blackway dan Francis Light serta pihak Inggeris menipu pembesar Melayu untuk mendapatkan Pulau Pinang. Masyarakat yang tamak terhadap harta kekayaan. Pihak Inggeris mengaut sumber hasil kekayaan negara seperti emas dan bijih timah. Masyarakat yang kurang prihatin terhadap keselamatan. Sekumpulan mat rempit menunggang motosikal secara laju di jalan raya dan membahayakan keselamatan mereka.


q) Saranan kepada latar masyarakat/masyarakat.
Menepati janji dengan orang lain. Blackway dan pihak Inggeris sepatutnya menepati janji untuk membayar pajakan kepada Sultan Kedah.
Mematuhi undang-undang negara. Kumpulan mat rempit sepatutnya menunggang motosikal dengan cermat di jalan raya dan tidak membahayakan keselamatan mereka.
Jujur dalam urusan dengan orang lain. Blackway dan pihak Inggeris sepatutnya jujur dan tidak menipu dalam mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.

Mengamalkan gaya hidup yang berakhlak mulia/Mengelakkan terlibat gejala sosial. Kumpulan lelaki perempuan sepatutnya mengamalkan gaya hidup berakhlak iaitu tidak bergaul bebas keluar waktu dinihari dari hotel dan mabuk.

r) Huraikan latar masa dalam drama. 
Dinihari/Jam 2.32 pagi. Mat Piah berada di atas beca menunggu pelanggan di hadapan Hotel E&O.
Jam 3.00 pagi. Mat Piah mengayuh beca membawa Mr. Blackway ke sekitar bandar Georgetown./Mat Piah telah membawa Blackway menaiki beca ke Padang Kota Lama dan berhenti di Fort Cornwallis.
Jam 4.00 pagi. Blackway menceritakan peristiwa Francis Light mengambil Pulau Pinang daripada Sultan Kedah kepada Mat Piah.

 

s) Huraikan unsur sejarah dalam drama.
Watak/tokoh bersejarah. Francis Light dan Sultan Muhammad Jiwa.
Latar tempat bersejarah. Pulau Pinang dan Kedah.
Latar masa bersejarah. Zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu/ 1786.
Peristiwa bersejarah. Peristiwa Francis Light mendapatkan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.


04 Februari 2025

Cerpen Namun Itulah Hakikat

a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.
Tema – Kegigihan mencapai impian tanpa mempedulikan cabaran. Pak Mid gigih mengusahakan tanah rang dgn pokok hutan walaupun diejek orang kampung. Persoalan kegigihan bekerja. Pak Mid gigih bekerja mengusahakan sawahnya dan menanam pokok hutan. Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan.  Pak Mid tabah menghadapi ejekan/ hinaan orang kampung yg mengganggapnya gila. Persoalan pembangunan/kemajuan luar bandar. Pegawai kerajaan datang ke kampung Pak Mid untuk membuat jalan dan surau. Persoalan perpaduan dalam masyarakat. Penduduk kampung, tua dan muda, bersatu menguruskan masjid di kampung. Persoalan tanggungjawab ketua keluarga. Pak Mid menjalankan tanggungjawab menyara keluarga/memberi pendidikan kpd anak-anak.

 b) Huraikan nilai murni.
Nilai kegigihan. Pak Mid gigih mengerjakan sawah dan menanam pokok hutan. Nilai tanggungjawab. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga dengan bertani/memberi pendidikan kpd anak-anak. Nilai kesbaran. Pak Mid sabar menghadapi ejekan orang kampung yg mengganggapnya gila. Nilai perpaduan. Penduduk kampung, tua muda, bersatu menguruskan masjid di kampung. Nilai kesyukuran. Pak Mid bersyukur kepada Tuhan dapat memberi kemudahan yang cukup kepada keluarganya. Nilai murah hati. Pak Mid bermurah hati mendermakan 50 helai kain sejadah untuk surau di kampungnya. Nilai berwawasan. Pak Mid berwawasan / berpandangan jauh dgn menanam pokok hutan seperti pokok jati yang boleh memberi pulangan lumayan di kawasan tanah yang kurang subur/ melantik anak-anak muda dlm lembaga masjid utk menjadi pelapis golongan tua.

 c) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan ejekan org lain. Pak Mid tabah menghadapi ejekan orang kampung yg mengganggapnya gila. Kita hendaklah gigih bekerja. Pak Mid gigih bekerja mengusahakan sawah/menanam pokok hutan. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap keluarga. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga sbg petani/ memberikan pendidikan kpd anak-anak. Kita janganlah mengejek/mencerca orang lain. Orang kampung suka mengejek Pak Mid sebagai orang gila kerana menanam pokok hutan. Kita hendaklah berwawasan / berpandangan jauh dlm kehidupan. Pak Mid menanam pokok hutan seperti pokok jati di kawasan tanah rang supaya mendapat manfaat dalam jangka masa panjang/ berpandangan jauh dgn melantik anak-anak muda dlm lembaga masjid utk menjadi pelapis golongan tua.

 d) Huraikan binaan plot cerpen.
Permulaan. Watak Aku mengimbas kembali tentang Pak Mid yg diejek sbg orang gila kerana menanam pokok hutan. Perkembangan. Pak Mid tabah menghadapi sindiran/ejekan Tuk Nyan dan orang kampung. Kemuncak. Banyak tanah org kampung diambil oleh kerajaan utk projek jalan raya. Tuk Nyan terkejut kerana tanah Pak Mid yg ditanam pokok hutan, mendapat pampasan yg lumayan. Peleraian. Pak Mid dapat mendirikan rumah lebih sempurna utk keluarga/membiayai persekolahan anak-anak serta membantu kemajuan surau di kampung.

 e) Huraikan perwatakan Pak Mid. 
Seorang yg gigih. Pak Mid gigih mengerjakan sawah. Seorang yg tabah. Pak Mid tabah menghadapi sindiran orang kampong yang mengatakannya orang gila sebab menanam pokok hutan. Seorang yg berwawasan/berpandangan jauh. Pak Mid menanam pokok hutan seperti pokok jati di kawasan tanah rang supaya mendapat manfaat dalam jangka masa panjang. Pak Mid melantik anak-anak muda sbg anggota lembaga masjid untuk menjadi pelapis kpd golongan tua. Seorang yg bersyukur. Pak Mid bersyukur apabila berjaya dlm kehidupannya. Seorang yg pemurah. Pak Mid menderma 50 helai kain sejadah utk surau kampungnya. Seorang yg bertanggungjawab. Pak Mid bertanggungjawab memberi pendidikan kpd anak-anaknya.

f) Huraikan keperibadian unggul Pak Mid.
Sabar menghadapi dugaan. Pak Mid bersabar apabila diejek org kampung kerana menanam pokok hutan. Berwawasan dalam perancangan kehidupan. Pak Mid menanam pokok hutan seperti pokok jati di kawasan tanah rang supaya mendapat manfaat dalam jangka masa panjang/Pak Mid melantik anak-anak muda sbg anggota lembaga masjid supaya dapat menjadi pelapis. Gigih bekerja/bertani. Pak Mid gigih mengusahakan tanahnya dgn pokok hutan dan bersawah. Mengutamakan kebajikan keluarga. Pak Mid membina rumah baru yg lebih baik utk keluarga setelah mendapat wang pampasan. Mengutamakan pendidikan anak-anak. Pak Mid menyediakan kemudahan pendidikan utk anak-anak apabila mendapat wang pampasan. Pemurah dalam bersedekah. Pak Mid suka bersedekah dgn menyumbang 50 helai sejadah utk surau kampungnya. Bersyukur atas kurniaan Tuhan. Pak Mid bersyukur kpd Allah atas kejayaan hidupnya. 

 g) Huraikan latar masyarakat.

Masyarakat Islam. Penduduk kampung itu beragama Islam. Masyarakat kampung. Pak Mid dan Tuk Nyan adalah orang kampung. Masyarakat yg gigih bekerja. Pak  Mid dan penduduk kampung gigih mengusahakan tanah masing-masing. Masyarakat yg bersatu/bermuafakat. Pada akhirnya. penduduk kampung hidup bersatu dan tidak lagi menghina sesiapa.

h) Huraikan citra masyarakat.

Gambaran masyarakat petani. Pak Mid dan penduduk kampung bertani dan bersawah. Gambaran masyarakat yang mementingkan amalan beragama. Pak Mid dan orang kampung menunaikan solat berjemaah di masjid. Gambaran masyarakat yang mementingkan perpaduan. Pada akhirnya. penduduk kampung hidup bersatu dan tidak lagi menghina sesiapa. Gambaran masyarakat yang mementingkan pembangunan. Kerajaan telah menentukan kawasan yang hendak dijadikan jalan dan kawasan untuk mendirikan surau serta keperluan asas yang diperlukan oleh penduduk kampung iaitu bekalan elektrik, air paip dan telefon.

 i) Terangkan nilai tanggungjawab dalam cerpen.
Tanggungjawab menyara keluarga. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga dgn bersawah dan menanam pokok hutan. Tanggungjawab dalam mendidik anak. Pak Mid memberi kemudahan pendidikan yang secukupnya kpd anak-anaknya. Tanggungjawab menyediakan kemudahan asas utk keluarga. Pak Mid memasukkan bekalan elektrik, air dan telefon ke rumahnya. Tanggungjawab membangunkan/memajukan kawasan luar bandar. Pegawai-pegawai kerajaan datang ke kampung Pak Mid untuk membuat jalan dan surau utk keperluan masyarakat. Tanggungjawab memberi sumbangan kpd masyarakat. Pak Mid sedekahkan 50 sejadah utk surau kampungnya. Tanggungjawab membangunkan belia/golongan muda. Pak Mid dan orang kampung melantik anak-anak muda menjadi anggota lembaga masjid untuk menjadi pelapis kepada golongan tua.

 j) Jelaskan latar masa cerpen.
Ketika zaman kecil.Aku sering mendengar orang kampung mengatakan Pak Mid sebagai orang gila. Ketika sekolah menengah. Aku masih melihat Pak Mid menanam pokok hutan walaupun ramai yang memerlinya. Waktu malam. Aku dan orang kampung menggunakan pelita dan gasolin pada waktu malam kerana belum ada pembangunan. Musim tengkujuh. Aku berjalan kaki sambil menuntun basikal di batas sawah yang lecak untuk ke sekolah. 

k) Huraikan isu masyarakat dalam cerpen.

Isu pembangunan luar bandar. Pak Mid dan orang kampung berasa selesa apabila kampung mereka dibangunkan dengan kemudahan air, elektrik dan jalan raya. Isu perpaduan dalam masyarakat. Pak Mid dan orang kampung bersatu dan bersama menguruskan masjid dan tidak lagi menghina sesiapa. Isu tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pak Mid bertanggungjawab memberi kemudahan asas yang mencukupi dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya. Isu wawasan dalam perancangan kehidupan. Pak Mid menanam pokok hutan seperti pokok jati di kawasan tanah rang supaya mendapat manfaat dalam jangka masa panjang/Pak Mid dan orang kampung melantik anak-anak muda sebagai anggota lembaga masjid supaya dapat menjadi pelapis.

l) Huraikan unsur keagamaan dalam cerpen.
Institusi berunsurkan keagamaan.
Surau. Pak Mid menyumbang lima puluh helai kain sejadah untuk surau kampung.
Peralatan berunsurkan keagamaan. 
Sejadah. Pak Mid menyumbang lima puluh helai kain sejadah.
Amalan berunsurkan keagamaan.
Doa. Bagi Pak Mid, doa kepada Allah adalah penting untuk kejayaan.
Jawatan berunsurkan keagamaan. 
Setiausaha Lembaga Masjid. Ayah Aku dilantik menjadi setiausaha lembaga masjid.

m)  
Huraikan pandangan terhadap persoalan.
Persoalan kegigihan bekerja bagi menyara kehidupan. Pak Mid gigih bekerja mengusahakan sawahnya dan menanam pokok hutan. Persoalan ketabahan dalam menghadapi cabaran. Pak Mid tabah menghadapi hinaan orang kampung yang mengganggapnya gila kerana menanam pokok hutan. Persoalan pembangunan atau kemajuan luar bandar yang membawa manfaat. Pegawai kerajaan datang ke kampung Pak Mid untuk membuat jalan dan surau. Persoalan perpaduan dalam pembangunan masyarakat. Penduduk kampung, tua dan muda, bersatu menguruskan masjid di kampung. Persoalan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pak Mid menjalankan tanggungjawab menyara keluarga dan memberi pendidikan kepada anak-anak.

n) Huraikan pandangan terhadap pengajaran.
Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup bagi meneruskan kehidupan dengan baik. Pak Mid tabah menghadapi ejekan orang kampung yang mengganggapnya gila kerana menanam pokok hutan. Kita hendaklah gigih bekerja bagi menyara keluarga. Pak Mid gigih bekerja mengusahakan sawah dan menanam pokok hutan. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap keluarga demi kebajikan ahli keluarga. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga sebagai petani dan memberikan pendidikan kepada anak-anak. Kita janganlah mengejek atau menghina orang lain supaya memastikan keharmonian masyarakat. Orang kampung suka menghina Pak Mid sebagai orang gila kerana menanam pokok hutan. Kita hendaklah berpandangan jauh supaya merancang  kehidupan yang bermakna. Pak Mid berpandangan jauh dgn melantik anak-anak muda dalam lembaga masjid utk menjadi pelapis golongan tua.

o) Huraikan saranan kepada watak Tuk Nyan.
Tidak menyindir atau menghina orang lain. Tuk Nyan sepatutnya tidak menghina Pak Mid kerana menanam pokok hutan di tanah rang. Berwawasan atau berpandangan jauh dalam kehidupan. Tuk Nyan sepatutnya mencontohi Pak Mid yang menanam pokok hutan di tanah rang supaya mendapat pulangan dalam jangka masa panjang.