a) Jelaskan tema
dan persoalan cerpen.
Tema – Kegigihan
mencapai impian tanpa mempedulikan cabaran. Pak Mid gigih mengusahakan tanah
rang dgn pokok hutan walaupun diejek orang kampung. Persoalan kegigihan
bekerja. Pak Mid gigih bekerja mengusahakan sawahnya dan menanam pokok hutan.
Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan.
Pak Mid tabah menghadapi ejekan/ hinaan orang kampung yg mengganggapnya
gila. Persoalan pembangunan/kemajuan luar bandar. Pegawai kerajaan datang ke kampung
Pak Mid untuk membuat jalan dan surau. Persoalan perpaduan dalam masyarakat.
Penduduk kampung, tua dan muda, bersatu menguruskan masjid di kampung.
Persoalan tanggungjawab ketua keluarga. Pak Mid menjalankan tanggungjawab
menyara keluarga/memberi pendidikan kpd anak-anak.
b) Huraikan nilai
murni.
Nilai kegigihan.
Pak Mid gigih mengerjakan sawah dan menanam pokok hutan. Nilai tanggungjawab. Pak Mid bertanggungjawab
menyara keluarga dengan bertani/memberi pendidikan kpd anak-anak. Nilai
kesbaran. Pak Mid sabar menghadapi ejekan orang kampung yg mengganggapnya gila.
Nilai perpaduan. Penduduk kampung, tua muda, bersatu menguruskan masjid di
kampung. Nilai kesyukuran. Pak Mid bersyukur kepada Tuhan dapat
memberi kemudahan yang cukup kepada keluarganya. Nilai murah hati. Pak Mid bermurah
hati mendermakan 50 helai kain sejadah untuk surau di kampungnya. Nilai berwawasan. Pak Mid berwawasan / berpandangan jauh dgn menanam pokok hutan seperti pokok jati yang boleh memberi pulangan lumayan di kawasan tanah yang kurang subur/ melantik anak-anak muda dlm lembaga masjid utk menjadi pelapis golongan tua.
c) Jelaskan
pengajaran.
Kita hendaklah tabah
menghadapi dugaan ejekan org lain. Pak Mid tabah menghadapi ejekan orang
kampung yg mengganggapnya gila. Kita hendaklah gigih bekerja. Pak Mid gigih
bekerja mengusahakan sawah/menanam pokok hutan. Kita haruslah bertanggungjawab
terhadap keluarga. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga sbg petani/ memberikan
pendidikan kpd anak-anak. Kita janganlah mengejek/mencerca orang lain. Orang
kampung suka mengejek Pak Mid sebagai orang gila kerana menanam pokok hutan.
Kita hendaklah berwawasan / berpandangan jauh dlm kehidupan. Pak Mid menanam pokok hutan seperti pokok jati di kawasan tanah rang supaya mendapat manfaat dalam jangka masa panjang/ berpandangan jauh dgn melantik
anak-anak muda dlm lembaga masjid utk menjadi pelapis golongan tua.
d) Huraikan
binaan plot cerpen.
Permulaan. Watak Aku
mengimbas kembali tentang Pak Mid yg diejek sbg orang gila kerana menanam pokok
hutan. Perkembangan. Pak Mid tabah menghadapi sindiran/ejekan Tuk Nyan dan
orang kampung. Kemuncak. Banyak tanah org kampung diambil oleh kerajaan utk
projek jalan raya. Tuk Nyan terkejut kerana tanah Pak Mid yg ditanam pokok
hutan, mendapat pampasan yg lumayan. Peleraian. Pak Mid dapat mendirikan rumah lebih
sempurna utk keluarga/membiayai persekolahan anak-anak serta membantu kemajuan
surau di kampung.
e) Huraikan
perwatakan Pak Mid.
Seorang yg gigih. Pak Mid gigih mengerjakan
sawah. Seorang yg tabah. Pak Mid tabah menghadapi sindiran orang kampong yang
mengatakannya orang gila sebab menanam pokok hutan. Seorang yg berwawasan/berpandangan
jauh. Pak Mid menanam pokok hutan seperti pokok jati di kawasan tanah rang
supaya mendapat manfaat dalam jangka masa panjang. Pak Mid melantik anak-anak
muda sbg anggota lembaga masjid untuk menjadi pelapis kpd golongan tua. Seorang
yg bersyukur. Pak Mid bersyukur apabila berjaya dlm kehidupannya. Seorang yg
pemurah. Pak Mid menderma 50 helai kain sejadah utk surau kampungnya.
f) Huraikan keperibadian unggul Pak Mid.
Sabar
menghadapi dugaan. Pak Mid bersabar apabila diejek org kampung kerana menanam
pokok hutan. Berwawasan dalam perancangan kehidupan. Pak Mid menanam pokok hutan seperti pokok jati di kawasan tanah rang supaya mendapat manfaat dalam jangka masa panjang/Pak Mid melantik anak-anak muda sbg anggota lembaga masjid supaya dapat menjadi pelapis. Gigih bekerja/bertani. Pak Mid gigih mengusahakan tanahnya dgn
pokok hutan dan bersawah. Mengutamakan kebajikan keluarga. Pak Mid membina
rumah baru yg lebih baik utk keluarga setelah mendapat wang pampasan. Mengutamakan
pendidikan anak-anak. Pak Mid menyediakan kemudahan pendidikan utk anak-anak
apabila mendapat wang pampasan. Pemurah dalam
bersedekah. Pak Mid suka bersedekah dgn menyumbang 50 helai sejadah utk surau
kampungnya. Bersyukur atas
kurniaan Tuhan. Pak Mid bersyukur kpd Allah atas kejayaan hidupnya.
g) Huraikan latar masyarakat.
h) Huraikan
citra masyarakat.
Gambaran masyarakat petani. Pak Mid dan penduduk kampung bertani dan bersawah. Gambaran masyarakat yang mementingkan amalan beragama. Pak Mid dan orang kampung menunaikan solat berjemaah di masjid. Gambaran masyarakat yang mementingkan perpaduan. Pada akhirnya. penduduk kampung hidup bersatu dan tidak lagi menghina sesiapa. Gambaran masyarakat yang mementingkan pembangunan. Kerajaan telah menentukan kawasan yang hendak dijadikan jalan dan kawasan untuk mendirikan surau serta keperluan asas yang diperlukan oleh penduduk kampung iaitu bekalan elektrik, air paip dan telefon.
i)
Terangkan nilai tanggungjawab dalam cerpen.
Tanggungjawab
menyara keluarga. Pak Mid bertanggungjawab menyara keluarga dgn bersawah dan
menanam pokok hutan. Tanggungjawab dalam mendidik anak. Pak Mid memberi
kemudahan pendidikan yang secukupnya kpd anak-anaknya. Tanggungjawab menyediakan
kemudahan asas utk keluarga. Pak Mid memasukkan bekalan elektrik, air dan
telefon ke rumahnya. Tanggungjawab membangunkan/memajukan kawasan luar bandar.
Pegawai-pegawai kerajaan datang ke kampung Pak Mid untuk membuat jalan dan
surau utk keperluan masyarakat. Tanggungjawab memberi sumbangan kpd masyarakat.
Pak Mid sedekahkan 50 sejadah utk surau kampungnya. Tanggungjawab membangunkan
belia/golongan muda. Pak Mid dan orang kampung melantik anak-anak muda menjadi
anggota lembaga masjid untuk menjadi pelapis kepada golongan tua.
j) Jelaskan latar masa cerpen.
Ketika zaman kecil.Aku sering mendengar orang kampung mengatakan Pak Mid sebagai orang gila. Ketika sekolah menengah. Aku masih melihat Pak Mid menanam pokok hutan walaupun ramai yang memerlinya. Waktu malam. Aku dan orang kampung menggunakan pelita dan gasolin pada waktu malam kerana belum ada pembangunan. Musim tengkujuh. Aku berjalan kaki sambil menuntun basikal di batas sawah yang lecak untuk ke sekolah.
k) Huraikan isu masyarakat dalam cerpen.
Isu pembangunan luar bandar. Pak Mid dan orang kampung berasa selesa apabila kampung mereka dibangunkan dengan kemudahan air, elektrik dan jalan raya. Isu perpaduan dalam masyarakat. Pak Mid dan orang kampung bersatu dan bersama menguruskan masjid dan tidak lagi menghina sesiapa. Isu tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pak Mid bertanggungjawab memberi kemudahan asas yang mencukupi dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya. Isu wawasan dalam perancangan kehidupan. Pak Mid menanam pokok hutan seperti pokok jati di kawasan tanah rang supaya mendapat manfaat dalam jangka masa panjang/Pak Mid dan orang kampung melantik anak-anak muda sebagai anggota lembaga masjid supaya dapat menjadi pelapis.
l) Huraikan unsur keagamaan dalam cerpen.
Institusi berunsurkan keagamaan.
Surau. Pak Mid menyumbang lima puluh helai kain sejadah untuk surau kampung.
Peralatan berunsurkan keagamaan.
Sejadah. Pak Mid menyumbang lima puluh helai kain sejadah.
Amalan berunsurkan keagamaan.
Doa. Bagi Pak Mid, doa kepada Allah adalah penting untuk kejayaan.
Jawatan berunsurkan keagamaan.
Setiausaha Lembaga Masjid. Ayah Aku dilantik menjadi setiausaha lembaga masjid.
m) Huraikan
pandangan terhadap persoalan.
Persoalan
kegigihan bekerja bagi menyara kehidupan. Pak Mid gigih bekerja mengusahakan
sawahnya dan menanam pokok hutan. Persoalan ketabahan dalam menghadapi cabaran.
Pak Mid tabah menghadapi hinaan orang kampung yang mengganggapnya gila kerana
menanam pokok hutan. Persoalan pembangunan atau kemajuan luar bandar yang
membawa manfaat. Pegawai kerajaan datang ke kampung Pak Mid untuk membuat jalan
dan surau. Persoalan perpaduan dalam pembangunan masyarakat. Penduduk kampung,
tua dan muda, bersatu menguruskan masjid di kampung. Persoalan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga. Pak Mid menjalankan tanggungjawab menyara keluarga dan
memberi pendidikan kepada anak-anak.
n) Huraikan
pandangan terhadap pengajaran.
Kita
hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup bagi meneruskan kehidupan dengan baik.
Pak Mid tabah menghadapi ejekan orang kampung yang mengganggapnya gila kerana
menanam pokok hutan. Kita hendaklah gigih bekerja bagi menyara keluarga. Pak
Mid gigih bekerja mengusahakan sawah dan menanam pokok hutan. Kita haruslah
bertanggungjawab terhadap keluarga demi kebajikan ahli keluarga. Pak Mid
bertanggungjawab menyara keluarga sebagai petani dan memberikan pendidikan kepada
anak-anak. Kita janganlah mengejek atau menghina orang lain supaya memastikan
keharmonian masyarakat. Orang kampung suka menghina Pak Mid sebagai orang gila
kerana menanam pokok hutan. Kita hendaklah berpandangan jauh supaya merancang kehidupan yang bermakna. Pak Mid berpandangan
jauh dgn melantik anak-anak muda dalam lembaga masjid utk menjadi pelapis
golongan tua.
o) Huraikan
saranan kepada watak Tuk Nyan.
Tidak
menyindir atau menghina orang lain. Tuk Nyan sepatutnya tidak menghina Pak Mid
kerana menanam pokok hutan di tanah rang. Berwawasan atau berpandangan jauh
dalam kehidupan. Tuk Nyan sepatutnya mencontohi Pak Mid yang menanam pokok
hutan di tanah rang supaya mendapat pulangan dalam jangka masa panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.