Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

20 April 2023

Naratif Ogonshoto

a) Jelaskan tema novel.

Kepincangan pemimpin dalam mendapat dan mempertahankan kuasa. Presiden banyak melakukan salah laku seperti bertindak kejam dan menindas org lain utk mempertahankan kuasa sbg Presiden Ogonshoto. 

b) Huraikan persoalan novel.

Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. Presiden menyayangi ibunya. Persoalan kegigihan belajar/berusaha. Presiden gigih belajar sehingga lulus pelajaran di universiti/Lelaki Tua dalam Bab Aisberg gigih berusaha menggali telaga untuk mendapatkan air. Persoalan kezaliman pemimpin dalam pemerintahan. Presiden zalim dengan menghapuskan sesiapa yang cuba menentangnya. Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup. Watak Pemuda dalam bab Mainan tabah apabila lidah dan tangannya dikerat oleh orang Presiden. Persoalan kemusnahan alam sekitar akibat pembangunan. Watak Guru (Bab Jari) tidak setuju hutan Kuri ditebang untuk dijadikan padang golf kerana akan memusnahkan kawasan tadahan hujan. Persoalan balasan Tuhan thdp kezaliman manusia. Ogonshoto akhirnya mendapat balasan Tuhan apabila dilanda tsunami. 

b) Huraikan nilai murni.

Nilai kegigihan. Lelaki tua gigih berusaha seorang diri dengan mengorek tanah untuk mengatasi masalah kekurangan air pada musim kemarau 

Nilai kasih sayang. Presiden meminta orang ramai mencari ibunya kerana ingin memeluk ibunya setelah merantau selama lebih dua puluh tahun di Eropah. 

Nilai kerjasama. Nakhoda dan pengikutnya bekerjasama membina bahtera. 

Nilai ketabahan. Pemuda Banaba tabah apabila lidah dan tangannya dikerat oleh orang Presiden. 

Nilai cinta alam sekitar. Penduduk pedalaman memprotes pembangunan di Tubua kerana akan menjejaskan alam sekitar. Pencinta alam mendesak Prseiden membatalkan projek padang golf di Kuri kerana akan menyebabkan kemusnahan alam sekitar. 

Nilai keberanian. Presiden berani menaiki sebuah kapal ke Eropah ketika berumur tujuh tahun tanpa pengetahuan ibu dan rakan rakannya.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah menyayangi sesama ahli keluarga. Presiden menyayangi ibunya. Presiden meminta orang ramai mencari ibunya kerana ingin memeluk ibunya setelah merantau selama lebih dua puluh tahun di Eropah.  Kita janganlah berlaku kejam kepada orang lain. Presiden berkau kejam dgn menghapuskan sesiapa yang menentangnya seperti membunuh abang kepada pencipta kamera . Kita janganlah menindas orang lain. Presiden menindas orang miskin dgn mengambil tanah nelayan dan petani. Kita janganlah terlibat dengan rasuah.  Isteri Presiden menerima 10 peratus komisen dalam urus niaga pemerintah. 

e) Huraikan perwatakan Presiden.

Seorang yang kejam. Berlaku kejam dengan menghapuskan sesiapa yang cuba menentangnya. Presiden mengarahkan tentera supaya membunuh abang pencipta kamera. Seorang yang penyayang. Menyayangi ibunya, memeluk ibunya di pantai. Seorang yang khianat. Mengkhianati kepercayaan rakyat dgn korbankan tanah petani dannelayan untuk pembangunan. 

d) Perbandingan watak Presiden dan watak Nakhoda.

Presiden dan Nakhoda gigih. Presiden gigih belajar di universiti Eropah manakala Nakhoda gigih membina bahtera. Presiden dan Nakhoda bijaksana. Presiden bijak belajar sehingga lulus di universiti manakala Nakhoda bijak guna pengetahuan untuk membina bahtera. Presiden dan Nakhoda mempunyai kepemimpinan. Presiden dapat memimpin parti dan pentadbiran negara manakala Nakhoda dapat memimpin pengikutnya untuk membina bahtera. Presiden seorang yang pilih kasih tetapi Nakhoda seorang yg adil.  Presiden mengutamakan keluarga/rakan tetapi Nakhoda memberi peluang sama rata terhadap semua orang yang memohon untuk menaiki bahtera. Presiden dan Nakhoda penyayang. Presiden menyayangi ibu dan isterinya manakala Nakhoda menyayangi anak lelakinya. Presiden seorang yang kejam tetapi Nakhoda seorang yang berperikemanusiaan. Presiden sanggup menghapuskan sesiapa yang cuba menentangnya tetapi Nakhoda sanggup membenarkan penumpang yang berpenyakit untuk menaiki bahtera.


e) Huraikan latar tempat dlm novel.

Tatamanu. Ibu negara Ogonshoto/ Presiden mempunyai istana besar di Tatamanu. Ture. Jeneral bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat Ture. Tubua.  Presiden dipercayai menyamar sebagai lelaki tua dari Kuri untuk mematahkan protes penduduk Tubua. Runakita. Lelaki Tua berusaha menggali telaga/memasak air laut. untuk mendapatkan air bersih kerana musim kemarau. Aitu. Resi muda berjaya mencipta ciptaan hidup. Kuri. Hutan Kuri ditebang untuk dijadikan padang golf. Gunung berapi Gora-Gora. Abang lelaki eksperimental dipercayai dibunuh di kawah Gunung berapi Gora-Gora. Malagana. Pusat hiburan banyak terdapat di Malagana/Ibu Presiden berasal dari Malagana.

f) Huraikan latar masyarakat.

Masyarakat pelaut. Majoriti penduduk Ogonshoto adalah nelayan/pelaut. Masyarakat mahasiswa. Mahasiswa tinggal sendiri kerana asrama universiti telah dihapuskan. Masyarakat yang penyayang. Presiden dan ibunya saling menyayangi. Masyarakat yang mementingkan pendidikan. Nakhoda dan isterinya memberi pendidikan yg secukupnya kpd Presiden semasa di Eropah. Masyarakat yang hidup sederhana. Penduduk luar bandar Ogonshoto lebih suka hidup secara sederhana. Msykt yg bekerjasama. Nakhoda dan orang-orangnya bekerjasama membina bahtera. 


Isu masyarakat dalam novel. 

Isu gejala sosial
Kelahiran anak luar nikah Malagana yang tidak diketahui identiti ibu dan bapa berpunca daripada banyak pusat hiburan di Malagana.

Isu kemusnahan alam sekitar
Bukit pedalaman Tubus ditarah manakala pokok pokok ditebang untuk membina jalan ke kompleks hiburan dan perjudian yang bakal dibangunkan.

Isu kekejaman pemerintah 
Askar Presiden memotong lidah dan kedua dua tangan Pemuda Banaba atas arahan Presiden. Presiden menyekat kebebasan mahasiswa dengan menghapuskan konsep asrama universiti. 

Isu amalan rasuah. 
Pihak urus niaga pemerintah memberi komisen sebanyak 10% kepada isteri Presiden. Jeneral dan Pegawai Kanan Pemerintah Ture mengamalkan rasuah dalam perebutan jawatan wakil Ture.

Isu penjajahan kuasa asing.
Kolonial Eropah berjaya menjajah Ogonshoto beratus-ratus tahun. 

Isu pembangunan luar bandar.
Pedalaman Tubua akan dijadikan kompleks hiburan dan perjudian. Selain itu, Presiden ingin memajukan pedalaman Kuri sebagai padang golf. Kumpulan pencinta alam menentang pembangunan di pedalaman Kuri kerana pembangunan tersebut akan menyebabkan penebangan hutan. 

Isu masyarakat yang menganiayai binatang peliharaan. 
Penduduk Ogonshoto, Pemuda Banaba dan Presiden menganiayai binatang dalam permainan tradisi memburu binatang peliharaan setiap 1642 pada masa gerhana matahari penuh.


Pandangan terhadap latar masyarakat dalam novel.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang memusnahkan alam sekitar.
Kawasan hutan masyarakat pedalaman Kuri dimusnahkan oleh pihak pemerintah untuk pembinaan padang golf bertaraf antarabangsa.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang mengamalkan kronisme/mengutamakan pengikut.
Orang-orang Presiden menerima dan mengumpul harta kekayaan yang diagihkan oleh Presiden.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang pecah amanah atau khianat, 
Presiden dan orang-orangnya mengambil tanah nelayan dan petani secara pecah amanah atau khianat untuk pembangunan bandar dan perindustrian.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang kejam terhadap orang lain. 
Tentera Presiden telah membunuh abang pencipta kamera . Tentera elit Presiden telah memotong tangan dan lidah Pemuda Banaba.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang mengamalkan rasuah 
Jeneral dan Pegawai Kanan PemerintahTure mengamalkan rasuah dalam perebutan jawatan wakil Ture/ Pihak urus niaga pemerintah telah memberi komisen sebanyak 10% kepada isteri Presiden.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.