Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

07 Mac 2023

Teknik Menjawab Persoalan Siri 2

Ada pelajar yang menjawab seperti berikut :
1. Persoalan seorang anak yang insaf menderhaka kepada ibu bapa.
2. Persoalan seorang ibu tunggal yang gigih menyara hidup keluarga.
3. Persoalan rakyat yang patuh kepada raja.
4. Persoalan masyarakat yang bertindak melanggar undang-undang.
5. Persoalan mat rempit yang mengganggu ketenteraman.

Apakah kesilapan yang dilakukan? Ya, perkataan seorang. atau ganti nama. Kata seorang atau ganti nama itu kita gunakan apabila menghuraikan perwatakan watak. Persoalan bukan watak. Persoalan merujuk isu yang diutarakan dalam karya. Maka, isu yang perlu dinyatakan dahulu. Oleh itu, pelajar seharusnya menulis seperti berikut :
1. Persoalan keinsafan anak yang derhaka terhadap ibu bapa.
2. Persoalan kegigihan dalam menyara keluarga.
3. Persoalan ketaatan rakyat kepada raja.
4. Persoalan sikap suka melanggar undang-undang.
5. Persoalan gangguan ketenteraman oleh mat rempit.

Kata kerja juga bukan menggambarkan isu atau persoalan tetapi kata nama. Bagaimanapun, adakalanya ada kata kerja juga boleh berdiri sebagai kata nama. Contohnya : cinta. Persoalan cinta akan tanah air diterima kerana dalam bahasa Melayu normatif, jarang kita berbahasa menggunakan frasa- kecintaan akan tanah air.

Begitu juga, dalam bahasa Melayu normatif, jarang kita temukan persoalan penepatian janji, maka frasa persoalan menepati janji adalah diterima. Jelasnya, terdapat frasa kerja yang boleh diterima sebagai persoalan mengikut norma pengunaan normatif bahasa Melayu. 
Bagaimanapun, kekecualian adalah kes-kes terpencil.

Sebab pada kelazimannya, kita menggunakan perkataan tertentu bagi mengubah frasa kerja menjadi frasa kata nama. Berikut ialah contoh-contoh lazim yang boleh menjadi panduan pelajar. 

1. Persoalan menghormati tetamu. (kurang tepat)
Persoalan amalan menghormati tetamu.(tepat)
2. Persoalan berjudi dalam masyarakat (kurang tepat)
Persoalan perjudian /aktiviti judi dalam masyarakat (tepat)
3. Persoalan menzalimi orang miskin. (kurang tepat)
Persoalan kezaliman terhadap orang miskin. (tepat)

Begini juga, tepat apabila isu yang diutarakan oleh karyawan melibatkan sebab-akibat.
4. Persoalan penderitaan hidup akibat kemiskinan.(tepat)
5. Persoalan kemusnahan alam sekitar akibat pembangunan. (tepat)
6. Persoalan kesusahan hidup akibat wabak penyakit. (tepat)



06 Mac 2023

Teknik Menjawab Persoalan Siri 1

Salah satu kelemahan calon ialah menjawab soalan tentang persoalan karya. Misalnya, persoalan dalam novel, cerpen atau drama. Salah satu kesilapan utama calon ialah menjawab persoalan sebagai nilai murni atau nilai kemanusiaan. Bagaimanakah contoh kesilapan yang lazim? Kita lihat contoh di bawah.

Terdapat persoalan kasih sayang dalam novel ini. (Diikuti contoh)
Persoalan ketabahan dipaparkan dalam cerpen. (Diikuti contoh)
Pengarang memaparkan persoalan sikap prihatin dalam drama ini. (Diikuti contoh)
Juga, persoalan kebijaksanaan. (Diikuti contoh)

Kesemua jawaban di atas adalah kurang tepat. Sebabnya, nilai kasih sayang, nilai kerajinan, nilai prihatin dan nilai kebijaksanaan yang dinyatakan. Nilai bukannya persoalan. Sepatutnya, persoalan lebih jelas dan berbentuk frasa. Contoh jawapan yang dibetulkan:

Terdapat persoalan kasih sayang antara anak dan ibu bapa dalam novel ini. (Diikuti contoh)
Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup dipaparkan dalam cerpen ini. (Diikuti contoh)
Pengarang memaparkan persoalan sikap prihatin guru terhadap murid. (Diikuti contoh)
Juga, persoalan kebijaksaaan mengalahkan musuh dalam cerita ini. (Diikuti contoh)

Selain itu, contoh-contoh persoalan berikut juga adalah kurang tepat walaupun ungkapan itu bukan nilai. Sebabnya, ungkapan itu hanya satu perkataan sahaja. Persoalan haruslah menyatakan isu dalam karya secara tepat sebagaimana yang ingin disampaikan melalui karya tersebut. Lihat contoh :
Persoalan fitnah terdapat dalam cerpen ini. (Diikuti contoh) Kurang tepat.
Terdapat persoalan kemiskinan. (Diikuti contoh) Kurang tepat.
Terdapat persoalan geran tanah dalam novel. (Diikuti contoh) Kurang tepat.
Persoalan adat turut dipaparkan. (Diikuti contoh) Kurang tepat.
Juga, persoalan kedamaian. (Diikuti contoh) Kurang tepat.

Sewajarnya, begini yang diujarkan oleh pelajar :
Persoalan sikap suka memfitnah orang lain terdapat dalam cerpen ini. (Diikuti contoh)
Terdapat persoalan kemiskinan masyarakat luar bandar. (Diikuti contoh)
Terdapat persoalan perebutan harta dalam novel ini. (Diikuti contoh)
Persoalan amalan mementingkan adat turut dipaparkan. (Diikuti contoh)
Juga, persoalan inisiatif dalam mewujudkan kedamaian. (Diikuti contoh)

05 Mac 2023

Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah

a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.
Tema cerpen ialah pengorbanan anak utk kebahagiaan keluarga/bapa. Averah berkorban dgn menolak tawaran belajar di luar negara/menolak cinta Dr. Lokeman yg tinggal di kota, supaya dapat selalu menemani ayahnya di kampung.

Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. Averah menyayangi ibu dan ayahnya.Averah sedih apabila ibunya meninggal dunia. 
Persoalan keinsafan akan kesalahan diri. Along
dan Angah menyesal kerana gagal menunaikan permintaan bapa mereka. 
Persoalan ketaatan pada agama. Averah mengejutkan ayahnya utk solat Subuh.

b) Huraikan nilai murni/nilai kemanusiaan.
Nilai kasih sayang.Averah menyayangi ibu dan ayahnya. Averah sedih apabila ibunya meninggal dunia.
Nilai tanggungjawab.
Averah bertanggungjawab menjaga ayah yang tua dan menyediakan masakan gulai sembilang kegemaran ayahnya.
Nilai ketaatan.
Averah taat pada agama, menunaikan solat Subuh. 
Nilai keprihatinan. Averah prihatin hasrat ayah dengan menyediakan masakan gulai sembilang untuk ayah.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah menyayangi ibu bapa. Averah amat menyayangi ayahnya. Dia selalu balik kampung untuk menjaga ayahnya yang tua.
Kita hendaklah taat pada agama. Averah mengejutkan bapa
untuk solat Subuh bersama. Kita janganlah berselisih faham antara adik-beradik.
Along dan Angah yang lama tidak bertegur sapa kembali berdamai semasa makan
malam keluarga. 
Kita hendaklah bertanggungjawab atau sanggup berkorban untuk ibu
bapa. Contohnya, Averah sanggup bekerja dekat dengan kampung dan menolak cinta
Dr. Lokeman kerana ingin fokus menjaga ayahnya.

d) Huraikan binaan plot cerpen.
Permulaan. Averah mengimbas kembali peristiwa pada suatu malam, seluruh keluarganya dapat berkumpul untuk makan bersama. 
Perkembangan. Averah sedih ibunya meninggal dunia tetapi dia sanggup berkorban utk meluangkan masa menemani bapanya di kampung. 
Kemuncak. Bapanya meminta semua anaknya pulang makan malam sekeluarga
tetapi Along dan Angah tidak dapat balik kampung kerana sibuk. 
Peleraian.
Averah terkejut kerana ayahnya meninggal dunia pada keesokan pagi manakala
Along dan Angah berasa kesal tidak pulang ke kampung lebih awal.

e) Huraikan perwatakan Averah.
Seorang yang penyayang. Averah menyayangi ibu dan ayahnya. Averah bersedih apabila ibunya meninggal dunia. 
Seorang yg bertanggungjawab. Averah bertanggungjawab selalu menemani ayahnya di kampung.
Seorang yang sanggup berkorban. Averah berkorban dgn memohon penempatan kerja
dekat dgn kampung/ menolak cinta Dr. Lokeman supaya dapat selalu menemani ayah
di kampung. 
Seorang yang taat pd agama. Averah taat pada agama dengan menunaikan
solat Subuh. 
Seorang yg berpendidikan tinggi. Averah seorang lulusan universiti dan bekerja
sebagai doktor.

f) Huraikan peranan Averah.
Sebagai anak. Averah satu-satunya anak perempuan dlm keluarganya. Sebagai doktor.
Averah bertugas sbg doktor. Sebagai pemulih semangat. Averah selalu menemani
ayahnya yg selalu kesunyian setelah kematian isteri. Sebagai adik. Averah
merupakan adik perempuan kpd Along, Angah dan Acik.

h) Huraikan latar masa.
Waktu malam. Averah dan keluarganya makan malam sekeluarga dgn menu istimewa masakan gulai sembilang. Tiga bulan. Ibu Averah meninggal dunia tiga bulan selepas makan malam istimewa sekeluarga. Waktu Subuh. Ayah meninggal dunia pada waktu Subuh semasa Averah ingin mengejutkannya. Waktu pagi. Along dan Angah pulang pada waktu pagi dgn perasaan kesal setelah mengetahui ayah mereka meninggal dunia.

i) Huraikan nilai pengorbanan dalam cerpen.

Watak utama ialah Averah. Averah amat menyayangi ayahnya dan melakukan pengorbanan untuk kebahagian bapanya. 
Pengorbanan dalam pelajaran. Averah berkorban dgn menolak tawaran belajar di luar negara supaya boleh selalu menemani ayahya. 
Pengorbanan dalam cinta. Averah berkorban dgn menolak cinta Dr. Lokeman kerana
percaya Dr. Lokeman tidak sanggup tinggal di kampung. 
Pengorbanan dalam kerjaya. Averah berkorban dengan memohon bertugas sebagai doktor berdekatan dengan kampungnya supaya tidak berjauhan dengan ayahnya.

j) Huraikan sudut pandangan cerpen. Nyatakan kelebihan sudut pandangan tersebut.
Sudut pandangan orang pertama. Pengarang bercerita dengan menggunakan ganti nama diri pertama “Aku”. 
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama supaya dapat menggambarkan
aksi,dialog,pemikiran dan perasaan watak utama.







04 Mac 2023

Cerpen 00000000000


a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Jati diri manusia yg lemah. Watak Dol mempunyai banyak peminat tetapi tidak membawa apa-apa nilai kebaikan kpd masyarakat dgn penampilannya sbg penyanyi rock ala Barat. Persoalan sikap mengagung-agungkan budaya Barat. Ramai anak muda tergila-gilakan Dol sbg penyanyi rock ala Barat. Persoalan imej/penampilan artis yg kurang sesuai. Dol meniru penampilan budaya rock Barat yg tidak membawa kebaikan kpd masyarakat.


b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai patriotisme. Watak Aku dan Daiman Kreko tidak suka penampilan Barat pd watak Dol. Nilai hormat-menghormati. Watak Aku, Daiman Kreko dan Dol saling menghormati pandangan satu sama lain. Nilai kejujuran. Watak Aku dan Daiman Kreko jujur memberikan pandangan mereka ttg imej Dol melalui karya mereka.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita janganlah mengagung-agungkan budaya Barat. Ramai anak muda tergila-gilakan Dol sbg penyanyi rock ala Barat. Kita janganlah menjadi artis yg membawa imej/teladan kurang baik. Watak Dol menampilkan imej artis Barat yg kurang sesuai utk dicontohi oleh anak muda. Kita hendaklah menyemai nilai murni melalui seni. Dol gagal membawa penerapan nilai murni melalui penampilannya sbg artis.


d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Watak Aku sebagai pelukis bijak bermain warna dan Daiman Kreko sebagai penulis bijak bermain bahasa. Perkembangan. Daiman Kreko dan Dol, penyanyi kumpulan Mad Dog, datang ke studio Aku. Kemuncak. Daiman Kreko dan Aku gelisah dlm usaha cuba menggambarkan Dol dlm bahasa dan lukisan. Peleraian. Aku dan Daiman Kreko menghasilkan karya dengan simbol kosong kerana mendapati tiada nilai kebaikan yg dibawa oleh Dol melalui penampilannya sebagai artis rock ala Barat.


e) Huraikan perwatakan Aku.

Seorang yg pandai melukis. Aku ialah pelukis yg terkenal dgn kepandaiannya melukis. Seorang yg patriotik. Watak Aku tidak suka penampilan Barat pd watak Dol. Seorang yg jujur/suka berterus-terang. Watak Aku jujur memberikan pandangan ttg imej Dol melalui karyanya.


f) Huraikan perwatakan Daiman Kreko.

Seorang yg pandai menulis. Aku ialah penulis yg terkenal dgn kepandaiannya berbahasa. Seorang yg patriotik. Daiman Kreko tidak suka penampilan Barat pd watak Dol. Seorang yg jujur/suka berterus-terang. Daiman Kreko jujur memberikan pandangan ttg imej Dol melalui karyanya.


g) Huraikan perwatakan Dol.

Seorang yg pandai menyanyi. Dol pandai menyanyi dan terkenal sbg penyanyi kumpulan Mad Dog. Seorang yg terpengaruh budaya Barat. Dol berpenampilan Barat dlm imejnya sbg seorang penyanyi. Seorang yg selekeh. Dol berpakaian selekeh dgn rambut gondrong dan berbaju sendat. Seorang yg menghormati pandangan org lain. Dol menghormati pandangan Aku dan Daiman Kreko terhadap imejnya sbg artis ala Barat.


h) Huraikan unsur suspens dan unsur kejutan dalam cerpen.

Unsur suspens - Peristiwa Aku /Daiman Kreko cuba menggambarkan Dol dlm bahasa dan lukisan. Pembaca tertanya-tanya bagaimanakah gambaran imej Dol yg akan dihasilkan. Unsur kejutan – Aku dan Daiman Kreko menghasilkan karya dengan simbol kosong. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka hanya simbol kosong yg ditulis dan dilukis.


i) Jelaskan sumbangan dan peranan Shahnon Ahmad.

Profesor Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad merupakan seorang Sasterawan Negara. Beliau berasal dari Kedah. Beliau banyak menghasilkan cerpen, novel dan kritikan sastera. Novelnya yg terkenal ialah Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong.










02 Mac 2023

Drama Anna

a) Jelaskan persoalan dalam drama.
Persoalan semangat patriotik yg tinggi. Zaki pulang utk berbakti kepada negara setelah tamat belajar di England. Persoalan kasih sayang anak thdp ibu. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah yg sakit. Persoalan sikap suka membantu orang lain. Dr. Chan menolong merawat mata ibu Zaki. Persoalan tanggungjawab anak kpd ibu.  Zaki prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga ibunya, Mak Munah yg sakit.

b) Huraikan nilai murni dalam drama.
Nilai patriotisme. Zaki mempunyai semangat patriotik dan ingin berusaha mengisi kemerdekaan tanah air. Nilai kasih sayang. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah. Nilai tolong-menolong/bantu-membantu. Dr. Chan menolong merawat mata ibu Zaki. Nilai tanggungjawab/keprihatinan. Zaki bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit dan menebus semula tanah keluarga yang tergadai. 

c) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah menyayangi ibu bapa. Zaki menyayangi dan menjaga ibunya yang sakit.  Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Zaki cinta akan tanah air, kembali selepas belajar di England, untuk berkhidmat kepada negara. Kita hendaklah membantu orang lain. Dr. Chan membantu merawat mata ibu Zaki yg hampir buta. Kita hendaklah memahami budaya masyarakat lain. Anna tidak memahami budaya keluarga suaminya walaupun telah berkahwin selama 4 tahun. 

d) Huraikan binaan plot drama/sinopsis darama.
Permulaan. Anna berada di lapangan terbang menunggu penerbangannya ke England. Anna kecewa kerana beranggapan suaminya, Zaki lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri. Perkembangan. Zaki dan Dr. Chan cuba memujuk Anna supaya tidak meninggalkan Zaki dan anaknya, Tina. Kemuncak. Mak Munah juga memujuk Anna supaya tidak meninggalkan Zaki dan menegaskan bahawa Zaki menyayangi Anna. Peleraian. Anna tetap menaiki kapal terbang meninggalkan Malaysia. Dr. Chan meminta Zaki supaya memberikan masa kepada Anna untuk berfikir semula.  

e) Huraikan konflik antara watak.
Konflik antara Anna dan Zaki. Anna kecewa kerana Zaki lebih mengutamakan ibunya, Mak Munah daripada Anna sebagai isteri. Konflik antara Zaki dan Anna. Zaki kecewa kerana Anna ingin meninggalkannya dan Tina, anaknya untuk pulang ke England. Konflik antara Anna dan Mak Munah. Anna berasa kecewa kerana Mak Munah lebih mendapat perhatian dan kasih sayang drp Anna sebagai isteri Zaki.

f) Huraikan perwatakan Zaki.
Seorang yg penyayang. Zaki amat menyayangi ibunya, Mak Munah Seorang yg mengenang jasa. Zaki mengenang jasa ibu yang banyak berkorban utknya supaya dia dapat belajar di England. Seorang yg patriotik. Zaki cinta akan tanah air, kembali selepas belajar di luar negara, untuk berkhidmat kepada negara. Seorang yg bertanggungjawab. Zaki bertanggungjawab menjaga ibu yang sakit.

g) Huraikan perwatakan Anna.
Seorang yg bijak. Anna belajar bidang Ekonomi di universiti. Seorang yg keras hati. Anna tetap meninggalkan Zaki walaupun dipujuk oleh Zaki, Dr. Chan dan Mak Munah. Seorang yg mementingkan diri sendiri. Anna tidak suka sikap Zaki yang lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri.

h) Huraikan latar masa drama.
Jam 8.00 malam. Anna tiba di lapangan terbang ingin pulang ke England meninggalkan Zaki dan anaknya. 

i) Huraikan latar tempat dlm drama.
Bilik Menanti/Lapangan terbang. Anna menunggu penerbangannya ke England di Bilik Menanti. 

j) Huraikan kritikan/teguran terhadap anggota masyarakat/watak Anna.
Teguran terhadap sikap Anna/anggota masyarakat yg mementingkan diri sendiri. Anna tidak suka sikap Zaki yg lebih mengutamakan ibunya daripada Anna sebagai isteri. Teguran terhadap watak Anna/anggota masyarakat yg gagal memahami budaya bangsa lain. Anna tidak memahami budaya keluarga suaminya, Zaki yang berbeza dengan budaya Barat. Teguran terhadap watak Anna/anggota masyarakat yang kurang prihatin. Anna sanggup meninggalkan anaknya, Tina yang masih kecil. / Anna kurang prihatin terhadap ibu mentuanya, Mak Munah yang sakit dan memerlukan rawatan.


01 Mac 2023

Cerpen Air Mata Dalang : Teknik Penceritaan / Teknik Plot

Teknik dialog.
Pak Yasok berbual dengan Nora tentang tujuan Nora datang ke rumahnya.
Teknik pemerian.
Penulis menggambarkan hari hujan dan Pak Yasok merindui anak cucunya.
Teknik imbas kembali.
Pak Yasok terkenangkan peristiwa Faezah menegur Pak Yasok kerana membuat patung wayang kulit.
Teknik imbas muka.
Pak Yasok membayangkan dia akan berkunjung ke rumah Faezah apabila perasaan marahnya kendur nanti.
Teknik suspens.
Pak Yasok tertanya-tanya siapakah yang datang ke rumahnya pada waktu hujan.
Teknik kejutan.
Pembaca terkejut apabila kereta Ustaz Sauki muncul secara tiba-tiba semasa majlis pengumuman Nora sebagai dalang.
Teknik konflik.
Konflik antara Pak Yasok dan Faezah yang menasihati Pak Yasok supaya tidak membuat patung wayang kulit kerana dianggap berdosa.


Soalan Petikan.
Baca petikan dan jawab soalan
1. Naza Kia WKQ6696 tiba-tiba membelok masuk ke halaman rumah di hadapan panggung. Melihat Ustaz Sauki dan Faezah serta anak-anaknya pulang, Pak Yasok tersenyum.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik kejutan. Contohnya, Naza Kia WKQ6696 tiba-tiba membelok masuk ke halaman rumah di hadapan panggung.


2. Dia memandang sebuah kereta Kembara JFX995 yang membelok ke halaman rumahnya. Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini? Detik hati kecil Pak Yasok.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik suspens. Contohnya, Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini? Detik hati kecil Pak Yasok.


3. ‘Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku’, bisik Pak Yasok.

Nyatakan teknik plot / teknik penceritaan dalam petikan cerpen.

Teknik monolog. Contohnya, ‘Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang menasihati aku’, bisik Pak Yasok.

Cerpen Air Mata Dalang : Unsur Keagamaan

Unsur keagamaan dalam karya puisi dan prosa:
1.  Cara penulisan berunsurkan keagamaan
2.  Amalan berunsurkan keagamaan
3.  Gelaran / jawatan berunsurkan keagamaan
4.  Institusi berunsurkan keagamaan
5.  Nama tokoh berunsurkan keagamaan
6.  Kitab-kitab berunsurkan keagamaan
7.  Ilmu berunsurkan keagamaan
8.  Peralatan berunsurkan keagamaan
9.  Kepercayaan berunsurkan keagamaan



Huraikan unsur keagamaan dalam cerpen Air Mata Dalang.

Institusi keagamaan. Masjid dan surau. Orang kampung bersolat berjemaah di masjid dan surau.

Amalan keagamaan. Amalan solat, puasa dan zakat. Pak Yasok bersolat, berpuasa dan membayar zakat.

Gelaran keagamaan. Gelaran imam dan lebai. Imam dan pak lebai datang ke rumah Pak Yasok untuk menghadiri majlis memperlimau Nora sebagai dalang wayang kulit.