Jelaskan tema dan persoalan cerita.
Tema - kasih sayang erat antara suami isteri. Raden Inu Kertapati amat mencintai isterinya, Raden Puspa Kencana. Baginda sanggup membunuh diri setelah mendapati Ken Tambohan meninggal dunia.
Persoalan kezaliman terhadap orang lain. Permaisuri menitahkan pelebaya untuk membunuh Ken Tambohan.
Persoalan sikap simpati terhadap orang lain. Betara Kala simpati lalu turun ke bumi menghidupkan kembali Ken Tambohan dan Raden Menteri.
Persoalan keinsafan atas kesalahan yang dilakukan. Permaisuri insaf akan perbuatannya meminta Pelebaya membunuh Ken Tambohan kerana hal tersebut menyebabkan baginda telah kematian anaknya juga.
Huraikan nilai murni/kemanusiaan.
Nilai kasih sayang. Raden Inu Kertapati amat mencintai isterinya, Raden Puspa Kencana. Baginda sanggup membunuh diri setelah melihat mayat Ken Tambohan di atas rakit. Nilai simpati. Betara Kala simpati lalu turun ke bumi menghidupkan kembali Ken Tambohan dan Raden Menteri. Nilai ketaatan. Menteri dan rakyat taat pada perintah Sang Nata untuk persiapan penabalan Raden Menteri. Nilai kesyukuran. Sang Nata bersyukur apabila Raden Menteri dan Ken Tambohan dihidupkan semula lalu mengadakan majlis penabalan untuk mereka.
Pengajaran.
Kita hendaklah saling berkasih sayang. Raden Inu sangat menyayangi isterinya Ken Tambohan sehingga dia sanggup membunuh diri setelah isterinya meninggal dunia.
Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Permaisuri insaf akan perbuatannya meminta Pelebaya membunuh Ken Tambohan kerana hal tersebut menyebabkan baginda telah kematian anaknya juga.
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. Sang Nata memaafkan kesalahan Permaisuri setelah Raden Inu dan Ken Tambohan berjaya dihidupkan kembali.
Kita hendaklah sanggup berkorban. Ken Tambon dan Ken Penglipur meminta agar mereka juga dibunuh seperti Ken Tambohan kerana semangat setia kawan yang tinggi.
Kita janganlah mementingkan darjat.
Permaisuri marah dengan Ken Tambohan kerana mengahwini anaknya kerana mengganggap bahawa Ken Tambohan tidak setaraf dengan Raden Menteri.
Kita janganlah berbuat zalim terhadap orang lain.
Permaisuri menyuruh Pelebaya membunuh Ken Tambohan semasa Raden Inu pergi berburu.
Kita hendaklah belas kasihan atau simpati terhadap orang lain.
Segala dewa di kayangan berasa belas kasihan melihat Sang Nata bersedih atas kematian Raden Menteri dan Ken Tambohan.
Kita hendaklah merendah diri. Ken Tambohan menolak lamaran Reden Menteri kerana Raden Menteri tidak setaraf dengannya.
Latar masyarakat Hikayat Puspa Kencana
Semua dewa di Kayangan berasa simpati dan belas kasihan apabila melihat Sang Nata berdukacita setelah Raden Menteri meninggal dunia.