Teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif SPM

Kubentang Sebuah Peta (Antologi Teks Moden), Nilai Insan (Antologi Teks Tradisional) Naratif Ogonshoto (Novel)

Carian Blog Ini

10 Januari 2025

Hikayat Parang Puting (Sastera Hikayat)

a) Jelaskan tema cerita.

Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara boleh membawa kebaikan kepada diri dan keluarga. Hubungan baik antara anak naga dengan budak miskin membawa tuah. Syahbandar dan orang ramai memberi hadiah seperti beras, buah-buahan dan baju kepada budak miskin apabila membuat persembahan bersama ular naga.

 b) Huraikan persoalan cerita.
Persoalan ketaatan kepada pemimpin. Budak miskin pergi ke rumah Syahbandar kerana Syahbandar ingin melihat persembahan anak ular naga. Persoalan setiakawan dalam persahabatan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan. Persoalan kasih sayang manusia terhadap haiwan. Budak miskin menyayangi dan menjaga makan minum anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Persoalan mengenang jasa orang lain. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya.

 c) Huraikan nilai murni.
Nilai ketaatan. Budak miskin ke istana kerana raja ingin melihat anak naga. Nilai mengenang jasa. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya, anak ular naga. Nilai kebijaksanaan. Budak miskin bijak mencari helah untuk mendapatkan tongkat sakti drp hulubalang naga. Nilai setiakawan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, sentiasa bersama ke mana-mana. Nilai kegigihan. Budak miskin gigih mencari anak naga yang lari balik ke hutan. Nilai kasih sayang. Ibu budak miskin menyayangi budak miskin dan berasa risau apabila budak miskin tidak pulang ke rumah. Nilai menghargai.  Syahbandar dan orang ramai memberi hadiah seperti makanan dan pakaian apabila Budak Miskin membuat persembahan bersama anak ular naga.

 d) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah taat kepada pemimpin. Budak miskin datang ke istana apabila diarahkan oleh raja yang ingin melihat anak naga. Kita hendaklah sayang terhadap haiwan.  Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Kita hendaklah mengenang jasa orang lain. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya. Kita hendaklah bersikap setiakawan dalam persahabatan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan.

 e) Buktikan cerita ini ialah sastera hikayat/prosa tradisonal.
Latar tempat yg luas. Di darat,tasik, laut. Budak miskin mengembara banyak tempat seperti hutan dan Tasik Hijau. Raja Indera Mahadewa belayar ke laut dan Pulau Cahaya Purnama. Watak-watak terdiri drp manusia biasa, rajaa, dewa dan binatang. Watak-watak cerita ialah Budak miskin, raja, Betara Kala, anak ular naga, dan anak helang. Unsur pengembaraan. Budak miskin, anak helang dan anak tikus mengembara mencari anak ular naga yang telah menghilangkan diri. Unsur kesaktian. Budak miskin mendapat cincin hikmat yg dapat menyediakan pelbagai jenis makanan/Parang puting dapat menebang pokok dengan sendirinya. Cerita berakhir dengan kegembiraan. Raja Indera Maha Dewa memperoleh anak, iaitu Tuan Puteri Mengindera Sehari Bulan.

 f) Huraikan perwatakan Budak miskin.
Seorang yang taat pada pemimpin. Budak miskin taat perintah raja datang ke istana menunjukkan anak ular naga. Seorang yang penyayang. Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Seorang yang suka menolong. Budak miskin pernah menolong anak ular naga daripada dibunuh orang. Seorang yang setiakawan. Budak miskin berkawan baik dengan anak ular naga, mencarinya apabila menghilangkan diri. Seorang yang bijaksana. Budak miskin bijak membuat helah untuk mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga.

 g) Huraikan latar tempat.
Rumah budak miskin. Budak miskin dan ibunya tinggal bersama di rumah mereka. Istana raja. Budak miskin dan anak ular naga membuat persembahan di istana raja. Tasik Hijau. Anak ular naga pulang ke Tasik Hijau, tempat tinggal datuknya. Hutan rimba. Budak miskin mencari anak naga yg hilang sehingga ke hutan rimba. Kolam. Hulubalang naga berendam di dalam kolam apabila badannya terasa panas. Pulau Cahaya Purnama. Raja Indera Maha Dewa pergi berkaul ke Pulau Cahaya Purnama bersama isterinya.

 h) Huraikan latar masyarakat.
Masyarakat yang taat pada pemimpin. Budak miskin, Syahbandar dan anak ular naga taat perintah raja datang ke istana untuk membuat persembahan. Masyarakat yang setiakawan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan. Masyarakat yang pemurah dan menghargai orang lain. Orang-orang kampung Syahbandar memberi pelbagai hadiah seperti beras, baju dan buah-buahan kepada budak miskin apabila membuat persembahan. Masyarakat haiwan. Anak ular naga, anak helang dan anak tikus merupakan haiwan peliharaan yang sangat disayangi oleh budak miskin. Masyarakat golongan pemerintah. Syahbandar, menteri dan Raja kagum melihat kehebatan budak miskin bermain dengan anak ular naga. 

 i) Huraikan keunggulan Budak  Miskin/sanjungan terhadap Budak Miskin.
Taat kepada pemimpin. Budak miskin taat akan perintah raja untuk datang ke istana menunjukkan aksi bermain demngan anak ular naga. Penyayang terhadap haiwan. Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus dan tidak mahu berpisah dengan mereka. Budak miskin mencari anak ular naga apabila ia menghilangkan diri. Bijaksana dalam membuat tindakan. Budak miskin bijak mencari helah untuk mendapatkan tongkat sakti daripada hulubalang naga.Suka membantu manusia atau haiwan yang menghadapi kesusahan. Budak miskin pernah menolong anak ular naga daripada dibunuh orang. Mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Budak miskin berkawan baik dengan anak ular naga, anak tikus dan anak helang dan sentiasa bersama ke mana-mana.

 j) Huraikan keperibadian unggul / sanjungan watak Syahbandar.
Prihatin terhadap kebajikan rakyat. Syahbandar menziarahi bonda budak miskin apabila mendapat tahu budak miskin tidak balik ke rumah selepas mencari anak ular naga di hutan. Taat kepada perintah pemimpin. Syahbandar taat terhadap perintah raja yang memintanya untuk membawa budak miskin ke istana untuk membuat persembahan bersama dengan anak ular naga. Menghargai kebolehan atau bakat orang lain. Syahbandar telah menghadiahkan beras, padi dan kain baju kepada budak miskin setelah budak miskin dan anak ular naga selesai membuat persembahan di rumahnya. Murah hati dalam memberi sumbangan. Syahbandar menghadiahkan beras, padi dan kain baju kepada budak miskin setelah budak miskin dan anak ular naga selesai membuat persembahan di rumahnya.

 k) Huraikan citra masyarakat.
Gambaran masyarakat yang mengutamakan persahabatan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan mereka. Gambaran masyarakat yang menghargai orang lain. Orang-orang kampung Syahbandar memberi pelbagai hadiah seperti beras, baju dan buah-buahan kepada budak miskin. Gambaran masyarakat yang mendaulatkan arahan pemimpin. Budak miskin dan Syahbandar taat perintah raja datang membuat persembahan anak ular naga di istana.

 l) Jelaskan pandangan terhadap pengajaran.
Kita hendaklah taat kepada pemimpin bagi memastikan  kelancaran sesuatu urusan. Budak miskin datang ke istana apabila diarahkan oleh raja yang ingin melihat anak naga. Kita hendaklah sayang terhadap haiwan supaya memastikan kebajikan haiwan terpelihara.  Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Kita hendaklah bersikap setiakawan dalam persahabatan bagi menjaga kebajikan sesama sendiri. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan.

 m) Huraikan perwatakan anak ular naga.
Seekor haiwan yang prihatin. Anak ular naga meninggalkan budak miskin kerana anak ular naga sudah semakin besar dan tidak mahu menyusahkan budak miskin. Seekor haiwan yang setiakawan. Anak ular naga sentiasa mengikuti budak miskin, anak helang dan anak tikus ke mana-mana terutamanya membuat persembahan di istana. Seekor haiwan yang mengenang jasa. Anak ular naga menasihati budak miskin supaya meminta cincin sakti daripada nenda ular naga sebagai membalas jasa budak miskin menjaganya.

 n) Huraikan keunggulan watak anak ular naga.
Prihatin terhadap kebajikan hidup orang lain. Anak ular naga meninggalkan budak miskin kerana anak ular naga sudah semakin besar dan tidak mahu menyusahkan budak miskin. Setiakawan dalam persahabatan. Anak ular naga sentiasa mengikuti budak miskin, anak helang dan anak tikus ke mana-mana terutamanya membuat persembahan di istana. Mengenang jasa orang lain. Anak ular naga menasihati budak miskin supaya meminta cincin sakti daripada raja naga sebagai membalas jasa budak miskin yang telah menjaganya.

o) Pandangan terhadap persoalan.
Persoalan ketaatan kepada pemimpin sebagai rakyat. Budak miskin pergi ke rumah Syahbandar kerana Syahbandar ingin melihat persembahan anak ular naga. Persoalan setiakawan dalam persahabatan yang luar biasa. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan. Persoalan kasih sayang manusia terhadap haiwan yang luar biasa. Budak miskin menyayangi dan menjaga makan minum anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Persoalan mengenang jasa orang lain dengan sesuatu balasan. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya.


21 April 2023

Raden Puspa Kencana (Sastera Panji)

Jelaskan tema dan persoalan cerita.

Tema - kasih  sayang  erat antara suami  isteri. Raden  Inu  Kertapati  amat mencintai  isterinya,  Raden  Puspa  Kencana. Baginda   sanggup  membunuh  diri  setelah  mendapati Ken Tambohan meninggal dunia.

Persoalan  kezaliman terhadap orang lain. Permaisuri  menitahkan  pelebaya  untuk  membunuh Ken  Tambohan.
Persoalan sikap  simpati  terhadap  orang lain. Betara  Kala  simpati lalu turun  ke  bumi  menghidupkan  kembali Ken Tambohan dan Raden Menteri. 
Persoalan keinsafan atas kesalahan yang dilakukan. 
Permaisuri insaf akan perbuatannya meminta Pelebaya membunuh Ken Tambohan kerana hal tersebut menyebabkan baginda telah kematian anaknya juga.

Huraikan  nilai  murni/kemanusiaan.

Nilai  kasih  sayang. Raden  Inu  Kertapati  amat mencintai  isterinya, Raden  Puspa  Kencana. Baginda sanggup  membunuh  diri  setelah melihat  mayat   Ken  Tambohan  di atas  rakit. Nilai  simpati. Betara  Kala  simpati lalu turun  ke  bumi  menghidupkan  kembali Ken Tambohan dan Raden Menteri. Nilai ketaatan. Menteri dan rakyat taat pada perintah Sang Nata untuk persiapan penabalan Raden Menteri. Nilai kesyukuran. Sang Nata bersyukur apabila Raden Menteri dan Ken Tambohan dihidupkan semula lalu mengadakan majlis penabalan untuk mereka. 

Pengajaran. 

Kita hendaklah saling berkasih sayang. Raden Inu sangat menyayangi isterinya Ken Tambohan sehingga dia sanggup membunuh diri setelah isterinya meninggal dunia.
Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Permaisuri insaf akan perbuatannya meminta Pelebaya membunuh Ken Tambohan kerana hal tersebut menyebabkan baginda telah kematian anaknya juga. 
Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. Sang Nata memaafkan kesalahan Permaisuri setelah Raden Inu dan Ken Tambohan berjaya dihidupkan kembali.

Kita hendaklah reda dengan takdir. Sang Nata menasihati Isterinya supaya reda dengan jodoh anaknya Raden Inu Kertapati dengan Ken Tambohan. 
Kita hendaklah sanggup berkorban. Ken Tambon dan Ken Penglipur meminta agar mereka juga dibunuh seperti Ken Tambohan kerana semangat setia kawan yang tinggi.
Kita janganlah mementingkan darjat. 
Permaisuri marah dengan Ken Tambohan kerana mengahwini anaknya kerana mengganggap bahawa Ken Tambohan tidak setaraf dengan Raden Menteri.
Kita janganlah berbuat zalim terhadap orang lain. 
Permaisuri menyuruh Pelebaya membunuh Ken Tambohan semasa Raden Inu pergi berburu.
Kita hendaklah belas kasihan atau simpati terhadap orang lain.
Segala dewa di kayangan berasa belas kasihan melihat Sang Nata bersedih atas kematian Raden Menteri dan Ken Tambohan.
Kita hendaklah merendah diri. Ken Tambohan menolak lamaran Reden Menteri kerana Raden Menteri tidak setaraf dengannya.


Latar masyarakat Hikayat Puspa Kencana

Masyarakat Istana / Bangsawan Jawa.
Sang Nata, Permaisuri dan Raden Inu Kertapati, Paduka Mahadewa, Paduka Mahadewi, Paduka Liku.
Masyarakat yang penyayang.
Raden Menteri dan isterinya Ken Tambohan saling menyayangi sehingga Raden Menteri sanggup membunuh diri apabila mendapati isteri mati dibunuh. Ken Penglipur dan Ken Tadahan menyayangi Ken Tambohan sehingga sanggup dibunuh bersama-sama dengan Ken Tambohan.
Masyarakat rakyat atau orang biasa. 
Pelebaya, Wira Wani, Wira Karta, Penjaga Kubah.
Masyarakat dewa 
Betara Guru dan Betara Kala merupakan golongan dewa-dewa yang tinggal di Kayangan.
Masyarakat yang mempercayai alamat mimpi.
Apabila bangun daripada tidur, Raden Menteri dan Raden Puspa Kencana berasa risau kerana memikirkan alamat mimpi mereka. 
Masyarakat yang belas kasihan atau simpati.
Semua dewa di Kayangan berasa simpati dan belas kasihan apabila melihat Sang Nata berdukacita setelah Raden Menteri meninggal dunia.
Masyarakat yang sanggup berkorban.
Ken Tahan dan Ken Penglipur meminta agar mereka juga dibunuh seperti Ken Tambohan.
Masyarakat yang taat kepada pemerintah.
Huraian: Pelebaya dan Ken Tambohan taat akan arahan Permaisuri supaya ke tempat Raden Inu berburu di hutan.
Masyarakat tawananan perang.
Ken Tadahan dan Ken Penglipur segala puteri ratu menjadi tawanan Sang Nata.


Buktikan cerita ini ialah sastera panji.

Watak utama ialah putera/puteri raja. Raden Puspa Kencana, Raden Inu Kertapati. Latar tempat di Jawa. Cerita berkisar di negeri Cempaka Jajar,Jawa. Unsur pengembaraan. Raden Inu Kertapati pergi berburu bersama kedayannya. Unsur luar biasa/kesaktian. Betara Kala menghidupkan Raden Menteri dan Ken Tambohan yang telah mati. Cerita berakhir dengan kegembiraan. Akhirnya, Raden Menteri dan Ken Tambohan dapat hidup bahagia sebagai suami isteri. Unsur percintaan. Raden Menteri bercinta dan berkahwin dengan Ken Tambohan.


Huraikan  perwatakan  Raden  Inu  Kertapati/Raden Menteri/
Seorang  penyayang.  Raden  Inu  Kertapati  amat  mencintai  isterinya, Ken  Tambohan. Baginda   sanggup  bunuh  diri  setelah  melihat  mayat   Ken   Tambohan. Seorang  yg  taat pada ibu bapa. Raden Inu pergi berburu setelah  dititahkan  oleh  ibunya.  Seorang yg kacak. Ken Tambohan mendapati Raden Inu terlalu elok rupanya. Seorang yg mahir berburu. Raden Inu dapat menyumpit burung serindit dengan tepat semasa berburu.

Huraikan perwatakan Raden Puspa Kencana/Ken Tambohan.
Seorang  yg penyayang.  Raden  Puspa Kencana  amat mencintai suaminya, Raden Menteri. Seorang  yang tabah. Raden Puspa Kencana bersabar apabila dihina permaisuri. Seorang yg merendah diri. Raden Puspa Kencana merendah diri mengatakan dirinya tidak setaraf apabila dipujuk oleh Raden Menteri. Seorang yg cantik. Ken Tambohan  disayangi Sang Nata/Permaisuri kerana merupakan puteri tercantik dalam tawanan. Seorang yang taat pada perintah permaisuri. Raden Puspa Kencana taat apabila pelebaya ingin membunuhnya atas titah permaisuri.

Huraikan latar tempat.
Cempaka Jajar – Sang Nata menjadi ratu di Cempaka Jajar. Banjar Kulon – Patih mengesyorkan permaisuri meminang puteri Banjar Kulon untuk Raden Menteri. Istana Ken Tambohan – Raden Menteri masuk ke istana Ken Tambohan untuk mendapatkan burung serindit. Hutan – Raden Puspa Kencana dibunuh oleh pelebaya di hutan. Keinderaan – Dewa-dewa di keinderaan kasihan melihat Sang Nata yang bersedih atas kematian anakandanya.


20 April 2023

Naratif Ogonshoto

a) Jelaskan tema novel.

Kepincangan pemimpin dalam mendapat dan mempertahankan kuasa. Presiden banyak melakukan salah laku seperti bertindak kejam dan menindas org lain utk mempertahankan kuasa sbg Presiden Ogonshoto. 

b) Huraikan persoalan novel.

Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga. Presiden menyayangi ibunya. Persoalan kegigihan belajar/berusaha. Presiden gigih belajar sehingga lulus pelajaran di universiti/Lelaki Tua dalam Bab Aisberg gigih berusaha menggali telaga untuk mendapatkan air. Persoalan kezaliman pemimpin dalam pemerintahan. Presiden zalim dengan menghapuskan sesiapa yang cuba menentangnya. Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup. Watak Pemuda dalam bab Mainan tabah apabila lidah dan tangannya dikerat oleh orang Presiden. Persoalan kemusnahan alam sekitar akibat pembangunan. Watak Guru (Bab Jari) tidak setuju hutan Kuri ditebang untuk dijadikan padang golf kerana akan memusnahkan kawasan tadahan hujan. Persoalan balasan Tuhan thdp kezaliman manusia. Ogonshoto akhirnya mendapat balasan Tuhan apabila dilanda tsunami. 

b) Huraikan nilai murni.

Nilai kegigihan. Lelaki tua gigih berusaha seorang diri dengan mengorek tanah untuk mengatasi masalah kekurangan air pada musim kemarau 

Nilai kasih sayang. Presiden meminta orang ramai mencari ibunya kerana ingin memeluk ibunya setelah merantau selama lebih dua puluh tahun di Eropah. 

Nilai kerjasama. Nakhoda dan pengikutnya bekerjasama membina bahtera. 

Nilai ketabahan. Pemuda Banaba tabah apabila lidah dan tangannya dikerat oleh orang Presiden. 

Nilai cinta alam sekitar. Penduduk pedalaman memprotes pembangunan di Tubua kerana akan menjejaskan alam sekitar. Pencinta alam mendesak Prseiden membatalkan projek padang golf di Kuri kerana akan menyebabkan kemusnahan alam sekitar. 

Nilai keberanian. Presiden berani menaiki sebuah kapal ke Eropah ketika berumur tujuh tahun tanpa pengetahuan ibu dan rakan rakannya.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah menyayangi sesama ahli keluarga. Presiden menyayangi ibunya. Presiden meminta orang ramai mencari ibunya kerana ingin memeluk ibunya setelah merantau selama lebih dua puluh tahun di Eropah.  Kita janganlah berlaku kejam kepada orang lain. Presiden berkau kejam dgn menghapuskan sesiapa yang menentangnya seperti membunuh abang kepada pencipta kamera . Kita janganlah menindas orang lain. Presiden menindas orang miskin dgn mengambil tanah nelayan dan petani. Kita janganlah terlibat dengan rasuah.  Isteri Presiden menerima 10 peratus komisen dalam urus niaga pemerintah. 

e) Huraikan perwatakan Presiden.

Seorang yang kejam. Berlaku kejam dengan menghapuskan sesiapa yang cuba menentangnya. Presiden mengarahkan tentera supaya membunuh abang pencipta kamera. Seorang yang penyayang. Menyayangi ibunya, memeluk ibunya di pantai. Seorang yang khianat. Mengkhianati kepercayaan rakyat dgn korbankan tanah petani dannelayan untuk pembangunan. 

d) Perbandingan watak Presiden dan watak Nakhoda.

Presiden dan Nakhoda gigih. Presiden gigih belajar di universiti Eropah manakala Nakhoda gigih membina bahtera. Presiden dan Nakhoda bijaksana. Presiden bijak belajar sehingga lulus di universiti manakala Nakhoda bijak guna pengetahuan untuk membina bahtera. Presiden dan Nakhoda mempunyai kepemimpinan. Presiden dapat memimpin parti dan pentadbiran negara manakala Nakhoda dapat memimpin pengikutnya untuk membina bahtera. Presiden seorang yang pilih kasih tetapi Nakhoda seorang yg adil.  Presiden mengutamakan keluarga/rakan tetapi Nakhoda memberi peluang sama rata terhadap semua orang yang memohon untuk menaiki bahtera. Presiden dan Nakhoda penyayang. Presiden menyayangi ibu dan isterinya manakala Nakhoda menyayangi anak lelakinya. Presiden seorang yang kejam tetapi Nakhoda seorang yang berperikemanusiaan. Presiden sanggup menghapuskan sesiapa yang cuba menentangnya tetapi Nakhoda sanggup membenarkan penumpang yang berpenyakit untuk menaiki bahtera.


e) Huraikan latar tempat dlm novel.

Tatamanu. Ibu negara Ogonshoto/ Presiden mempunyai istana besar di Tatamanu. Ture. Jeneral bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat Ture. Tubua.  Presiden dipercayai menyamar sebagai lelaki tua dari Kuri untuk mematahkan protes penduduk Tubua. Runakita. Lelaki Tua berusaha menggali telaga/memasak air laut. untuk mendapatkan air bersih kerana musim kemarau. Aitu. Resi muda berjaya mencipta ciptaan hidup. Kuri. Hutan Kuri ditebang untuk dijadikan padang golf. Gunung berapi Gora-Gora. Abang lelaki eksperimental dipercayai dibunuh di kawah Gunung berapi Gora-Gora. Malagana. Pusat hiburan banyak terdapat di Malagana/Ibu Presiden berasal dari Malagana.

f) Huraikan latar masyarakat.

Masyarakat pelaut. Majoriti penduduk Ogonshoto adalah nelayan/pelaut. Masyarakat mahasiswa. Mahasiswa tinggal sendiri kerana asrama universiti telah dihapuskan. Masyarakat yang penyayang. Presiden dan ibunya saling menyayangi. Masyarakat yang mementingkan pendidikan. Nakhoda dan isterinya memberi pendidikan yg secukupnya kpd Presiden semasa di Eropah. Masyarakat yang hidup sederhana. Penduduk luar bandar Ogonshoto lebih suka hidup secara sederhana. Msykt yg bekerjasama. Nakhoda dan orang-orangnya bekerjasama membina bahtera. 


Isu masyarakat dalam novel. 

Isu gejala sosial
Kelahiran anak luar nikah Malagana yang tidak diketahui identiti ibu dan bapa berpunca daripada banyak pusat hiburan di Malagana.

Isu kemusnahan alam sekitar
Bukit pedalaman Tubus ditarah manakala pokok pokok ditebang untuk membina jalan ke kompleks hiburan dan perjudian yang bakal dibangunkan.

Isu kekejaman pemerintah 
Askar Presiden memotong lidah dan kedua dua tangan Pemuda Banaba atas arahan Presiden. Presiden menyekat kebebasan mahasiswa dengan menghapuskan konsep asrama universiti. 

Isu amalan rasuah. 
Pihak urus niaga pemerintah memberi komisen sebanyak 10% kepada isteri Presiden. Jeneral dan Pegawai Kanan Pemerintah Ture mengamalkan rasuah dalam perebutan jawatan wakil Ture.

Isu penjajahan kuasa asing.
Kolonial Eropah berjaya menjajah Ogonshoto beratus-ratus tahun. 

Isu pembangunan luar bandar.
Pedalaman Tubua akan dijadikan kompleks hiburan dan perjudian. Selain itu, Presiden ingin memajukan pedalaman Kuri sebagai padang golf. Kumpulan pencinta alam menentang pembangunan di pedalaman Kuri kerana pembangunan tersebut akan menyebabkan penebangan hutan. 

Isu masyarakat yang menganiayai binatang peliharaan. 
Penduduk Ogonshoto, Pemuda Banaba dan Presiden menganiayai binatang dalam permainan tradisi memburu binatang peliharaan setiap 1642 pada masa gerhana matahari penuh.


Pandangan terhadap latar masyarakat dalam novel.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang memusnahkan alam sekitar.
Kawasan hutan masyarakat pedalaman Kuri dimusnahkan oleh pihak pemerintah untuk pembinaan padang golf bertaraf antarabangsa.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang mengamalkan kronisme/mengutamakan pengikut.
Orang-orang Presiden menerima dan mengumpul harta kekayaan yang diagihkan oleh Presiden.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang pecah amanah atau khianat, 
Presiden dan orang-orangnya mengambil tanah nelayan dan petani secara pecah amanah atau khianat untuk pembangunan bandar dan perindustrian.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang kejam terhadap orang lain. 
Tentera Presiden telah membunuh abang pencipta kamera . Tentera elit Presiden telah memotong tangan dan lidah Pemuda Banaba.

Pandangan terhadap latar masyarakat yang mengamalkan rasuah 
Jeneral dan Pegawai Kanan PemerintahTure mengamalkan rasuah dalam perebutan jawatan wakil Ture/ Pihak urus niaga pemerintah telah memberi komisen sebanyak 10% kepada isteri Presiden.




19 April 2023

Air Mata Dalang : Watak Pak Yasok dan Nora

 Huraikan dua keperibadian unggul watak Nora.

Cinta akan warisan kesenian bangsa. Nora mempelajari ilmu dalang wayang kulit supaya kerana ingin mengekalkan kesenian tradisi bangsa. 

Gigih menuntut ilmu. Nora gigih mempelajari ilmu dalang wayang kulit daripada Pak Yasok, siang dan malam selama tiga bulan.

Berani melakukan perubahan. Nora berani menjadi dalang wayang kulit walaupun tiada kaum wanita menjadi dalang wayang kulit sebelumnya.


 Huraikan dua keperibadian unggul watak Pak Yasok.

Cinta akan warisan kesenian bangsa. Pak Yasok sedia mengajarkan ilmu dalang wayang kulit kepada sesiapa jua kerana ingin mengekalkan kesenian tradisi bangsa. 

Gigih mencari rezeki untuk keluarga. Pak Yasok gigih mencari rezeki sebagai dalang wayang kulit untuk membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarganya.

Memaafkan kesalahan orang lain demi keharmonian keluarga. Pak Yasok memaafkan kesalahan menantunya Faezah yang bersikap biadab dengannya demi penyatuan keluarga.

Taat pada ajaran agama. Pak Yasok taat mengerjakan ibadat sebagai orang Islam seperti solat, puasa dan berzakat serta solat jemaah di masjid.


09 April 2023

Hang Tuah : Kehebatan, Keperibadian Unggul dan Kepemimpinan Watak

 Hang Tuah merupakan tokoh sastera epik. Jelaskan kehebatan watak.

Mahir menggunakan senjata. Hang Tuah mahir berlawan senjata dengan Cin Cu, pendekar Jepun dan dapat memotong hidung dan telinganya. Hang Tuah juga dapat mengalahkan ramai pendekar Jepun seorang diri.  

Berani menentang musuh. Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Mempunyai kemahiran diplomatik. Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.

Mempunyai ilmu kesaktian. Dia membaca pustaka, sehingga menyebabkan bedil kapal pendekar Jepun tidak meletup, hanya berasap sahaja. 

Mahir berbahasa asing. Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.

Huraikan ciri kepimpinan pada watak Hang Tuah.

Pemimpin yang berani menyahut cabaran dan menentang musuh.
Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Pemimpin yang bijak menangani situasi. Hang Tuah bijak bertindak menghalang dan menewaskan pendekar Jepun yang cuba membunuh Phra Cau. Hang Tuah bijak bertindak membaca pustaka untuk menghalang serangan bedil pendekar Jepun.

Pemimpin yang amanah terhadap tugas.Hang Tuah menjalankan amanah dengan baik untuk mendapatkan gajah daripada raja Siam untuk dibawa balik ke Melaka.

Pemimpin yang mempunyai kemahiran diplomatik dalam urusan antara negara.
Hang Tuah mahir berurusan dengan raja Siam untuk menyampaikan permintaan daripada Sultan Melaka.

Pemimpin yang mahir pelbagai bahasa. Selain bahasa Melayu, Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.


Huraikan keperibadian unggul watak Hang Tuah.

Mahir menggunakan senjata. Hang Tuah mahir berlawan senjata dengan Cin Cu, pendekar Jepun dan dapat memotong hidung dan telinganya. Hang Tuah juga dapat mengalahkan ramai pendekar Jepun seorang diri.  

Berani menentang musuh. Hang Tuah berani menentang pendekar-pendekar Jepun seorang diri di istana Raja Siam. Hang Tuah juga berani menentang pendekar Jepun yang menyerang kapalnya.

Taat kepada pemimpin. Hang Tuah taat kepada Raja Melaka menjalankan arahan supaya pergi ke Siam mendapatkan gajah.

Mahir berbahasa asing. Hang Tuah mahir berbahasa Siam sehingga dikagumi oleh Raja Siam dan memberikannya hadiah persalinan.

Amanah terhadap tugas.Hang Tuah menjalankan amanah dengan baik untuk mendapatkan gajah daripada raja Siam untuk dibawa balik ke Melaka.

08 April 2023

Cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah : Keunggulan watak Averah

Sanjungan terhadap watak Averah. 

Sanggup berkorban untuk ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat selalu menemani ayahnya yang uzur.  

Taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Bertanggungjawab menjaga ibu bapa. Averah sering pulang ke kampung menjaga keperluan Abah dan memasak gulai sembilang kegemaran abah.

Mementingkan pelajaran demi masa depan. Averah melanjutkan pelajaran di universiti sehingga berjaya menjadi seorang doktor perubatan.

Keperibadian unggul watak Averah.  

Sanggup berkorban untuk kebajikan ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat menemani ayahnya yang tua. 

Taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Taat kepada ibu bapa. Averah taat kehendak Abah untuk memasak gulai sembilang kegemaran Abah dan sering pulang ke kampung menjaga keperluan Abah

Berpendidikan tinggi. Averah melanjutkan pelajaran di universiti sehingga berjaya menjadi seorang doktor perubatan.


Pandangan terhadap perwatakan Averah.

Pandangan terhadap watak yang sanggup berkorban untuk kebajikan ibu bapa. Averah menolak tawaran belajar di luar negara supaya dapat menemani ayahnya yang tua. 

Pandangan terhadap watak yang taat pada agama. Averah bangun awal pagi dan mengejutkan ayahnya untuk solat Subuh bersama. 

Pandangan terhadap watak yang taat kepada ibu bapa. Averah taat kehendak Abah untuk memasak gulai sembilang kegemaran Abah dan sering pulang ke kampung menjaga keperluan Abah

Pandangan terhadap watak yang berpendidikan tinggi. Averah melanjutkan pelajaran di universiti sehingga berjaya menjadi seorang doktor perubatan.



07 April 2023

Cerpen Rindu Seorang Rafik

 a) Jelaskan tema dan persoalan cerpen.

Tema – Ikatan persahabatan yg utuh menimbulkan kerinduan apabila sahabat karib menyepikan diri. Aku terasa kehilangan apabila Rosa menyepikan diri selama tiga bulan tanpa membalas panggilan telefon, surat dan e-mel Aku.  

Persoalan kesabaran menghadapi karenah orang lain. Aku  sabar  menghadapi  karenah  Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. 

Persoalan semangat  patriotik yang tinggi dalam diri. Aku cinta akan tanah air dan percaya  Pulau Batu Putih adalah hak kedaulatan Malaysia yang mesti dipertahankan. 

Persoalan sikap amanah dalam menjalankan tugas. Aku bersikap amanah dalam menjalankan tugas wartawan iaitu menyampaikan kebenaran. 


b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.

Nilai kesabaran. Aku sabar menghadapi  karenah Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. 

Nilai tanggungjawab. Aku menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab sebagai wartawan.

Nilai setiakawan. Aku mencuba pelbagai cara menghubungi Rosa yang menyepikan diri kerana tidak mahu kehilangan kawan. 

Nilai patriotisme. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih merupakan hak kedaulatan Malaysia yang mesti dituntut.


c) Jelaskan pengajaran.

Kita hendaklah sabar menghadapi kerenah kawan. Aku sabar menghadapi  karenah Rosa yang menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. 

Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas. Aku menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab sbg wartawan. 

Kita hendaklah bersikap setiakawan dalam persahabatan. Aku  mencuba pelbagai cara menghubungi Rosa yang menyepikan diri kerana tidak mahu kehilangan kawan. 

Kita hendaklah cinta akan tanah air. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih adalah hak kedaulatan Malaysia yang mesti dipertahankan.


d) Huraikan binaan plot cerpen.

Permulaan. Aku/Rafik Mustaqim merindui Rosa yg menyepikan diri setelah berselisih pendapat ttg hak kedaulatan Pulau Batu Putih. Perkembangan. Aku berusaha menghubungi Rosa dgn telefon, e-mel, surat dan pergi ke rumah Rosa di Singapura tetapi gagal menemuinya. Kemuncak. Aku kian jauh/sukar utk menghubungi Rosa kerana ditugaskan ke Belanda untuk membuat liputan berita ttg tuntutan kedaulatan Pulau Sipadan dan Ligitan. Peleraian. Aku gembira menerima e-mel drp Rosa tetapi tidak menyangka Rosa mempunyai perasaan cinta terhadapnya.


e) Huraikan perwatakan Aku.

Seorang yg penyabar. Aku sabar dgn karenah Rosa yg menyepikan diri selama tiga bulan tanpa khabar berita. 

Seorang yg bertanggungjawab. Aku menjalankan tugas dgn amanah/bertanggungjawab sbg wartawan. 

Seorang yg setiakawan. Aku mencuba pelbagai cara menghubungi Rosa kerana tidak mahu kehilangan kawan. 

Seorang yg patriotik. Aku cinta akan tanah air dan percaya Pulau Batu Putih merupakan hak kedaulatan Malaysia yang mesti dituntut.


f) Huraikan perwatakan Rosa.

Seorang yg patriotik. Rosa cinta akan negaranya dan percaya Pulau Batu Putih merupakan hak kedaulatan Singapura. 

Seorang yg sensitif. Rosa sensitif terhadap situasi/kata-kata kerana dia seorang anak seni khususnya seni tari. 

Seorang yg tegas pendirian. Rosa tegas mempertahankan pendapatnya apabila berbincang dgn Aku. 

Seorang yg penyayang. Rosa menyayangi Aku lebih daripada perasaan sbg sahabat. 


g) Huraikan latar masyarakat.

Msykt yg patriotik. Aku dan Rosa cinta akan negara dan percaya Pulau Batu Putih adalah hak negara masing-masing. 

Msykt yg setiakawan. Aku dan Rosa mempunyai semangat setiakawan dalam persahabatan.

Msykt yg tegas pendirian. Aku dan Rosa tegas mempertahankan pendapat masing-masing apabila berbincang. Msykt yg menncintai seni budaya. Aku dan Rosa meminati bidang seni.


h) Huraikan latar tempat.

Lapangan Terbang Changi. Aku menaiki kapal terbang yg mendarat di Lapangan Terbang Changi. Apartmen Rosa di Woodlands Avenue. Aku pergi ke rumah Rosa untuk berjumpa dengannya. Singapura. Aku ditugaskan mendapatkan skop berita Pulau Batu Putih di Singapura. Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Aku dan Rosa bertemu pertama kali di sana. Belanda. Aku membuat liputan berita ttg kedaulatan Pulau Sipadan di Belanda. Hotel. Aku menerima e-mel drp Rosa di hotel penginapannya di Belanda. 


i) Huraikan sudut pandangan cerpen. Nyatakan kelebihan sudut pandangan tersebut.

Sudut pandangan orang pertama. Pengarang bercerita dgn menggunakan ganti nama diri pertama “Aku”. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama supaya bukan shj dapat menggambarkan aksi dan dialog watak utama. Bahkan, dapat menggambarkan pemikiran dan perasaan watak utama.


j) Huraikan alasan-alasan bhw Pulau Sipadan dan Ligitan adalah milik Malaysia.

Aktiviti mengawal pengutipan telur penyu dijalankan sejak tahun 1914 oleh pihak Great Britain. Pada 1933, Malaysia telah mewujudkan taman perlindungan burung di Sipadan.  Rumah api telah didirikan oleh Kerajaan British Borneo Utara dan diselenggara oleh kerajaan Malaysia.